Masyaa Allah, sebulan kebelakangan ni cuaca teramat panas terik. Dah sekian lama juga rasanya bumi kita mengalami suhu panas melampau di awal tahun sehinggalah berlarutan beberapa bulan. Namun sekali-sekali hujan turun membasahi bumi. Apapun semua itu adalah satu ujian buat kita hambaNya di atas muka bumi untuk belajar erti syukur dan redha. kalau nak di bandingkan bala bencana yang menimpa jutaan lagi penghuni bumi di seluruh dunia, barang kali kita sendiri tidak terdaya untuk menempuhinya. 

Namun, Allah swt yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang pasti akan memberikan hikmah di atas segala kejadian yang berlaku. Di kala cuaca panas terik inilah, musim pokok-pokok berbunga lebat. Yang indah-indah ciptaannya pastilah keindahan bunga-bungaan yang cantik berwarna-warni menghiasi lanskap bumiNya. Ana nak berkongsi disini hari ini, kuntuman bunga kertas yang lebat berwarna-warni penuh keindahan ciptaanNya di halaman rumah jiran ana, Zura. Tertarik sungguh ana dengan keindahan kuntuman tanpa haruman ni mekar di tengah-tengah cuaca yang terik. 






Setiap kali kita melihat keindahan ciptaanNya, betapa kerdilnya kita sebagai hambaNya yang hanya mampu melihat dengan mata hati. Amat sempurna lakaran ciptaan Tuhan di pandangan mata. Bunga kertas atau pun bunga Bougainvillea ini hadir dengan pelbagai warna. Ada juga yang di kacukkan sehingga terhasilnya pelbagai kombinasi warna-warni baharu yang luar biasa. Tak macam zaman dahulu, hanya dapat di lihat dalam beberapa warna asal seperti merah jambu, putih, jingga, merah tetapi sekarang ni macam-macam kombinasi warna dan belang pun telah terhasil dari perkembangan teknologi pertanian dan lanskap. Alhamdulillah. 





Cantik kan. Ana ada terbaca petua untuk pokok bunga kertas ni lebat berbunga ialah kita perlu mencatas dahan-dahan dan membuang daun-daun yang telah mati. Erm.. makin di cantas makin banyak tumbuh dahan atau cabang baharu dan pastilah mengeluarkan bunga yang lebat kan. Baja yang sesuai juga perlu untuk menggalakkan pokok bunga kertas ni berbunga dan selalunya, pokok bung kertas memerlukan cahaya yang banyak dan di letakkan di kawasan panas terik lagi lebat berbunga, In Shaa Allah. 






Menanam bunga dan pokok-pokok ini juga merupakan satu terapi minda. Pasti kita kan berasa begitu dekat dengan Penciptanya setiap kali bunga-bunga ini mekar dengan penuh keindahan. Semoga pokok-pokok bunga kertas Zura ni akan terus mekar berkembangan menghiasi alam dan menjadikan satu pemandangan yang indah untuk di renungi. In Shaa Allah. 

10 Comments

  1. Musim panas begini kebanyakan pokok akan mengeluarkan bunga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah WP, indah berwarna warni laman bila musim panas ni :)

      Delete
  2. Mak SA dulu suka sangat tanam bunga kertas..siap dia pandai kahwinkan aler putih dengan pink dan mmacam-macam warna lagi .memang cantik ..seronok tengok laman cantik dengan bunga tapi rumah SA x de laman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik tu SA, kalau mak pandai kawin2 kan benih ni, macam-macam warna baharu dapat kan :)

      Delete
    2. menarik tu SA, kalau mak pandai kawin2 kan benih ni, macam-macam warna baharu dapat kan :)

      Delete
  3. Bunga kertas ni cantik sebab bunga nya banyak dan pokok nya cepat merimbun. Tetapi ada yang berduri yang sangat tajam dan mencucuk apabila kita melakukan kerja kerja menjaga nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ada duri disebalik keindahannya tu kena hati2 kan :)

      Delete
  4. ekin xada lagi koleksi bunga kertas hahahha nanti nak try ambik dekat rumah ma.. baru2 berjinak nak tanam pokok loni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe pelan2 ekin nanti berseri la laman ekin dengan bunga kertas ye :)

      Delete
    2. hehe pelan2 ekin nanti berseri la laman ekin dengan bunga kertas ye :)

      Delete