Inggeris deko di ruang tamu

Susun atur rumah bertema Inggeris

Lain orang lain citarasanya,lain minatnya.Isnin lepas ana ke Manjung rumah adik sempena cuti Maulidur Rasul.Bermalam di rumah adik kali ini baru terfikir nak buat satu entri tentang hiasan dalaman hasil minat adik ipar ana,Juliana yang memang dari dahulu sangat meminati seni susun atur hiasan dalaman bertema Inggeris.Tinggal di sebuah rumah teres setingkat kuanters kakitangan kerajaan tidak menghadkan minatnya untuk menghias ruang tamu rumah dengan ciri-ciri English Cottage.Seperti pepatah mengatakan 'Rumahku Syurgaku' sudah pasti dimana sahaja kita tinggal,rumah adalah syurga kita sekeluarga dan sudah pasti syurga itu sangat indah dan selesa buat penghuninya.

Bagi yang meminati seni hiasan Inggeris ini,ana harap perkongsian ana disini dapat memberi serba sedikit ilham untuk menatarias kediaman masing-masing.Ju mula mengumpul koleksi English Cottage ini sejak beberapa tahun yang lalu.Ada yang dibeli di kedai-kedai hiasan Inggeris,melalui jualan online dan paling kreatif apabila menghasilkan seni decoupagenya sendiri.Banyak juga menerima tempahan membuat decoupage ini dari teman-teman facebooknya dan untuk kegunaannya sendiri.Begitulah bila minat dan tekun pasti akan membuah hasil,paling tidak memberi kepuasan diri sendiri.

Disini ana kongsikan beberapa keping foto di ambil dari sudut-sudut ruang tamu rumahnya.Bukan niat hendak menunjuk-nunjuk tetapi berfikiran positif supaya dapat berkongsi idea kreatif ini dengan mereka yang mempunyai minat yang sama dalam seni hiasan rumah ala Inggeris ini.

Rak hiasan dinding
Rak hiasan di dinding ini di letakkan set minuman teh bertema Inggeris di hadapan meja makan.

Rak berkaki di sudut ruang makan
Rak berkaki dari kayu bercat putih ini diletakkannya di ruang sudut meja makan manakala dihadapannya terdapat sebuah sangkar burung berkaki sebagai hiasan tambahan.

Ruang makan
Memandangkan ruang rumah yang terhad,Ju memilih meja makan dengan 4 bangku kayu putih sahaja tambahan pula mereka hanya bertiga tinggal di rumah ini.Ia dapat mengoptimakan lagi ruang tamu rumah.

Laluan ke ruang dapur
Sebuah cermin hiasan bertingkap di gantung di dinding laluan ke dapur.Dibawahnya pula meja kayu kecil dihiasi aksesori comel ala Inggeris manakala di dinding hadapan di gantung sebuah jam.

Ruang dapur
Ruang dapur yang comel ini juga mendapat sentuhan ala-ala English Cottage.Begitulah dimana ada kemahuan disitu ada jalan,tak kira ruang dapur yang luas atau kecil sekiranya ada minat untuk menghias pasti akan memberi kepuasan kepada penghuninya.

Ruang tamu
Ini pula ruang tamu rumah menggunakan sebuah sofa jalur yang ditempah, diserikan sudut tepi dengan sebuah almari kayu putih dan sebuah lagi rak besi putih untuk meletakkan koleksi hiasan Inggerisnya.

Rak telefon
Disebelah sofa diletakkan sebuah lagi rak besi berkaki yang diletakkan telefon antik tetapi masih berfungsi.

Meja konsul
Disalah satu ruang pula di letakkan sebuah meja konsul dan cermin besar di hiasi koleksi Inggerisnya lagi.Rumah ini menggunakan warna asas putih dan dinding utama berwarna pink lembut.

Perkongsian idea kreatif pemilik rumah ini moga-moga memberikan sedikit ilham untuk mereka yang berminat dalam seni susun atur rumah berkonsep Inggeris atau English Cottage.

Mahu Deko! Deko! Deko!.. Klik je sini!

Terkini ana updatekan Hiasan Rumah Julia Alisya dengan gaya baru bertema Romantic English Cottage, sila klik di SINI


~berkongsi idea~