Selalu ana dengar tentang Ladang Moccis yang terletak di bukit Chankat Jong ni atau kami panggil Batu 8 Kampung Changkat Jong. Ye lah satu laluan jalan dari rumah ana di kampung, Teluk Intan. Jalan Changkat Jong ni adalah jalan yang terpanjang kalau di bandar Teluk Intan ni, menganjur dari hadapan Bangunan TNB tu sampailah ke Batu 8 tu rasanya. Kampung ana tu dikenali dengan Batu 3 dahulunya. Masa tu kiraan guna Batu (Miles) sebelum Kilometer kan. 

Tak pernah sekali pun seumur hidup ana naik ke Bukit Changkat Jong yang terletaknya Ladang Moccis ni. Cuma baru-baru ni, kawan sekolah ana, Amer posting di FBnya aktiviti berkayak bersama isterinya. Nampak satu pemandangan yang menarik pula dalam gambarnya. Ana pun tanya lah, apa yang best kat situ. Ermm.. Ada homestay dan mini zoo dan aktiviti riadah, pergi lah naik, katanya. Blogger kan.. kalau dapat info best pasti nak try sendiri dan bolehlah di war-warkan. Nak-nak lagi di kawasan kampung halaman sendiri, siapa lagi yang nak highlight kan benda-benda menarik macam ni kalau bukan blogger tempatan. 



Kebetulan cuti balik kampung beberapa minggu yang lepas, ana pun pertama kalinya, naik lah ke Ladang Moccis ni. Kami pi dua buah kereta bersama adik ana, dan anak-anak buah serta mak saudara. Jom kita tengok apa yang menarik di Homestay Ladang Moccis, Teluk Intan ni dari review ikhlas Anajingga Dot Com.

Apa yang menarik di Homestay Ladang Moccis, Teluk Intan




Untuk sampai ke Ladang Moccis ni, kalau kami dari bandar Teluk Intan, melalui Jalan Changkat Jong selepas stesen minyak Petron Batu 8 tu, sebelah kanan ada sebuah sekolah rendah. Berhampiran area tu korang akan nampak papan tanda besar macam dalam gambar di atas tu, masuk simpang dan naik terus ke atas laluan berbukit. Tak jauh pun sikit je melalui kawasan kampung. Tapi sebelum sampai ke Ladang MOccis tu, jangan terperanjat pula sebab kena melalui kawasan perkuburan Cina. Alaaa.. nak senang guna waze je lah kan, tak payah nak faham ayat ana yang berbelit-belit ni. 




Sampai kat pintu pengawal tu kami kena tahan, rupanya dah kena bayaran masuk. Satu kereta di caj RM10.  Mula-mula macam nak patah balik juga dah, tapi suami kata dah sampai bayar je lah. Kami bayar tak ada resit pun di berikan oleh pengawal keselamatan tu, cuma di berikan sekeping pas pelawat untuk kereta. Okaylah.. kami terus drive dan masuk ke kawasan kediaman Ladang Moccis. Cantik juga rumah-rumah pekerja di sini. Nampak tersusun dan terjaga rapi persekitarannya. 

Memasuki kawasan homestay ternampak lah sangkar kucing hutan di sebelah kanan. Ada dua ekor kalau tak silap sedang menyorok di dalam sangkar nya tu. Cantik bulunya tapi tak dapat nak dekat sangat sebab ia sejenis kucing liar kan. 




Dihadapan sangkar kucing ni terdapatnya sebuah tasik dan berhadapan tasik itulah terletaknya deretan homestay Ladang Moccis ni. Dari jauh nampak cantik binaan rumah-rumah di sini. Kami parkir kereta dan berjalan di sekitar tasik. Kat sini lah adanya beberapa haiwan peliharaan yang ala-ala mini zoo, gitu. 










Ada ayam, ayam hutan, arnab, kambing, kambing biri-biri, burung, kura-kura dan seekor monyet yang terikat comel kat sana. 




Tapi kesian je tengok si monyet ni, sebabnya dia tak bebas, terikat pada tiang tu. Ye lah kalau bebas lari lah dia kan ke kawasan hutan habitat asalnya. Harap-harap ia di jaga dengan baik oleh pihak pengurusan hendaknya sebab ana ni pencinta haiwan. Cepat kesian kalau tengok haiwan-haiwan tak dapat kebebasan hidup ni. Hati tisu sikit. 




Berhadapan kawasan mini zoo ni, terlihat beberapa ekor rusa atau kancil rasanya sebab kecil je sedang berehat di bawah pokok kelapa sawit. Ada juga yang jinak mendekati suami. Macam kancil ni selesa sikit sebab di pagar di kawasan yang agak luas, bebaslah juga pergerakannya kan. Hehe :) 




Di kawasan tasik tu, kami berjumpa lah dengan seorang pekerja yang menjaga sewa kayak dan basikal. Biasa lah kena interview sikit dengan kami . Menurut adik ni, mulai 1 Januari 2019 baharu di kena kan bayaran masuk ke sini. Dan terdapat beberapa unit rumah home stay untuk di sewa pengunjung. Kami tanya kalau boleh nak lihat dalam rumah-rumah homestay tu, adik ni pun call penyelianya yang bertugas. 






Haa.. Kat sini lah kalau korang berminat nak mencuba aktiviti berkayak ada di sediakan. Bayarannya RM10 kalau tak silap ana, lupa dah sebab tak catat lah pulak kan. Banyak juga kayak-kayak di sediakan disini. Kalau ana memang tak lah kan, ana ni seram sikit bab masuk dalam air. Mandi dalam pool je lah yang okay sebab boleh agak kedalaman paras airnya, hehe :) Juga ada sewa basikal kalau korang nak ronda-ronda kawasan dengan mengayuh basikal. Menarik juga kan. 




Sedang berborak dengan adik penjaga tasik tu, bukan lah penjaga sewaan kayak dan basikal, sampailah penyelia yang bertugas. Hazrin kalau tak salah nama adik ni. Kami di bawa masuk ke setiap unit homestay yang ada dan serius... ia memang cantik dan bersih. Sangat menarik susun atur dan kelengkapan yang ada. Ada unit yang tiga bilik dan ada juga yang dua bilik tidur. Cuma tidak boleh memasak di homestay ni walaupun ada dapur. Semua bilik berhawa dingin. 




Setiap unit homestay berhadapan tasik dengan pemandangan yang menarik. Korang yang kaki pancing, boleh je memancing dari balkoni homestay. Harga pun mampu sewa tak mahal antara RM250 ke RM350 satu unit. Disediakan kemudahan untuk BBQ dan ada padang luas di hadapan homestay ni. Ana rasa sesuai sangat untuk aktiviti family day kan. Sebabnya kawasan ni agak sunyi, jadi nak stay kena ramai-ramai barulah meriah. 






Pada ana ia salah satu tarikan yang agak menarik untuk mereka yang ingin bercuti ke Teluk Intan, sambil melawat menara condong kami yang mahsyur seantero dunia tu. Kalau ke Teluk Intan ni jangan lupa mencuba beberapa menu makan-makan yang lejen seperti Mastan Ghani mee rebus dan rojaknya, carilah Bandung Tarik yang memikat kalbu .. ya Allah teringin terus dah ni.. adoiyai. Popia dan gado-gado kat Bumbung Biru tu dan macam-macam lagi yang sedap-sedap pada selera ana bila balik kampung. Kemudian staycation kat sini untuk aktiviti memancing dan riadah. Best kan. Gambar-gambar homestay korang boleh tengok di link : https://www.homestayladangmoccis.com/gallery

In shaa Allah kalau ana berkesempatan bermalam disini suatu hari nanti, boleh lah ana review sekali lagi. Setakad ini cuma boleh reviewkan kawasan persekitarannya sahaja yang pada ana tidak kurang menarik untuk di kunjungi dan ber selfie wefie. 





Kalau korang berminat nak sewa homestay Ladang Moccis ni atau nak bertanya sebarang pertanyaan layari lah ke https://www.homestayladangmoccis.com 

atau hubungi : 

05-621 1122/ 013-690 0090

~ semoga bermanfaat , In Shaa Allah ~ 

8 Comments

  1. Replies
    1. menarik juga DP satu tarikan baharu di Teluk Intan khasnya :)

      Delete
  2. eh haritu masa pergi Teluk Intan ade tegur pasal signboard Ladang Moccis tu kat Abah & rupenye waaahhh menarik jugak Homestay Ladang Moccis tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rezeki nanti bolehlah singgah anamizu kay :)

      Delete
  3. Replies
    1. menarik juga untuk aktiviti riadah dan bermalam di homestay yang selesa macam ni :)

      Delete