Cucur Bawang Ikan Bilis Menu Minum Petang
Perut berkeroncong kan main petang-petang hari ni, tambah pula baru lepas hujan. Nak makan roti atau biskut skema sangat pula lah. Selera dah berubah seiring peningkatan usia ni. Yang manis-manis memang kurang masuk sangat dah. Haa.. kalau dapat yang rangup-rangup tu sodap juga lah. Ana masuk dapur tengok tepung gandum dalam balang ada lagi separuh. Ermm... idea melimpah ruah menyuruh ana buat cucur je lah petang ni. Cucur apa yang sedap ? Cucur kelapa ? Cucur udang ? Ohh No !! Dua-dua bahan tu tiada di dalam peti sejuk. Kesudahanannya jadi lah cucur bawang dan ikan bilis rangup versi anajingga dot com... Alhamdulillah.. nikmat yang di syukuri.
Cucur Bawang Ikan Bilis
Korang nak tak resepi Cucur Bawang Ikan Bilis ana ni ? Hehe jangan laa malu :) Nampak sedap kannnn.. memang sedap rangup je kejadiannya. Okaylah nak share tu biar lah ikhlas kan, takad nak tayang gambar je baik tak payah ye tak :) . Senang sangat pun resepi cucur bawang ikan bilis ni, bak kata suami ana, pejam mata pun boleh buat. Usah percaya, kalau dah pejam mata bertabur lah tepung kat dapur jawabnya :)
Bahan-bahan Cucur Bawang Ikan Bilis :
Tepung gandum ( agak-agak je berapa cawan korang nak buat )
Ikan bilis dalam segenggam ( kupas dan bersihkan )
Sebiji bawang besar ( di dadu )
Serbuk cili ( dalam satu sudu besar )
Garam secukup rasa
Air ikut takad kepekatan yang di perlukan untuk bancuhan bater.
Minyak untuk menggoreng
Cara buat cucur bawang ikan bilis :
~ Satukan kesemua bahan dan bancuh kan adunan sehingga mendapat kepekatan yang di perlukan. Jangan terlampau cair nanti makan minyak dan tidak juga terlalu pekat, nanti keras kekung tak sedap. Sedang-sedang sahaja lah kan.. alaa.. macam buat cucur biasa tu jer.
~ Panaskan minyak dalam kuali.
~ Sudukan adunan bater dan masukkan ke dalam minyak yang panas.
~ Terbalik kan kedua bahagian dan angkat serta toskan selepas garing. Ana suka makan cucur yang agak garing juga, baru lah krup krup nikmatnya.
~ Sedap di makan dengan sos .
~ Selamat mencuba .
4 Comments
Sedapnyer
ReplyDeletemenu orang kampung kan WP :)
DeleteSimple je nak buat. Sedap! Boleh cuba nanti.
ReplyDeleteJomm kita mencucur :)
Delete