Apaaaa... Althea lagiii... Jangan pernah jemu untuk mengikuti update terkini dari Althea Korea jenama kosmetik dan skincare dari negara Korea ni. Kepada peminat K-Beauty products, ana akan terus berkongsikan pelbagai info-info terkini mengenai pelbagai produk kecantikan yang korang boleh dapatkannya terus secara online dari Korea ke pintu rumah. Inilah rutin ana , setiap kali lancarnya produk-produk kecantikan di bawah label Althea.kr , Kak Long dan Adik Ika teruja sangat nak jadi model percuma untuk mencuba sendiri kosmetik mahupun skincare Althea. 





Althea Makeup Collection 


Dan semua itu, akan ana review untuk perkongsian bersama peminat K-Beauty lain. Okaylah.. Apa yang terbaharu dari Althea kali ni ? Jeng!Jeng!Jeng! Memperkenalkan Makeup Collection dengan set rangkaian lengkap asas solekan terbaharu dari Althea menampilkan : 

~ BCL x Althea Eye Palette Sunrise & Moonrise
~ Althea Flawless Creamy Concealer 
~ Althea Spotlight Eye Glitter
~ Althea Water Colour Cream Tint 
~ Althea Skin Relief Spot Film Gel

Jom kita tengok satu persatu yang telahpun di gayakan oleh Kak Long dalam menatarias wajahnya. 

Althea Flawless Creamy Concealer




Hadir dalam empat variasi pilihan warna yang mana korang boleh pilih mengikut kesesuaian warna tona wajah masing-masing. Sangat sesuai untuk menutupi parut jerawat, jeragat dan kesan cela pada wajah. Sapuan yang rata pada wajah dan tekstur yang lembut dan ringan dan paling best bila solekan tidak menjadi crack selepas beberapa jam memakainya. 


ALTHEA Flawless Creamy Concealer (6g)


Ada 4 pilihan warna concealer #01 Vanilla #02 Ginger #03 Honey #04 Mocha .Dah nama lagi Althea Flawless Creamy Concealer, pastinya hasil solekan korang akan memberikan kesan flawless dan creamy pada wajah sebagai asas kan.. 




Dengan formulasi kelembapan ia mempastikan kulit wajah kita tidak kering dan sentiasa lembap sepanjang masa memakainya sebagai asas solekan. Ia memberikan sentuhan kemasan wajah semi-matte. Untuk setiap satu Althea Flawless Creamy Concealer (6g) ni cuma berharga RM15 dan klik sahaja di : my.althea.kr/flawless-creamy-concealer untuk pembelian. 


BCL x Althea Eye Palette Sunrise & Moonrise




This is the best part buat Kak Long bila dapat mencuba sendiri BCL x Althea Eye Palette Sunrise & Moonrise . Exclusive kolaborasi antara aktress Indonesia popular siapa lagi kalau bukan Bunga Citra Lestari x Althea. Packaging ekslusif dan cantik motif bunga-bunga . Hadir dalam  8 pigmented colour shade lengkap dengan matte, shimmer, glitter


Suai padankan pilihan warna yang ada untuk solekan mata korang. Sesuai untuk pilihan padanan warna wanita Asia pastinya. Memberikan kesan solekan glamour tak kira sama ada solekan siang atau malam dengan padanan warna yang sesuai. 



Dapatkan Eye Palette Sunrise & Moonrise 15.5g pada harga RM140 dengan klik sahaja di : my.althea.kr/eye-palette-sunrise-moonrise-bcl


Althea Spotlight Eye Glitter





Langkah seterusnya agar lebih nampak Korean Beauty touch-up, Althea menampilkan Althea Spotlight Eye Glitter . Fuhh!! Glitter-glitter nampak bertenaga dan catchy sangat solekan pada mata Kak Long kali ni. 

ALTHEA Spotlight Eye Glitter (4.5ml)

Boleh dijadikan solekan sebagai  eyeshadow ataupun eyeliner agar solekan mata korang kelihatan perky dan glamor gituew. Sesuai sangat untuk gaya selekan gadis remaja yang berani dan ranggi. Dengan formulasi NATURAL MOISTURIZING COMPLEX untuk melembapkan kelopak mata dengan moisturizing gel matrix memberikan sentuhan kilauan. Ia juga mampu bertahan lama selepas penggunaan solekan mata. 



Hadir dengan dua pilihan variasi warna #01Gold light dan #02 Pink Light . Sesuai untuk mereka yang ingin tampil dengan gaya solekan Aegyosal . Blend sahaja dengan menggunakan jari atau cotton bud tunggu sehingga 3-5 saat untuk ia kering. 





Althea Spotlight Eye Glitter 4.5ml cuma berharga RM24 dan klik di : my.althea.kr/spotlight-eye-glitter untuk pembelian. 


Althea Water Colour Cream Tint 




Wahh!! Cantik kan.. Althea Water Colour Cream Tint ni. Warna dia menarik perhatian ana juga. Ermm.. Bolehlah tumpang Kak Long nanti pakai untuk ke majlis yang bersesuaian. 





Althea Water Colour Cream Tint merupakan pewarna bibir yang tahan lama namun melembapkan bibir . Gabungan warna Bold dan glossy sheen yang hadir dalam 4 pilihan variasi warna menarik sangat. 4 pilihan warna ialah #01 Plum Cream #02 Strawberry Cream #03 Peach Cream #04 Marron Cream 





Setiap satu Watercolor Cream Tint 4.5ml dengan pilihan warna yang korang suka ni cuma berharga RM20 dan klik lah di : my.althea.kr/watercolor-cream-tint untuk shopping dan butiran yang lebih lanjut lagi . 


Althea Skin Relief Spot Film Gel




Akhirnya untuk mereka yang mengalami masalah jerawat satu cadangan solusi kali ini dari Althea ialah Althea Skin Relief Spot Film Gel. Gel jernih dalam tiub ni  untuk merawat kulit terutama jerawat 



Ada rasa kesegaran pada wajah apabila memakainya kerana ia mengandungi Tea tree oil ,Centella asiatica extract ( ekstrack pegaga ) dan juga ekstrack daun Pine di mana kesemua bahan semulajadi ini kaya dengan antioxidants untuk merawat dan melegakan kerengsaan wajah. 


ALTHEA Skin Relief Spot Film Gel (15ml)


Skin Relief Spot Film Gel 15ml cuma berharga RM 19 dan korang klik sahaja di my.althea.kr/skin-relief-spot-film-gel untuk pembelian dan butiran lanjut kay. 

Wahh!! Menarik kan koleksi terbaharu alat solekan atau kosmetik dari Althea Korea kali ini. Jomm ana kongsikan tutorial asas solekan dari Kak Long yang sekarang ni amat minat dengan solekan dengan menggunakan kesemua produk terbaharu dari Althea Makeup Collection








Jangan lupa kay.. 
pelbagai pilihan skincare dan kosmetik dari Korea 
boleh di beli secara online di


12 Comments

  1. liez belum cuba lagi set makeup althea..
    mcm teruja je kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ritu kak ana nampak liez dah posting lawaaaa :)

      Delete
  2. Memang best Althea ni, belum lg ada rezeki merasa kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best2 mommy, in shaa allah nanti mommy boleh cuba kay :)

      Delete
  3. Very pretty, Ana! Love this look on you <3

    ReplyDelete
  4. cantiknya gambar dan pandai kak long make up. Cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah dia lah yang suka guna althea ni Cik T :)

      Delete
  5. Replies
    1. hehe bolehlah alia jadi model ibu nya hehe :)

      Delete
  6. barangan mekap althea semua menarik...

    ReplyDelete