Bila tiba-tiba teringin Cucur Badak
Tetiba teringin nak makan kuih cucur badak pepetang hari ni. Pergi je ke kedai Acheh beli empat ketul ubi keledek. Sekilo RM4.50 sekarang ni ubi keledek. Ana beli tu dalam RM2.50 je, kira murah lah kan. Dapat 12 biji cucur badak gebu geban besar gedabak. Makan dua biji pun dah kenyang, Alhamdulillah. Betullah agaknya faktor usia yang kian meningkat ni laju je teringin kuih-kuih menu ibunda ni. Sebelum ni pun masak kuih tradisional lama badak berendam, kali pun pun badak juga tapi cucur badak ataupun kami panggil coq badak. Kenapa perlu badak, ana pun tak tahu lahh ye .. :)
Resepi dan Cara buat cucur badak
Tahu, memang mudah je nak buat dan masak cucur badak ni, tapi tak semua orang pernah buat sendiri kan. Meh la ana nak kongsikan cara dan versi ana membuat kuih cucur badak. Mana tahu ada pengantin baharu yang nak try masak cucur badak untuk mak mertua, boleh lah Google dan singgah sini kita belajar buat cucur badak. Hehe :)
Mula-mula kita sediakan intinya terlebih dahulu.
Bahan inti cucur badak
Kelapa parut
Serai 1 batang di hiris halus
Bawang merah 2 ulas di hiris halus
Bawang putih 1 ulas dihiris halus
Udang kering ( ana gunakan udang geragau kering sahaja) - digoreng tanpa minyak seketika
Serbuk kunyit
Cili pes ( ikut kepedasan yang korang nak )
Garam
Minyak untuk menumis
Cara masak inti cucur badak :
1. Tumbuk lumat atau blend kering bahan yang di hiris tadi bersama udang kering.
2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan yang di tumbuk.
3. Masukkan pes cili dan masak hingga garing. Tambahkan sedikit air jika terlalu kering.
4. Masukkan serbuk kunyit sedikit dan garam secukup rasa, kacau sebati.
5. Masukkan kelapa parut dan masak sehingga kering. Siap dan ketepi kan.
Sekarang jom kita membadak kan adunan cucur badak nya pula .
Bahan-bahan resepi cucur badak :
Ubi keledek
Tepung gandum
Cara buat cucur badak :
1. Buang kulit dan bersihkan ubi keledek. Potong kecil-kecil supaya cepat empuk ubinya.
2. Bila dah empuk, lenyetkan ketika masih panas. Hati lah ye panas kan.. :) Macam mana nak tahu ubi dah empuk ? Ubi yang direbus dah jadi lembut tu maknanya dah empuk lah anak-anak ye.. :)
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit ke dalam bahan ubi lenyet tadi. Sambil mengulinya sehingga adunan tidak melekat pada jari dan boleh di bentuk.
4. Bulatkan adunan tepung dan kemudian leperkan untuk meletakkan intinya. Ana suka buh inti banyak-banyak baru sedap kan. Inilah untungnya buat sendiri berbanding yang kita beli. Buh je banyak mana inti kita nak ikut citarasa masing-masing.
5. Kaupkan semula adunan dan bentuk bulat dan leperkan supaya mudah masak bila di goreng nanti. Kalau melekat lumurkan sahaja dengan tepung gandum. Letakkan seekor udang kering sebagai hiasan di tengah-tengah adunan cucur badak korang tu, kalau tak letak pun tak apa, tak mengubah rasa pun hehe :)
6. Panaskan minyak dan gorengkan cucur badak satu persatu. Balik-balikkan supaya masak dua-dua bahagian. Angkat toskan minyak dan selamat menikmati salah satu lagi resepi ibunda yang enak ni.
~ Semoga bermanfaat , In Shaa Allah ~
12 Comments
Sedapnya 😋 cucur badak..
ReplyDeleteRajin ana.. akak beli jer sbb mkn sorang 😄
ni pun bila ada anak-anak bercuti di rumah Yati, kalau tak ana pun beli je hehe :)
Deletesinggah ptg selasa
ReplyDeletejemput rasa coq badak kak ana NH hehe :)
DeleteKalau cucur gajah lagi besar agaknye ek
ReplyDeletehehe, gambar closed up tu WP idak le besar mana tu :)
DeleteSedapnya nampak cucur badak kak Ana.
ReplyDeleteMakan petang-petang time panas lagi yummy!
kan sesekali menu tradisi lama semula kan Mrs A :)
DeleteMok mentua ekin panggil cucur keria yg bersalut gula cucuk badak ore tua kelantan panggil kut gitu
ReplyDeleteowh macam tu, kak ana pula cucur keria yang macam donat tak berinti tu ekin, salut gula :)
Deleterajin akk buat ^^
ReplyDeletetengok mood gak fara hehe :)
Delete