Selalu kami memang suka beli kerabu meggi dari kedai tomyam kalau tekak kurang selera nak makan. Bukan apa, rasanya yang masam-masam pedas tu cukup sedap bila tekak hilang selera makan ni. Ana agak kurang makan mee segera , sekali sekala tu boleh lah juga walaupun rumah ni memang ada pelbagai stok mee segera yang di sponsor. Kalau mee segera goreng tu boleh lah lagi terima kalau jenis yang berkuah tu macam tak boleh sangat dengan tekak. Faktor usia dah tu. 

Dua tiga hari lepas, anak-anak mengidam nak makan kerabu meggi ni. Selalu kami beli di kedai tomyam Aliya , tukang masaknya orang Thai memang sedap kerabu meggi kedai ini. Tapi sejak PKP hari tu sampai hari ni belum lagi buka kedai tomyam ni, mungkin pekerjanya masih terperangkap di negara asal dan belum boleh rentas negara, agaknya. Banyak kedai tomyam Thai yang menghadapi masalah macam ni kan. 


resepi kerabu meggi thai


Sebab anak-anak dah mengidam tu, ana kirim kan pada suami belikan meggi Thai di restoran Kelantan area sini. Meggi tomyam Thai ni banyak di jual di kedai-kedai makanan Kelantan. Kalau di pasaraya atau kedai Acheh ana tak pernah jumpa lagi. Belajar dari video resepi Khairulaming, maka terhasillah kerabu meggi Thai kami. Alhamdulillah.. sedap dan sama rasa macam yang beli di kedai tomyam. Jom ana kongsikan dengan korang yang nak cuba buat sendiri kerabu meggi ala Thai di rumah. 


Resepi kerabu meggi Thai


Resepi kerabu meggi Thai 


Resepi kerabu meggi Thai


Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kerabu meggi Thai 


2 peket meggi tomyam Thai 
Udang segar - bersih dan celur seketika
beberapa batang crab stick atau apa-apa bebola seafood ( celur seketika ) 
1 biji tomato - di hiris nipis
1 ulas bawang merah - di hiris nipis
setangkai daun ketumbar
cili api jika suka pedas
beberapa sudu sos ikan nampla
limau nipis
garam dan gula secukup rasa


Resepi kerabu meggi Thai


Cara buat kerabu meggi Thai 





1. Celurkan meggi Thai dan toskan. 

2. Masukkan ke dalam mangkuk besar, campurkan kesemua bahan yang ada, udang, crab stick, tomato, bawang, cili api, daun ketumbar dan adun bersama sebati dengan perencah meggi tomyam , gula, garam dan sos ikan. Gaul sebati.

3. Siap untuk hidangan dengan letakkan perahan jus limau nipis ke atas kerabu. 

Kami suka makan kerabu ni macam tu sahaja, tidak di makan bersama nasi. Ia lebih kurang makanan ringan jer lah kan, tapi mengenyangkan juga. Sesuai untuk menu makan malam bagi yang kurang makan menu berat waktu malam. Selamat mencuba.