Bolehkah bertemu kucing kesayangan di syurga kelak ?
Bila ana terjumpa poster di bawah di Instagram @Dzulkiflialbakri atau pun Mufti Wilayah, Dato' Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tentang persoalan ' bolehkan bertemu kucing kesayangan di syurga ?' , tertarik untuk ana kongsikannya semula di sini. Ana pencinta kucing dan ana pasti ramai lagi di luar sana juga yang menyayangi kucing malah memelihara haiwan kesayangan Rasulullah saw ini di rumah. Pasti ia satu yang amat menarik untuk kita fahami bersama, bukan.
kredit poster/sumber IG @drzulkiflialbakri |
Bolehkah bertemu kucing kesayangan di syurga
Berdasarkan poster di bawah, jelas kita fahami penerangan dari Dato' Mufti bahawa firman Allah swt :
" Buat mereka ( penghuni syurga ) apa sahaja yang mereka mahukan dan disisi kami ada penambahan (nikmat) . - Surah Qaf
Huraian dari Dato' Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pula menerangkan : Setiap manusia perlu berusaha bagi memastikan dirinya di tempatkan Allah swt ke dalam syurga melalui amalan soleh di dunia. Saat seseorang itu berada di syurga , segala kemahuannya akan di turuti sebagai ganjaran dari Allah swt ".
Jadi tugas kita di atas dunia ini ialah untuk mencari jalan untuk ke syurga dengan mentaati perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Semua kita mahu ke syurga dan berusahalah kita ke sana selagi ada kesempatan usia yang ada kerana bila di syurga kelak, janjiNya akan menunaikan segala kemahuan dan keinginan kita termasuklah bertemu dengan kucng-lucing yang kita sayangi di atas dunia ini dahulunya. In Shaa Allah. Aamiin.
Ikutilah mana-mana laman sosial Dr Zulkifli Al Bakri untuk banyak menjawab kemusykilan dan persoalan yang di huraikan. Alhamdulillah.
8 Comments
Teringat kata ustaz...di dunia sabar betul-betul..itu tak boleh ini tak boleh pasti ada sebab Tuhan melarang dan meyuruh.....kalau nak itu ini dengan senang.....nanti di syurga.....yang dulu di dunia tak boleh..Tuhan ganti..boleh bila dah di syurga..cuma kita nak dengan tak nak sahaja...
ReplyDeleteya PC, dunia ni semuanya sekadar ujian sahaja. di sana lah yang kekal abadi. Sama-sama kita mencari jalan ke syurga..Aamiin
Deleteterima kasih di atas perkongsian.. semoga kita semua ditempatkan di kalangan org2 beriman..
ReplyDeleteAamiin, Ya Rabb
DeleteDi syurga kita boleh dapatkan apa yang kita mahukan
ReplyDeleteitu janji Nya kan mama
Deletesemoga semua kita berakhir dgn husnul khotimah tq ana atas perkongsian ni
ReplyDeleteaamiin ya rabb..
Delete