Bestnya berkelah bersama ikan di Sungai Chiling, Kuala Kubu Bahru
Senang sangat nak plan berkelah dengan adik-adik sepupu ana, Effa dan Edi sekeluarga ni. Dalam masa dua minggu je ana sesaja tanya depa nak tak kita pi piknik kat Sungai Chiling ? Cepat je depa berdua respond dan confirm kan selepas suami Effa boleh cuti pada tarikh tersebut. Suami Effa ni Tuan Inspektor sahab kata Bollywood, jadi nak cuti tu kena plan awal-awal lah kan. Dah confirm kami plan nak potluck je untuk menu makan, dan lead dalam family piknik kali ni Edi lah, sebab Edi ni tinggal di Kuala Kubu (KKB). Dan Edi pernah dah sampai Sungai Chiling ni jadi kami ikut sahaja.
Dari malam sebelumnya lagi kami dah excited nak berkelah, ana plan nak masak mihun goreng dan kuih puteri ayu untuk bekalan potluck kami. Lepas Subuh terus lah siap-siap sebab Edi dah pesan suruh sampai awal nanti parking jauh dan penuh katanya. Sambil sorang demi sorang siap, last-last pukul 9 jugalah bergerak dari rumah lepas ana siap goreng mihun bancuh kopi o dan sebagainya. Sampai KKB dalam pukul 9:40 lebih kurang dan Edi bagitau tunggu kami di pintu gerbang masuk ke Sungai Chiling tu.
Berkelah di Sungai Chiling, Kuala Kubu Bahru
Jalan menuju ke Bukit Fraser dari KKB |
kawasan pakir kenderaan |
Untuk ke Sungai Chiling ni kami ikut laluan Ampang Pecah, KKB terus menuju jalan menghala ke Bukit Fraser dan beberapa KM selepas empangan Kuala Kubu. Lokasi pintu gerbang masuk ni pun tepi jalan sahaja bila sampai tu akan nampak banyak kereta di parkir di satu kawasan lapang berhadapan pintu masuk. Pandai-pandai lah nak cari parkir kerana waktu kami sampai pun dah hampir penuh. Mujur juga ada rezeki menyelit parkir dan kereta Effa block je kereta ana sebab sampai lewat dah tak ada parkir hehe. Parkir kat sini percuma je tak kena bayar macam tempat perkelahan lain.
pintu gerbang Santuari Ikan Sungai Chiling |
Dari pintu gerbang masuk ke Sungai Chiling tu, kena berjalan melalui denai alam semula jadi dalam beberapa meter sebelum sampai ke pusat rekreasi dan mandi manda. Sepanjang perjalanan tu dah nampak aliran air sungai dan batu batuan air terjun kecil di bahagian bawah. Kawal lah anak-anak kecil kay sebab ianya agak bertebing tinggi. Kedengaran juga bunyi desiran air dan kicauan burung dan cengkerik. Memang berada dekat dengan alam. Dan awas!! Ada monyet-monyet liar di celah-celah pokok tu jangan duk kacau-kacau takut depa terancam dan mengganggu kita nanti.
Laluan masuk dari pintu gerbang ke tempat rekreasi sungai Chiling |
Bila sampai ke tapak rekreasi tu, pengunjung di minta mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran. Ini sebenarnya lebih kepada mereka yang ingin mendaki terus ke puncak air terjun Sungai Chiling yang mengambil masa lagi satu jam untuk sampai ke air terjun. Untuk tujuan keselamatan dan melindungi alam sekitar kerana Sungai Chiling ini merupakan satu kawasan perlindungan kepada spesis ikan kelah dan tengas kerana itu ia di panggil Sungai Chiling Fish Sanctuary atau Santuari Ikan Sungai Chiling.
Sekiranya pengunjung ingin naik ke puncak air terjun kenalah melalui jambatan ini dan isikan butiran peribadi untuk tujuan keselamatan dan sehingga jam 2 petang sahaja di benarkan naik ke atas. |
Kepada mereka yang berhasrat nak hiking ke puncak air terjun tu, korang kena daftar nama penuh, no kad pengenalan dan no telefon. Beg juga akan diperiksa sama ada membawa makanan dalam bekas pakai buang yang mana akan di catatkan bilangan bekas, supaya bila korang turun nanti, depa nak tahu sama ada ia dibawa turun bersama atau pun korang dah buang di dalam hutan semasa di atas. Kalau tak cukup bilangan deposit tidak akan di kembalikan. Ye lah kan, ada sesetengah mentaliti masyarakat ni tidak mengambil berat kebersihan alam sekitar, bila buang sampah pastilah habitat ikan akan terancam dan air menjadi kotor. Bagus sebenarnya pihak pengurusan ini lakukan.
Tapi kami dengan anak-anak kecil dan bekalan makanan ni tak lah berhasrat nak hiking ke puncak air terjun, cuma sekadar mandi manda dan berkelah di sekitar kawasan rekreasi di hadapan kaunter ini sahaja. Ana cuma perlu rekod kan bilangan ahli rombongan kami sahaja dan nama serta no IC. Tiada sebarang bayaran juga di kenakan pada waktu kami ke sini kerana sebelum ini ana ada terbaca di blog yang dikenakan bayaran RM1 seorang, tapi masa kami maii ni free je. Alhamdulillah.
Kami bentang tikar dan alas hidang kan makanan. Bila dah potluck sudahnya macam-macam menu ada. Makcik Idah dan Ain bawa nasi putih, lauk pauk, nasi goreng, Effa pula bawa ayam goreng, ayam grill dan roti-roti serta air campur pula dengan menu ana mihun goreng dan kuih puteri ayu serta kopi o. Haa.. ada yang terus makan sarapan pagi dan anak-anak pula tak sabar nak mandi. Asyraf, Irfan, Azri, Icha dan Adli laju je bermain air cetek di tepi sungai tu ditemani ayah mereka. Kami relaks dulu makan-makan sambil berborak.
Lepas makan suami dan anak-anak ana turun dulu dan mandi manda di kawasan cetek di hadapan. Lepas tu ana turun pula nak tengok ikan-ikan kelah berenang di sekitar kaki kita. Ikan-ikan kelah ni memang jinak. Owh yer sebelum terlupa, kalau nak ikan-ikan ni datang dekat kita kena beri depa makanan. Ana beli pallet makanan ikan ni berharga RM5 seplastik. Bila kita tabur sahaja di dalam air sungai tu pasti akan keluar ikan-ikan kelah di keliling kaki dan mandi bersama ikan lah kita di situ.
Pastu kami turun pula ke bahagian belakang sikit dan mandi di sana lagi nyaman dan tak ramai sangat pengunjung. Kena jaga-jaga lah anak-anak kerana kawasan ni agak dalam sedikit dari yang di hadapan. Kat sini pun ada juga ikan-ikan muncul bila kita taburkan makanan ikan. Memang seronok dan unik sangat. Begitu dekat dengan alam semulajadi dan makhluk Tuhan yang lain.
Cik kecil Najjah mandi bersiram |
Selesai mandi manda boleh sahaja pi bilas dan salin baju di tandas yang disediakan disini. Surau pun ada dan beberapa gerai jualan makanan ringan pun adooo. Lepas selesai kami bersihkan semula tapak perkelahan dan bawa balik sampah sebab kat sini tiada tong sampah di sediakan. Sampah kena bawa balik naa... Dan jangan lupa bawa plastik sampah. Ada petugas yang memerhati nanti kena denda kalau buang sampah merata tau!! Hargailah keindahan dan kebersihan alam semula jadi, takut nanti generasi akan datang dah tak berkesempatan nak mandi manda dengan ikan-ikan kelah di sini, kan rugi.
Surau, tandas, tempat bilas mandi dan gerai di Sungai Chiling, KKB |
Ayip yang comel |
Di kawasan rekreasi dan pendakian Sungai Chiling ni ada beberapa peraturan keselamatan lain yang harus di patuhi. Nak naik hiking tu hanya di benarkan sehingga pukul 2 petang sahaja dan selepas jam 2 tidak di benarkan pendakian lagi atas faktor keselamatan pengunjung. Tapi kat bawah ni mandi lah sampai jam 5 petang di benarkan. Bahaya lah kan sat lagi lepas kul 2 baru nak naik dah lah sejam lebih baru sampai atas, pukul berapa pula korang nak turun ye tak. Gelap sat lagi macam-macam boleh terjadi. Kerana itulah hat nak naik ke air terjun sehingga 2 petang sahaja.
Dari denai laluan masuk ke tempat rekreasi Sg Chiling kelihatan aliran air terjun kecil dan sungai |
Laluan perjalanan ke atas tu kata Edi memang mencabar juga lah kerana melalui denai atau track hutan dan merentas beberapa aliran sungai. Sesuai lah untuk mereka yang masih kuat dan bertenaga. Yang bawa anak-anak dan warga emas ni duk mandi kat bawah pun dah best sangat , masih juga ada ikan-ikan walaupun saiznya kecil dari yang di atas sana, kata Edi lagi.
Bermandi manda sambil memberi ikan-ikan makan |
Santuari Ikan Sungai Chiling telah ditubuhkan oleh Jabatan Perikanan Negeri Selangor pada awal tahun 2005 dan diperkenalkan secara rasmi kepada umum pada tahun 2007.Tujuan utama santuari ini diwujudkan adalah untuk menyediakan satu kawasan perlindungan kepada spesis ikan kelah dan tengas yang semakin berkurangan pada masa kini.Sungai Chiling telah menjadi habitat dan tempat pembiakan semulajadi kepada spesis ikan-ikan ini melalui limpahan pelbagai saiz ikan kelah dan tengas di sepanjang sungai ini sehingga ke kawasan air terjun utama.Kewujudan santuari ini juga merupakan satu usaha sama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.Sebarang aktiviti penangkapan ikan adalah dilarang.
Waktu Operasi Untuk Melakukan Aktiviti Yang Riadah
Sabtu hingga Ahad dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 ptg.
Tutup pada hari Isnin hingga Jumaat.
Alhamdulillah, seronok sangat dapat berkelah bersama sepupu-sepupu ana di Sungai Chiling Fish Sanctuary ni. Satu pengalaman yang amat berbeza dan unik yang kami dapat kali ini dari tempat perkelahan yang pernah kami kunjungi. Begitulah indahnya alam semulajadi yang seharusnya kita jagai dan kekalkan kebersihan dari di musnahkan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri. Haa!! Kalau korang dah tak tahu nak pii mana hujung minggu boleh lah ke Sungai Chiling untuk mandi manda bersama ikan dengan keluarga. Bagi yang gagah perkasa nak naik hiking ke puncak air terjun tu datang awal lah kan supaya boleh turun dengan selamat dan patuhilah arahan keselamatan yang di berikan.
kejernihan air di Sungai Chiling, KKB |
16 Comments
Lama sungguh kita piknik...tengok post ni, terus rasa nak piknik je esok hehehehe
ReplyDeletetuu laa kadang-kadang teringin nak berpiknik sekali sekala kan dengan family :)
Deletesyoknya AJ berkelah..sy dh lama tak berkelah gini sbb anak2 cuti sem tak sama..tunggu diaorg habis belajar baru la boleh nak berkelah sama2
ReplyDeletesama lah Fuzy, ni pun jenis rancang last minit kebetulan anak-anak ada, Alhamdulillah menjadi dan seronok sangat :)
DeleteNikmatnya.Bersama keluarga. Mendekati alam. Memang seronok. Setuju kak.. Dalam bergembira.. Kebersihan alam jangan diabaikan.
ReplyDeletekeindahan ukhuwah dan silaturahim.. sangat-sangat perlu untuk kita mendidik anak-anak menjaga kebersihan dan keindahan alam kan PC :)
DeleteCantik tempatnye
ReplyDeleteMemang sesuai untuk berkelah dan bermandi manda
cantik WAk yang rare sebab ada anak-anak ikan kelah berkeliaran di kaki kita sambil mandi manda :)
DeleteSyoknya mandi manda sambil bermain dgn ikan yang jinak.
ReplyDeleteALhamdulillah seronok sangat kak Mala, unik kan ada anak-anak ikan kelah di situ :)
DeleteSyoknya berkelah ramai-ramai macam nie..
ReplyDeleteAlhamdulillah seronok sangat Sha :)
DeleteSg Chilling memang famous. hehe.. dulu penah p sekali time practical area sana.
ReplyDeletememang sokmo orang ramai gitu hari hari hehe..
best kan CT nanti pii la sekali lagi :)
DeleteBelum pernah samapai sini lagiks!
ReplyDeleteTengok gambar yang k.Ana kongsi tu Mrs. A pun terasa excited sekali hahahaa...
jomm nanti plan bawa family Mrs A ke sini lak naa :)
Delete