Betullah kata orang kan, bila usia kian meninggi ni yang di pinjamkan Allah swt, makin selera pun berubah mengikut peningkatan usia. Kalau dulu tapai ni bukanlah makanan pilihan, tetapi sekarang ni, dapat makan tapai pulut punyalah nikmat yang amat di syukuri. Pulut, antara makanan kesukaan ana bila di usia kian keemasan ni. Apa sahaja yang berasaskan pulut, sedap benar pada selera. Masyaa Allah. 




Tapai pulut juga salah satu makanan kesukaan ketika ini. Dua hari lepas, suami bawa balik beberapa ikat tapai pulut. Cuma tapai pulut ni versi moden, ia di bungkus dalam kertas berwarna hijau macam dalam gambar kat atas tu. Tetapi di dalamnya di alas plastik lah sebab tapai yang dah cukup masak kan berair. Bungkusan moden ni nampak kemas dan pastilah nampak lebih bersih pembuatannya kan. Cuma kurang aroma daun sahaja pada ana. 

Kalau di Perak, Teluk Intan khasnya, tapai pulut di bungkus dalam daun pisang. Di Pahang dan Pantai Timur pula selalunya ia dibungkus dalam daun getah. Aroma daun-daun tu ada sedikit keunikan pada rasa tapai. Tetapi tapai pulut moden dalam kertas dan alas plastik ni pun tak mengurangkan kesedapan rasa tapainya. Cukup manis. Alhamdulillah. 




Bila dah dapat tapai pulut, laju je ajak suami ana ke Speedmart 99 . Apa lagi nak cari aiskrim vanilla lah. Tapi kat Speedmart 99 tak ada, last-last dapat kat kedai Acheh sahaja. Aiskrim Polla mangkuk kecil, jadilah sedap di makan dengan tapai pulut ni. Memang kena sangat. Alhamdulillah rezeki yang sentiasa di syukuri. 



4 Comments