Setiap hari pasti kita akan memikirkan apakah menu yang hendak di sajikan buat keluarga di rumah. Khasnya suri rumah macam ana ni, setiap hari pening juga nak fikirkan kelainan menu sebagai hidangan. Tapi tak lari mana pun, pusing-pusing balik ikan yang sama, ayam, makanan laut ataupun daging. Yelah takkan nak makan ikan salmon, ikan todak atau ikan jerung pula kan. Eh! Ikan jerung tu, ikan yu, boleh juga di jadikan lauk. Cuma ana tak pandai masak ikan yu ni. Mak ana di kampung selalu juga masak ikan yu, mak buat kari ikan yu, sedap rasa macam daging ayam. 

Kalau di rumah ni, ana lebihkan makan ikan dari ayam atau daging. Pertamanya jemu sangat dah makan ayam, nak-nak lagi kalau anak-anak ada di rumah, lagilah depa siap request ibu jangan masak ayam sebab di kampus boleh katakan hari-hari depa makan ayam. 

Hari ini ana terjumpa satu keratan gambar yang berkongsi cara memilih ikan segar di pasar. Gambar ni menunjukkan perbezaan ciri-ciri ikan segar dengan yang dah tak berapa nak segar. Ada juga yang sering ana guna pakai sebagai panduan sebelum ini. Cuma sekarang ni, ana lebih suka membeli ikan dari kedai runcit atau kedai Aceh di sekitar taman, ikan-ikannya lebih segar berbanding dengan membelinya secara mingguan di pasaraya. Itu pun tak lah hari-hari, selalunya dua atau tiga hari sekali ke kedai. 


kredit buat pemilik gambar 



Tips Memilih Ikan Segar 

Pertamanya merujuk kepada bahagian mata ikan. Memang benar ikan yang masih segar dan tidak berais terlalu lama, matanya akan kelihatan lebih bersinar dan masih terjonjol keluar daripada ikan yang dah lama di simpan dalam simpanan ais, matanya dah tenggelam ke dalam dan pudar. Tak percaya pergi ke pasar segar, tengok lah ikan-ikan di sana kebanyakannya mata masih jernih kan.

Ikan yang masih segar juga mempunyai insang yang berwarna merah dibandingkan dengan ikan yang dah tak segar pasti berwarna kehitaman sedikit. Rajin-rajinlah selak pipi ikan dan tengok warna insang nya kay. 

Yang paling mudah nak kenal pasti ikan segar atau tidak pastilah pada perutnya. Ikan yang dah pecah perut atau lembik di bahagian perut tu, nampak sangatlah isinya dah tak segar lagi. Ana pasti tips ni semua orang tahu kan. 

Dan akhir sekali tips di atas menjelaskan tentang sisik ikan, khasnya untuk ikan yang bersisik lah. Ada ke ikan yang tak bersisik ? Bukan tak ada sisik langsung, ada sesetengah jenis ikan yang bersisik halus macam ikan kembung kan tak nampak sangat sisiknya berbanding dengan ikan gelama atau senangin. Tapi ikan air tawar macam ikan keli dan patin tak ada sisik kan.. betul ke ?? 

Untuk ikan yang bersisik ni pastikan sisiknya masih melekat pada tubuh ikan dan tidak tertanggal. Ini memberi maksud ikan itu masih segar lah ye. Semoga kita semua bolehlah menjadikannya satu panduan untuk membeli ikan yang lebih segar. Bukan apa, harga ikan sekarang ni pun bukannya murah, jadi amatlah rugi dan mengecewakan jika terbeli ikan yang dah tak elok. Kempunan nak masak untuk anak-anak bila ikan yang di beli itu sudah tak segar lagi. Semoga bermanfaat buat kita semua, In Shaa Allah. 

12 Comments

  1. Saya amat mementingkan kesegaran bila beli ikan. Rela makan ikan kering dari beli ikan tak fresh. Bau dia pun dah sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak mala, ikan kalau tak segar langsung tak selera nak makan kan :(

      Delete
  2. Terima kasih atas tips ini. Mudah nak ingat nanti bila nak beli ikan :D Yang segar memang beza rasanya

    ReplyDelete
  3. Thank you for sharing :))

    ReplyDelete
  4. semua tips kat atas mmg liez buat.. mmg senang nak tahuikan fresh ke tak.. lagi satu klau ikan tu berlendir.. so kira fresh jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah terbiasa tu dah jadi kemestian kan Liez bila memilih ikan di pasar : )

      Delete
  5. aida ni kurang mahir.
    tapi skit skit boleh la, AJ.
    seminggu sekali mesti ada beli ikan.
    tq for the tips :)

    ReplyDelete