Percaya tak resepi ni ana belajar dari adik blogger saiyaa ARZ MOHA . Haha!! Hebat Arz Moha kan.. siap ajarin kakak dia buat roti hotdog kegemaran Cik Puteri . Tapi bila tengok yang Arz Moha buat lagi mengiurkan laa pulak dari ibu ana buat ni. Ermm.. Kena suruh Cik Puteri buat online kelas nii.. :) Memang mudah sangat nak buat, boleh jer ajak anak-anak buat sama-sama macam Abah dengan Cik Puteri buat bila cuti sekolah kan.

Bila anak-anak ana balik sem break minggu lepas, ana suruh lah Adik Ika buatkan roti sosej ber cheese ni untuk sarapan pagi. Bahan pun mudah ajer. Menu ni sesuai untuk sarapan atau pun menu potluck pun okay kan. Ana kongikan semula kat sini untuk rujukan dan berkongsia idea dengan pembaca. Mana tahu kan, dah jemu buat roti telur kita upgrade sikit jadi roti sosej cheese meleleh ni. 





Resepi roti sosej cheese leleh 


Orang sekarang ni semua nak ber cheese dan meleleh-leleh ni kan. Dah jadi trend masa kini. Tapi kanak-kanak suka makan cheese lagi pun ia menu yang sihat lah tanpa msg . Boleh lah buat sarapan atau bekalan untuk anak-anak ke sekolah. 

Bahan-bahan roti cheese sosej cheese 


Bahan-bahan Roti Sosej Cheese Leleh


Roti Gardenia 
Sebiji telur 
Kepingan Cheddar Cheese 
Beberapa batang sosej ( hotdog ) 
Margerin
Minyak untuk menggoreng
Lada sulah


Cara buat roti sosej cheese leleh mudah : 




1. Roti Gardenia tu korang lenyetkan dahulu dengan kitchen roller sampai agak nipis. 

2. Sapukan margerin. 

3. Alaskan dengan sekeping cheddar cheese.




4. Letakkan sosej dan gulung ketat-ketat. 




5. Dadarkan sebiji telur dan taburkan sedikit lada sulah jika suka. Tak perlu letak garam kerana margerin dan cheese dah ada rasa masin disitu. 

6. Celup kan gulungan roti dan basahkan betul-betul agar ia tidak terbuka bila di goreng nanti. 




7. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali leper dan boleh lah goreng gulungan roti. Balik-balikkan sebab roti ni cepat garing boleh jadi hitam nanti , dah tak hensem kan. 

8. Angkat dan toskan minyak di atas kitchen tissue . 




9. Untuk menampakkan lelehan cheese dalam roti tu, korang potong lah roti kepada dua bahagian ketika ia masih panas-panas lagi. Dan tengok lah leleh tak lelehnya cheese dari dalam roti yang di goreng.




Sedap di makan macam tu sahaja tapi ada juga yang suka makan dengan sos dan mayo. Ikutlah citarasa masing-masing kan. Janji sedap. Selamat mencuba :)