AFY haniff - Pilihan Untuk Kebersihan Pinggan Mangkuk dan Tangan
Sebelum ni pernah dengar iklan Serai Wangi AFY haniff ni berkumandang di radio. Ingatkan produk berasaskan serai wangi ni untuk kegunaan luaran badan macam balm atau pun minyak angin sahaja. Salah tafsir rupanya. Baharulah ana tahu bahawa produk-produk keluaran AFY haniff ni pelbagai rupanya. Dalam banyak-banyak produk mereka, ana berminat nak mencuba sendiri dua daripadanya iaitu buih pencuci tangan AFY haniff Plash dan juga pencuci pinggan 40 Days AFY haniff. Apa istimewanya kedua-dua produk AFY haniff ni.. kena laa baca sampai habis naa.. :)
Pencuci pinggan AFY haniff 40 Days
Mula-mula kita sembang-sembang dulu pasal pencuci pinggan 40 Days AFY haniff . Haa.. ana dah guna pencuci pinggan AFY haniff ni selama sebulan sebelum terbitkan entri ini. Kalau korang tengok sendiri dalam gambar di atas tu, hat yang dalam botol merah 500ml tu, hat yang ana dah gunakan. Tiap-tiap hari tau kami basuh pinggan masak pagi, petang, tengahari sampailah ke malam. Ianya jimat masih berbaki suku botol lagi atau 1/4 laa kan. 40 Days ni dikatakan boleh tahan di gunakan antara 500 ke 1000 cucian bergantung pada penggunaan dan saiz botol lah ye.
Ianya di datangkan dalam bentuk cecair pekat yang hanya perlu gunakan sedikit sahaja pada span pencuci pinggan dan campurkan dengan sedikit air. Cucilah pinggan mangkuk, periuk belanga korang. Lepas tu bilas dengan air. Sekali bilas dari air mengalir ia membersihkan kotoran pada pinggan mangkuk dengan cepat. Jimat pencuci kemudian jimat air sekali gus, Alhamdulillah. Zaman ekonomi mencabar sekarang ni kita suri rumah pun kena bijak juga dalam memilih produk, yang bagus dan yang menjimatkan selagi boleh kan. Dengan Pencuci pinggan AFY haniff 40 Days ianya mudah dibilas. Lebih jimat penggunaan air.
Pencuci pinggan AFY haniff 40 Days merupakan agen pencuci yang handal menanggalkan minyak dan kotoran pada pinggan mangkuk dan bekas makanan. Kenapa ana kata macam tu, haa kami kat rumah ni penggemar makan ikan air tawar, khasnya ikan keli dan ikan patin. Korang sendiri tahu lah kan, bila menggoreng atau memasak ikan air tawar ni, kita perlukan tahap kesabaran yang lebih. Nak cucikannya pun kena cermat supaya tidak hanyir bila di makan, dan kesan pada pinggan mangkuk yang kita gunakan pun boleh tahan juga perlukan perhatian bila di cuci. Maksud ana kena bersih juga agar tidak ada kesan bau ikan pada pinggan mangkuk yang telah kita gunakan.
Selepas menggunakan Pencuci pinggan AFY haniff 40 Days , Alhamdulillah dengan sekali cucian sahaja ia menghilangkan bau pada pinggan mangkuk dan bekas makanan dengan kuasa Serai Wangi dan Lemon ( ini kerana ana menggunakan pencuci botol merah tu ) dan juga kuasa Pandan dan limau nipis ( untuk variasi botol hijau ) . Mudah sangat dah nak membersihkan sekarang ni walaupun selepas memasak ikan keli kesukaan anak-anak. Happy sangat tau !!
Dah siap basuh pinggan mangkuk dengan Pencuci pinggan AFY haniff 40 Days itu juga lah ana bersihkan sinki dapur. Mudahnya, sekali gus sinki juga jadi bersih dan tidak berbau ikan keli lagi. WOW!! Hebatkan. Tak membazir langsung.
Ana juga telah mencuba menggunakan Pencuci pinggan AFY haniff 40 Days sebagai bahan pencuci untuk permukaan dapur masak kaca di rumah ni. Selalunya, selepas menggoreng atau menumis, pasti permukaan dapur kaca kita berminyak dan mercik kan. Selesai masak, selepas basuh pinggan mangkuk kuali bagai, ana gunakannya juga untuk membersihkan permukaan dapur kaca tu. Serius, mudah hilangkan kesan tinggalan minyak. Bersikannya dengan buih dari span yang di letakkan Pencuci pinggan AFY haniff 40 Days kemudian lap dengan tisu dapur. Settle!! Kan jimat dah tu, 2 dalam 1 . Sambil basuh pinggan kita bersihkan dapur sekali.. Sukaaa sangatt !!
And the best part ialah Pencuci pinggan AFY haniff 40 Days , ianya mempunyai aroma wangi dan segar. Ana berasa lebih yakin meninggalkan pinggan mangkuk di luar kabinet pada waktu malam kerana selepas dicuci , pinggan mangkuk kekal berbau aroma Serai Wangi dan Lemon yang segar dan mengelakkan serangga seperti lipas menghampiri pinggan mangkuk malahan dapur kita sekali. In Shaa Allah.
Begitu juga kerana suka akan aroma Serai Wangi dan Lemon dari Pencuci pinggan AFY haniff 40 Days ni, aroma nya memberikan kesegaran di dalam kabinet dapur. Buka pintu kabinet sahaja dah bau serai wangi, ni lipas tak suka kan.. Mudah-mudahan tak lah lipas berumahtangga lagi dalam kabinet dapur ana.
Untuk pengetahuan semua, Pencuci pinggan AFY haniff 40 Days di datangkan dengan dua variasi pilihan iaitu Serai Wangi dan Lemon ( botol merah ) & Pandan dan Limau Nipis ( botol hijau ) .
AFY haniff 40 Days - Serai Wangi dan Lemon dalam botol 500ml & 900ml |
|
AFY haniff Plash Buih Pencuci Tangan
Haa sekarang kita masuk bab kebersihan tangan pula ye anak-anak sekalian.. Hehe :) . Selepas kita mengenali kebaikan dan keistimewaan agen pencuci pinggan mangkuk AFY haniff, ana juga nak berkongsi dengan korang semua, satu lagi produk AFY haniff yang sangat awesome iaitu AFY haniff Plash Buih Pencuci Tangan .
Di datangkan dalam dua variasi pilihan yang menarik iaitu Plash Fresh Aloe dan Plash Sweet Sakura. Dua-dua pun best dan ada cirinya yang tersendiri.
Plash Fresh Aloe 400ml |
Plash Sweet Sakura 400ml |
Ana sendiri telah pun menggunakan Buih Pembersih Tangan AFY haniff Plash Sweet Sakura. Basahkan tangan, pam kan sahaja sedikit ke tapak tangan dan gosok kedua-dua belah tangan dan ia menghasilkan kemewahan buih pembersih yang lembut pada kulit tangan.
Kemudian bilas bersih dan tangan korang akan berbau harum dan soft sangat. Ini memang best. Sampaikan dalam bilik air pun berbau wangian lembutnya seketika. Kena cuba sendiri lah kan baharu boleh percaya ye tak ??
Ana sangat berpuas hati menggunakan kedua-dua produk AFY haniff di atas dan sangat mensyorkan pada korang semua untuk mencubanya sendiri. Support produk tempatan yang berkualiti seperti ini dan ia amat berbaloi kerana menjimatkan. Dan juga ia mudah di beli dari mana-mana pasaraya terpilih di serata negara, atau boleh juga mendapatkannya secara online dari laman shopping online ternama ( kilik pada pautan ) seperti LAZADA, SHOPEE, 11STREET dan juga EZbuy. Mudah kan. Dan juga akan berada di pasaraya GIANT .
Untuk keterangan lanjut korang juga boleh melayari mana-mana pautan di bawah :
Facebook : AFY Haniff
Facebook : Serai Wangi Swipel AFY Haniff
Instagram : @afyhaniff_consumer
Laman web : www.afyhaniff.com/
14 Comments
wow bagusnya nak kena cuba
ReplyDeletehaah support produk bumiputera kan NH :)
Deletebagus afy haniff ni..banyak dah produk dia..:)
ReplyDeletebetul tu cik nor, banyak pilihan produk kegunaan di rumah keluaran Afy Haniff ni , Alhamdulillah
DeleteSA pun suka sangat especially yang pandan lime tu...yg serai wangi blom guna lagi tapi suka bau dia..pinggan mangkuk periuk belanga pun bersih betul..
ReplyDeleteya SA, kak ana pula suka serai wangi, sedap je aroma dalam dapur :)
DeleteAlhamdulillah makin banyak produk afy haniff ye. Nak try juga nanti :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. meriahkan lagi produk orang kita di pasaran masa kini.
DeleteX rajin jumpa lagi boleh cari nanti ni
ReplyDeleteboleh juga beli online Ekin ada link kat atas tu :)
Deletewow! mcm best... sedap dpt sental daki2 kat dapur tu...
ReplyDeletetu la fara mudah dah sekarang ni dengan Afy Haniff
Deletesaya suka yang bau pandan tu.. :-)
ReplyDeletehaah okay juga, kak ana pula suka kesegaran serai wangi botol merah tu hehe :)
Delete