Pokok Oregano 

 


Inilah rupa pokok daun Oregano yang sering kali kita gunakan dalam masakan Barat seperti spaghetti belognese misalnya. Ana pun pertama kali melihatnya kerana selalunya ana menggunakan oregano kering yang dibeli di pasaraya untuk dijadikan bahan masakan. 


Pokok Oregano ini ialah pemberian dari Adik Ika untuk ibunya ketika dia menyertai kegiatan luar di MARDI baru-baru ini. Adik Ika merupakan salah seorang peserta yang mewakili sekolahnya dalam satu pertandingan Pencinta Alam dan Alhamdulillah telah menang sebagai Juara Peringkat Kebangsaan. Pihak MARDI menghadiahkan tiga jenis pokok untuk dipilihnya dan Adik Ika memilih untuk mengambil pokok Oregano ni sebagai hadiah buat ibu katanya.


Sebenarnya ana tahu kenapa dia memilih pokok Oregano ni, ialah kerana dia memang suka sangat makan spaghetti tak kiralah Carbonara ke Belognese ke atau segala jenis pasta memang kegemaran anak ibu seorang ni. Bila dah ada pokok ni bolehlah digunakan dalam masakan  kelak, cuma daun oregano yang ingin dimasukkan dalam masakan biasanya dikeringkan terlebih dahulu.

Dari pembacaan di laman-laman web , daun Oregano ni mempunyai banyak khasiatnya juga. Namun ana tidak pernah menggunakannya untuk kegunaan lain kecuali ketika memasak spaghetti sahaja. Waallahu a'lam. 

Khasiat dan kegunaan Oregano : 


Bahagian yang paling banyak digunakan adalah daunnya samada dalam bentuk segar atau dikeringkan. Akar dan buahnya juga ada kegunaan terutama dalam perubatan herba. Daun segar oregano boleh dimakan sebagai pembuka selera. Ia juga digunakan dalam pembuatan kebab, perisa, penghias masakan dan perencah makanan. Daun oregano yang dikeringkan banyak digunakan sebagai perisa untuk biskut, lauk (daging dan ikan), salad, sup dan teh. Minyak daripada daun dan buahnya digunakan sebagai perisa untuk jeruk, daging, sos dan sosej. Akarnya boleh dimakan sebagai sayuran.


Daun oregano yang ditumbuk boleh merawat bengkak, lebam, luka kecil, terseliuh dan bisa gigitan serangga. Ia juga boleh ditampal pada payudara untuk menghentikan pengeluaran susu ibu. Estrak oregano didapati mampu untuk menyembuhkan infeksi telinga, meredakan demam, batu karang, memulihkan otot rahim, merangsang dan melancarkan haid, mernagsang pengeluaran susu ibu, merawat darah tinggi dan sakit perut, Daunnya mengandungi antiseptik, expectorant dan antipasmodik. Daunnya yang segar dikunyah untuk menghilangkan bau nafas yang kurang menyenangkan dan boleh menjaga kesihatan kulit.


Kredit Sumber :  http://adrydaud.blogspot.my/2010/08/oregano.html