Jiran selang dua pagar dari kak ana , Zura memang selalu berkongsi rezeki dengan kak ana. Zura ni orang negori sembilan, kalau masak memang sedap-sedap sangat nak nak lagi gulai lomak nya. Suami Zura, Abang Yaya pula orang Melaka

Kalau balik kampung ke, makan angin ke , ada sahaja lah buah tangan atau masakan untuk kami sekeluarga. Kak ana pun macam tu jugalah kan. Dah adat berjiran, seronok kalau dapat berkongsi rezeki. Tak kata jiran sesama Melayu, hat cina pun ada je bagi buah atau ubi keledek kalau depa balik kampung. 


udang geragau segar
 udang geragau segar 


Baru-baru ni Zura ada bagi kak ana sebekas udang geragau segar dari kampung Abang Yaya di Pengkalan Balak, Melaka. Kampung abang Yaya ni tepi laut dan memang kalau musim udang geragau banyak lah kami dapat merasa bila Zura berkongsi rezeki. Alhamdulillah.. 

Udang geragau segar 


Udang geragau segar jarang nak dapat tetapi selalunya kalau di kampung kak ana, Teluk Intan ni udang geragau kering yang banyak di jual di pasar segar. Kami panggil udang kepal. Udang geragau ni halus-halus dan tak ada isi pun, ia transparent je. 


cucur udang geragau
cucur udang geragau 


Selalunya di jadikan perencah dalam masakan sama seperti udang kering. Rasanya pun sedap masin-masin gitu. Kali ini dapat kak ana jadikan dua jenis menu masakan berbeza dengan udang geragau pemberian Zura. 

Yang pertama kak ana jadikannya cucur udang geragau dan kedua kak ana buat sambal kering udang geragau. Dua-dua pun sedap lah kan sebab udang segar, ia tak terlalu masin berbanding udang kering atau udang kepal. 



cucur udang geragau
cucur  udang geragau 


Cucur udang geragau 


Untuk jadikan cucur udang geragau , sama sahaja seperti kita masak cucur udang atau cucur ikan bilis. Bancuh bater adunan tepung gandung, garam dan air secukupnya, masukkan lah udang geragau . Kalau nak sedap boleh tambah hirisan bawang merah atau cili kering atau nak buh taugeh atau daun bawang dan kucai pun sedap juga. 

Ikutlah pada citarasa atau bahan yang ada di rumah kita. Goreng dalam api panas dan sedap cicah dengan sos thai atau sambal kicap. Sesuai untuk juadah minum petang dengan kopi o atau teh o

Sambal kering udang geragau 



udang geragau hidup
 udang geragau segar 


Untuk simpan lama udang geragau, Zura ajar kak ana isi dalam bekas bertutup dan simpan di bahagian freezer. Tahan lama sama macam udang biasa. Bila nak masak barulah defrost kan semula. Menu kedua kak ana masakkan sambal kering udang geragau. 


sambal kering udang geragau
sambal kering udang geragau 


Bahan-bahan sambal kering udang geragau 


Udang geragau segar 
Cili blend
1 batang serai
Bawang merah 
Bawang putih
Garam sedikit 
Gula secukup rasa 

Cara masak sambal kering udang geragau 






1. Basuh dan tos udang geragau. 

2. Panaskan minyak dan goreng garing sekejap dan toskan minyak dalam tapis biar ia kering dan garing. 

3. Blend serai , bawang merah dan bawang putih , tumiskan dalam minyak panas hingga pecah minyak.

4. Masukkan air asam jawa dan rasakanlah dengan garam dan gula ikut selera masing-masing. 

5. Masukkan semula udang geragau yang dah di goreng tadi dan masak hingga sambal agak kering. 


Siap lah dan sedap makan sebagai sambal nasi lemak, sambal cicah ulam dan nak jadikan serunding pun boleh cuma tambahkan sahaja kelapa parut. Boleh juga di jadikan inti untuk kuih cucur badak, kan.

 Terima kasih Zura dan Abang Yaya selalu berkongsi rezeki dengan kami. Semoga sentiasa di murahkan rezeki dan di kurniakanNya pahala jariah yang berpanjangan, aamiin.. 


 

11 Comments

  1. Biasa masak cucur udang geragau jer.. tak pernah tahu ada masakan lain.. sambal tu nampak menarik.. nanti nak try la kalau ada udg geragau huhuu..

    ReplyDelete
  2. Cucur udang geragau idea ni nanti boleh cuba

    ReplyDelete
  3. Nampak video kak Ana....tp tu la teringin nak cuba cuma xde jual udang gergau fresh kat Seremban ni...

    ReplyDelete
  4. tak biasa beli udang geragau walaupun bertahun juga duduk melaka..dekat je dengan pantai puteri tu

    ReplyDelete
  5. Best nya dapat udang segar... Samalah kejiranan sy pun, saling berkongsi rezeki. Seronok dan syukur dapat jiran yg baik². Rezeki juga Kak Ana kan...

    ReplyDelete
  6. yums. cucur is always my fav, apatah lg ada udg plakkk

    ReplyDelete
  7. Serius cakap jemput2 dari udang geragau fresh mmg sedap .Sy dh pernah rasa =D

    ReplyDelete
  8. tempat kak panggil udang sirin dah lama xmerasa sedapnya masak rebus saja

    ReplyDelete
  9. cantiknya udang geragau fresh tu kak..biasa tengok yang kering...
    saya biasa buat cucur udang geragau kering,itu pun dah rasa sedap kalau dapat yang segar ni mau pejam mata makan

    ReplyDelete
  10. Sedapnya dapat yang fresh buat masak pun rasa manis udangnya

    ReplyDelete