Cendawan goreng tepung ranggup
Cendawan antara menu kesukaan anak-anak di rumah. Ana pun suka juga makan cendawan ni tak kiralah cendawan butang, cendawan tiram, cendawan enoki atau apa juga lah, janji cendawan. Kalau di kampung dahulu ada juga cendawan busut, cendawan sisir, ada satu tu warna hitam sedap juga mak ana panggil cendawan telinga kera hehe :) . Tapi sedap tau masak dalam sup. Ia lembik je cendawan ni nipis-nipis warna coklat hitam macam tu. Ana tak tahu nama komersilnya pula.
cendawan enoki goreng tepung rangup |
Berbalik cerita cendawan ni, minggu lepas ana beli cendawan tiram dan cendawan enoki ni di pasaraya. Murah dan berbaloi juga cendawan tiram ni sepeket RM3 banyak isi dia, ana masak dua kali pun lepas. Dan cendawan enoki ni macam biasa satu pek kecil tu 90 sen sahaja. Lebih dari masak sup cendawan campur, Adik Ika nak makan cendawan goreng tepung buat menu minum teh. Dan terhasillah dua jenis cendawan goreng tepung yang crunchy dan krup-krup ni.
Resepi cendawan goreng tepung
Untuk cendawan enoki ni, ana cuma salutkan dengan gabungan tepung beras, tepung gandum , tepung perisa rangup, garam sedikit. Pastikan cendawan enoki benar-benar kering dan sadurkan dengan tepung dan goreng dalam minyak yang panas. Balik-balik kan seketika dan angkat terus bila dah garing.
Untuk cendwan tiram pula berlainan sedikit .
satu cawan tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Garam secukupnya
1/2 cawan air atau secukupnya
Satukan bahan batter di atas, celupkan cendawan tiram dan goreng dalam api yang panas. Angkat dan toskan minyak.
cendawan tiram goreng tepung rangup |
Sedap di makan dengan Thai sos. Selamat mencuba dua versi cendawan goreng tepung versi anajingga dot com .
6 Comments
lama xmmkn.. ngences tgk :)
ReplyDeletebuat je Fara senang sangat ni :)
Deletekita kalau goreng cendawan tu...
ReplyDeletexpernah nya nak jadi...sakit ati kita...
ni nnt nk try seperti AJ pulak...moga menjadi la hihihi
kadang-kadang ada juga yang terlembik kan, kak ana try and error. Yang penting cendawan tu tak basah bila kita goreng dan minyak kena cukup panas Nieyl :)
DeleteOh...guna tepung beras elok pula goreng nya. Kita guna tepung jagung tak lawa jadinya -.-
ReplyDeleteTepung beras di rangupkan adunan tepung tu Shai :)
Delete