Althea Petal Velvet Sunaway - Sunblock Yang Sesuai Untuk Semua
Hai ladies, korang tahu tak antara punca kulit wajah berjeragat bila usia kian meningkat ni selain dari faktor pemakanan dan faktor usia ianya akibat daripada kurang melindungi wajah dari awal usia muda. Ana akui dan ana sendiri alaminya apabila kian berusia jeragat kian nampak kelihatan kehadirannya. Agak menyesalinya juga namun sudah agak terlewat untuk mengatasinya. Apatah lagi bagi wanita yang berkulit cerah ni lagilah mudah terkena pelbagai masalah kulit jika tidak di beri penjagaan yang sempurna. Kulit wajah yang terdedah terus pada sinaran matahari lama kelamaan akan berisiko untuk mendapat jeragat dan kesan penuaan yang lebih awal dari usia sebenar.
Atas kesedaran inilah, ana pastikan anak-anak remaja ana menjaga kebersihan wajah dan menggunakan skincare yang benar-benar sesuai dan selamat dari sekarang, In Shaa Allah. Sebagai student , anak-anak ni tidak mempunyai masa yang cukup untuk membelai wajah setiap hari, stress juga dengan subjek dan assignment , test yang tak pernah habis, kurang tidur dan makan pula banyak yang segera menjadi punca kepada masalah jerawat dan paling ana bimbang kelak jeragat pula bakal muncul.
Lega rasanya bila ana diperkenalkan dengan satu lagi produk penjagaan wajah TERBAHARU dari Althea yang ana berikan khusus buat Kak Long iaitu sunblock - Althea Petal Velvet Sunaway . Ini kerana Kak Long agak selalu berada di luar untuk ke site visit sebagai tugasan dalam pengajian yang di ikutinya kini. Dengan ciri-ciri istimewa sebagai sunblock yang sesuai untuk Kak Long gunakan setiap hari agar wajah terlindung dari sinaran UV matahari, mudah-mudahan.
Althea Petal Velvet Sunaway
Althea Petal Velvet Sunaway adalah krim ringan diformulasikan dengan
hyaluronic acid & damask rose extracts yang melindungi kulit dari
sinar UV serta memastikan kulit kita segar & tidak kering sepanjang
hari.Sunblock ini juga mengandungi SPF 50+ & PA++++ untuk mempastikan penjagaan wajah terlindung sepenuhnya sepanjang hari ketika berada di luar rumah. Teksturnya ringan dan tidak meninggalkan kesan putih pada wajah kerana ia menyerap sepenuhnya apabila di pakai. Dengan ini, ia seolah-olah kita hanya memakai krim pelembab biasa dan mudah di suai padankan dengan bedak asas mengikut tona warna wajah masing-masing. So, ia sangat nampak natural pada wajah Kak Long. Ermm... menarik kan.
Micro particles di dalam kandungan Althea Petal Velvet Sunaway menyerap sebum dan lebihan minyak dari dalam kulit wajah untuk memberikan wajah yang lembut selembut baldu serta kekal lembab. Sebab tu lah ia di namkan Petal Velvet . Perkataan petal itu pula kerana ia di hasilkan dari kelopak bunga mawar ( Damask Rose ) yang mengharum dan memberikan sentuhan yang lembut dan mempersona. Ekstraks Damask Rose yang mengandungi nano molekul yang kaya dengan vitamin meresap jauh ke dalam kulit untuk melembabkan dan memberikan seri pada kulit wajah.
Walaupun ia datang dalam bentuk tekstur krim berwarna putih namun ia tak sama seperti sunblock lain, Althea Petal Velvet Sunaway tidak meninggalkan kesan putih pada rataan sapuan di wajah. Cuba korang tengok sendiri perbezaan di dalam gambar kesan penggunaan Althea Petal Velvet Sunaway berbanding sunblock lain sebelum ini. Bezakan...
Dan lebih relevan lagi ia nya datang dalam saiz yang kecil dan mudah di bawa ke mana-mana dan sudah tentu boleh di gunakan pada bila-bila masa. Kak Long pula terlebih excited kerana ia datang dalam bekas berwarna pink menambahkan lagi koleksi perhiasan pinknya lahh.. Ermm.. obses sangat dengan warna pink budak ni. Eh! Lupa pula nak bagitau, Althea Petal Velvet Sunaway baunya wangiii sangat.. al maklumlah kan .. ia mengandungi ekstrak kelopak bunga rose dan tidak mengandungi bahan kimia terlarang. Yezzz!!
Althea Petal Velvet Powder
Untuk melengkapkan lagi kecantikan dan penjagaan wajah seharian Kak Long turut memilih Althea Petal Velvet Powder sebagai bedak asas solekan ringkas.Di datangkan dengan tiga pilihan variasi warna yang boleh korang pilih mengikut kesesuaian tona wajah dan solekan masing-masing .
Althea Petal Velvet Powder Translucent (White)
Althea Petal Velvet Powder Warm Beige
Althea Petal Velvet Pink Lavender
Bedak tabur dalam bekas yang comel ini mudah juga untuk dibawa ke mana-mana.Dan juga ia kekal lama pada wajah. Kulit wajah berseri-seri selepas
dioleh nipis dengan Althea Petal Velvet Powder. Tambahan Kak Long yang memilih
Althea Petal Velvet Pink Lavender memberikan sentuhan solekan yang pinkish pada pipi pau nya tu. Nampak berseri pula , cewahhh.
Mengandungi Althea seed
extract yang kaya dengan antioksida melindungi kulit dari luar serta
memastikan kulit kekal segar. Selain itu, ia juga mengandungi
polyphenols yang melindungi kulit dari sinar UV serta saponarin yang
membantu membaiki kulit rosak supaya kekal elastik & muda.
Cara pemakaian Althea Petal Velvet Sunaway & Powder
Jadi korang yang ingin mencuba set penjagaan dan solekan wajah dari Althea ini bolehlah dapatkannya dari https://my.althea.kr/petal-velvet-set pada harga promosi RM53.10 ( harga berubah mengikut tempoh promosi semasa )
Untuk keterangan lanjut serta promosi-promosi hebat dari kesemua produk Althea dan K-Beauty khasnya layari sahaja ke mana-mana pautan yang ana berikan di bawah :
Laman web
Facebook
Instagram
4 Comments
tak try lagi! cantik packaging
ReplyDeletecantik kan serba pinky gituew :)
DeletePC ada juga tengok-tengok kak..ada yang dah dalam perancangan nak beli dan cuba..
ReplyDeleteboleh lah cuba PC dapatkannya terus dari www.altheakr.my tu.. terus dari negara Korea
Delete