sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 3 Ogos 2015

Deko Hiasan Rumah Tema Inggeris 2

 Hiasan Rumah Tema Inggeris

 


Jika sebelum ini antara entri paling banyak disinggahi di anajingga.com ialah Hiasan Rumah Tema Inggeris memaparkan rumah adik ipar ana, Julia Alisya di Manjung,Perak.Kali ini setelah selesai urusan ubahsuai rumahnya di Teluk Intan, sekali lagi ana updatekan seni hiasan Inggeris terkini sentuhan kreatif Julia Alisya.Tak banyak perubahan dari segi tema hiasan berciri Inggeris cuma kali ini menurut Julia Alisya lebih kepada ciri-ciri hiasan rumah Romantic English Cottage.


Deko Hiasan Rumah Inggeris -Romantic English Cottage


Menggunakan elemen perabot ciri-ciri Inggeris dan bertemakan warna putih bersih menjadi asas utama seni dekorasi rumah Tema Inggeris kali ini. Mungkin ini yang dimaksudkannya dengan Romantic English Cottage.Hampir semua perabot yang ada berwarna putih bersih dan diserikan dengan warna dinding utama merah jambu atau pink cair.Ruang tamu rumah yang sederhana ini cukup menempatkan dua buah sofa 'wing chairs' , sebuah 'daybed' dan satu set kerusi anyaman ala Inggeris. Terdapat juga sebuah 'fire place' hiasan di tengah-tengah ruang untuk menimbulkan suasana ciri Inggeris sebenar.



Disini ana kongsikan lagi beberapa keping gambar dari ruang tamu rumah kami di Teluk Intan, sekadar memberi idea dan inspirasi bagi mereka yang tercari-cari idea dan ilham mendekorasi rumah dengan ciri-ciri tema Inggeris ini.





Dua buah sofa 'arm chair' atau 'wing chair'bertema dekorasi Inggeris di tepi tingkap dengan hiasan langsir lace putih. 




Disudut lain pula di tempatkan sebuah 'daybed' ditambah hiasan beberapa kusyen dengan paduan warna 'pink' dan putih berciri 'lace' atau renda.


Sebuah 'fire place' berwarna putih digandingkan dengan cermin hiasan dinding berciri dekorasi Inggeris ditempatkan di tengah ruanh tamu. Terdapat juga aksesori hiasan sampingan menambahkan keserian ruang.





Ruang bawah tangga juga turut mendapat sentuhan dekorasi hiasan rumah bertema Inggeris .




Semoga dengan perkongsian ana kali ini dapat memberi serba sedikit idea dan ilham dalam menatarias rumah untuk mereka yang meminati seni hiasan rumah bertema Inggeris atau lebih tepat menurut Julia Alisya 'Romantic English Cottage'
~berkongsi idea disini~




30 ulasan:

  1. cantiknya kak ana... tp klu ada budak2 kecik umah cam tu tak berselerak ker? hehehheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah KG rumah kami ni memang tak ada budak-budak kecil dah tu yang senang sikit nak maintain :)

      Padam
  2. Wow..mmg nyaman je tengok.
    Rumah saya xboleh buat cenggitu...
    Ranap anak3 ni keje kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha Fuza kena tunggu anak-anak dah besar nanti boleh lah nak tema apa pun kan :)

      Padam
  3. cntiknya,nmpk sweet n romantik..confuse skit,ni rmh kak anna ke rmh adik ipar kak anna..

    BalasPadam
    Balasan
    1. rumah adik kak ana Ummul, rumah kak ana kat Rawang lah hihi :)

      Padam
  4. Cantik..lagi pun PC suka warnanya..

    BalasPadam
  5. cntik sgt.. tersusun je nmpk..

    BalasPadam
  6. cantiknya kak ana..mesti bau pun wangi!biasa tema romantic english ni diorang suka taruk potpouri

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Sal, tapi ni tak lah wangi macam rumah orang inggeris tu..haha :)

      Padam
  7. Alah, suwiittnya. Soft pink memang in untuk english style

    BalasPadam
  8. kemas dan cantik. Ni kalau buat kat rumah mau anak bulus tu tarik habis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha memang best le depa landing kat sofa tu CP :)

      Padam
  9. Cantikkk...

    Terpegun...

    Macam dalam studio pulak.. ^_^

    BalasPadam
  10. Rajin betoi adik ipar k.ana neh mntainance rumah yerr...

    BalasPadam
  11. cantiknya..best la pandai deco ni, dayah x pandai >_<

    BalasPadam
    Balasan
    1. adik ipar kak ana ni minat deko dayah :)

      Padam
  12. rajinnnnn nya....!!
    details yang kecil2 tu memang lah nak kena tekun hiasnya baru menjadi.... ;)

    tahniah utk adik ipar kak ana... cantikkkk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq ain, dia memang rajin dan minat dengan deko Inggeris ni :)

      Padam
  13. Cantik sgt...sye antara pemint tema cottage...tpi x dpt buat tema mcm gni spnuhnyer...byk brg hiasan kcik yg ctik2..tkut nanti ank2 buat brg mainan..uhuuk..uhuuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah bila anak2 dah mula berakal dan tak mengusik nanti bolehlah Rosmai mendeko rumah mengikut tema yang diminati :)

      Padam