Inilah hasil gubahan idea hantaran perkahwinan dari sepupu ana, Effa. Sebelum ni pun di selalu juga menyiapkan gubahan hantaran untuk ipar duainya, cuma kali ni dia mengambil tempahan hantaran perkahwinan buat kawan katanya. Not bad, nampak simple tapi elegan, kan. Hantaran yang di hasilkannya adalah dari pihak perempuan untuk pengantin lelaki.
Hantaran Perkahwinan Yang Simple Tapi Elegan
|
Hantaran tali pinggan dan wallet lelaki |
Dalam menatarias gubahan perkahwinan ni pertamanya kita perlu elakkan pembaziran. Jangan berlebihan dalam satu-satu gubahan cukup sekadar memberi seri pada setiap dulang hantaran. Bukan apa, semua hiasan tu nanti tak ada gunanya kerana pengantin akan mengambil barang hantaran sahaja.
|
Hantaran toiletries |
Dulang hantaran kaca ni di sewa dari sepupu ana seorang lagi yang juga pakar dalam mengambil tempahan gubahan perkahwinan. Haa.. Kalau korang nak sewa dulang hantaran pelbagai jenis boleh lah tengok kat
SINI . Itupun entri lama tu sekarang ni lagi macam2 hantaran yang lawa disediakan oleh Shikin.
|
Hantaran songkok dan kain pelikat |
Effa pula, nampaknya dah kira lulus lah dalam menghasilkan gubahan hantaran dengan gaya terkini. Pemilihan bunga yang sederhana sesuai dengan saiz dulang serta padanan warna yang senada mencuri perhatian. Jadi bagi yang tercari-cari idea nak buat hantaran tu, mungkin boleh mendapatkan inspirasi dari 7 dulang hantaran termasuk sirih junjung hasil kreativiti Effa. Good job, Effa :)
|
Sirih junjung |
|
Hantaran sejadah dan Al-Quran |
|
Hantaran jam tangan dan kemeja lelaki |
10 Comments
Cantik
ReplyDeletesimple kan WP :)
DeleteMinimalis tapi wow itu yang terbaik..
ReplyDeletebetul tu jangan sampai pembaziran kan PC :)
DeleteBuat simple simple pun cantik kan.
ReplyDeletetu la azie :)
Deletewalaupun simple tapi mmg nampak elegan sgt
ReplyDeletetq mama :)
Deleteyup.. skrng ni zaman semua simple2 je. penah ada viral hantaran dalam kotak cantik.
ReplyDeletesemua orang pun tatau ada apa dalam kotak hehe..
kann CT siap berbungkus dengan kain kan :)
Delete