Ruang tanah terhad, tinggal di rumah apartment tiada tanah dan tak cukup pasu antara alasan seseorang yang ingin berkebun dan bercucuk tanam untuk melaksanakan hasratnya. Ana faham sangat kerana ana juga pernah lalui semua itu sebelum ini. Ketika menghuni rumah apartment lagi minat bertanam ni dah tersemai, mungkin anak kampung yang dah terbiasa dengan kebun keliling rumah, terbawa-bawa sampai ke mana pun bumi di pijak. 

Namun semua itu tak jadi alasan untuk ana tidak bertanam, ketika tinggal di tingkat empat apartment di Ukay Perdana, dahulu ana masih menanam pokok bunga hiasan dan tanaman seperti cili api dan daun sup di dalam pasu. Kini , Alhamdulillah... rezeki tinggal di rumah teres , walaupun ruang tanah agak terhad namun segala neka kami suami isteri nak tanam juga di masa lapang. Semua pun untuk kegunaan harian. Dan hari ini ana nak berkongsi beberapa idea tanaman tanpa pasu atau memerlukan ruang tanah yang luas yang mungkin boleh memberi inspirasi kepada korang di luar sana untuk berkebun secara kreatif. 




 Ini pokok ulam raja yang mak ana berikan dari kampung tidak lama dahulu. Memandangkan musim hujan waktu ini, tanah agak basah dan ana risau pula nak tanam anak ulam raja ni terus ke tanah di belakang rumah tu. Sementara nak ke kedai beli pasu risau anak pokok ni kecut dan mati, kebetulan masa kemas stor ana dapati ada oven bulat yang kaca penutupnya dan rosak. Jeng, jeng, jeng... ana buang kaca penutup bahagian atas tu, terbalikkan bekas oven bulat antik dan isi tanah. Letakkan anak pokok ulam raja dan isi tanah. Tadaaa!! Alhamdulillah hingga hari ini dah tumbuh segar pokok ulam raja ana ni, sikit masa lagi kami boleh buat kerabu dah, in shaa allah. 





Begitu juga dengan menanam di dalam tayar terpakai. memandangkan tanah asal di belakang rumah agak keras dan berbatu, ada beberapa jenis tanaman yang kami isi tanah di dalam tayar terpakai ni sehingga penuh, agar tidak terdapat ruang air bertakung kerana bimbang pula nyamuk membiak kan. Kemudian boleh lah di tanam pelbagai tanaman di dalam nya seperti serai dan juga pokok limau purut kami tu. 

Dan korang boleh lah juga cuba dapatkan inspirasi dari beberapa foto yang ana kongsikan di bawah ini dan ana sendiri akan mencubanya dalam masa terdekat, in shaa allah. Misalnya tanaman dalam botol-botol mineral tu nampak relevan kan.. Jomm kita bercucuk tanam secara kreatif. Kredit buat semua pemilik foto-foto di bawah . ( credit photo owner

























16 Comments

  1. Replies
    1. hehe banyak rumput musim hujan Choy.. a bit malas to clean the grass :)

      Delete
  2. Banyak cara untuk kita bercucuk tanam.
    Idea kreatif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan WP, semuanya bergantung pada kreativiti dan kerajinan masing-masing :)

      Delete
  3. bestnya hendak seribu saya kan, janji rajin je

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak Noor, kalau rajin semua boleh jadi In Shaa Allah

      Delete
  4. kalau kreatif memang menjadi...asalkan kena usahakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa Arz, kadang-kadang nak mulakan tu je yang payah, bila dah start laju je nanti nak sudahkan :)

      Delete
  5. Suka juga tengok tanaman hijau macam ni, saya pun tinggal di rumah flat tak ada laman hee duk berfikir nak tanam pokok apa. Seronoknyaa kalau dapat bercucuk tanam pokok cili dan sedikit ulam..

    Salam ukhuwah,saya follow sini #1069

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Husniey, boleh cuba tanam dalam pasu asalkan ada cahaya matahari mencukupi boleh tu nanti hidup , In Shaa Allah

      Delete
  6. Good sharing Ana.. Sue pun suka tanam-tanam macam nie juga. Nanti nak tanam ulam-ulam juga lah macam Ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Sue, ada tanah kat rumah baru nanti boleh lah bercucuk tanam hehe :)

      Delete
  7. Guna barangan terpakai je jimat kreatif dan cantik

    ReplyDelete
  8. ekin baru minat cucuk tanam ni hahaha ada la tanam daun kesum,lada,limau purut

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow nanti share kat blog atau socmed ye Ekin :)

      Delete