Bila telah banyak di viralkan dan diwar-warkan oleh pengguna social media khasnya, taktik-taktik lama perangkap scammer seperti melalui panggilan telefon, penyamaran dan sebagainya kian tidak lagi aktif. Kini dengan taktik baharu, scammer cuba memperdaya mangsa dengan menggunakan gambar profile dari rakan-rakan di friendlist Facebook. Ana tak pasti sama ada instagram juga mereka ambil namun ia tidak mustahil.

MO mereka kali ni menghubungi mangsa melalui aplikasi whatsapp atau messenger tetapi mereka menggunakan DP salah seorang rakan FB mangsa. Kes yang ana baca adalah dari perkongsian salah seorang sahabat blogger kami juga, di mana dia menerima kiriman whatsapp dari nombor yang tak di kenali namun menggunakan DP salah seorang rakan FB beliau. Alasannya berada di luar negara dan menggunakan nombor lain dan meminta pertolongan kerana ada masalah kewangan di luar negara dan meminta kawannya meminjamkan sejumlah wang dan di transfer ke akaun kononnya rakan nya di sana. 

Related image




Perangkap Terbaharu Scammer Menggunakan Foto Rakan FB 


Rakan blogger kami ni, pada mulanya ada sedikit keraguan, namun bila berbual lebih lama dan mempercayai cerita perangkap scammer, telahpun memasukkan sejumlah wang ke dalam nombor akaun yang di beri. Dan apabila teringat baharulah menghubungi semula rakan sebenar yang fotonya di gunakan itu, dan baharulah tersedar bahawa dia telah di tipu oleh scammer. Berikut beberapa potongan SS yang ana ambil dari FB beliau sebagai rujukan kita semua agar alert dengan taktik terbaharu scammer yang cuba memerangkap mangsa. 


Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text



Kisah  beliau boleh di baca di status FB SINI beliau  berkongsikannya untuk peringatan kita semua. Berhati-hatilah apabila kita di hubungi oleh nombor yang tidak di kenali tetapi menggunakan Profile Photo salah seorang rakan social media kita. Boleh jadi si scammer telah pun stalk FB beliau untuk menyakinkan kita dengan penceritaannya. Macam-macam boleh jadi dan tak mustahil scammer juga boleh menggunakan DP kita untuk tujuan memerangkap rakan-rakan friendlist kita kan. 

Jangan mudah percaya dan sebaliknya hubungi semula nombor rakan social media yang gambarnya di salahgunakan itu untuk kepastian. Terus berwaspada dan berpesan-pesan kepada rakan dan saudara yang lain agar taktik scammer ni tidak menjadikan sesiapa lagi sebagai mangsa mereka. 



10 Comments

  1. Ya Allah... mamacam-macam sekarang. Thanks akak kongsi post ini >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga bermanfaat buat semua yang terbaca agar lebih berwaspada kan Nurul :)

      Delete
  2. Replies
    1. lebih mudah kalau kita bercakap terus dengan si peminjam ni kan WP :)

      Delete
  3. Saya memang takut bab bab ni, main pulak dengan duit lahai

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye yana nak nak kita yang tak berduit sangat ni hati2 lah selalukan,

      Delete
  4. ya Allah seramnya. macam2 la orang skrang ni.
    semoga jauh kita semua dari kes kes macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la CT, sekarang ni apa sahaja kena beringat dan tak cepat percaya

      Delete
  5. takut sekrg bila fikir pasal scammer ni.. semoga kita tak terjabak menjadi mangsa scammer ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin in shaa allah liez kita ingat mengingati sesama insan

      Delete