Pagi ni ana selesai uruskan satu urusan Adik Ika dengan PTPTN. Alhamdulillah, Adik Ika menerima tajaan biasiswa JPA mulai dari semesta tiga ini hingga tamat pengajiannya nanti, In Shaa Allah. Namun sebelum ini, Adik merupakan peminjam PTPTN untuk 3 sem kerana keputusan penerimaan biasiswa JPA hanya diketahui awal sem 3 yang lalu. Selepas mendapat keputusan JPA dan bersetuju untuk menerima tajaan, Adik Ika melengkapkan kesemua borang dan pihak JPA telah hadir ke kampus pada satu tarikh yang ditetapkan untuk penyerahan borang yang lengkap. 





Kemudiannya dalam masa 2 minggu jugalah baru boleh mengakses ke portal MySelf untuk update akaun JPA pelajar. Dan dalam masa dua minggu selepas itu baharulah biasiswa di kreditkan ke bank. Tapi bukan bermakna wang telah pun di masukkan ke akaun bank, pelajar perlu menunggu sehingga 5 hari bekerja baharulah ia di kreditkan ke dalam akaun bank masing-masing, mengikut terma bank dan juga IPTA masing-masing. Dah confirm masuk ke dalam akaun bank, baharu lah ana bawa Adik Ika ke Pejabat PTPTN untuk menghentikan atau membatalkan pinjaman sebelum ini. 

Cara pembatalan pinjaman PTPTN 


Kita perlu membatalkan pinjaman kerana jika tidak akan ada pertindihan untuk pembayaran nanti. Ini bermakna PTPTN Adik nanti akan terhenti sehingga sem ini sahaja dan tidak akan di masukkan lagi pada sem hadapan. Bermakna pembayaran pinjaman hanya setakad sem 3 sahaja lah. Ana sempat juga bertanya kepada pegawai yang bertugas tentang pembayaran semula kerana risau juga kalau perlu membayar balik selepas pembatalan pinjaman. Menurut pegawai bertugas, pembayaran hanya akan di wajibkan selepas tamat pengajian kelak. 


contoh borang pembatalan pinjaman PTPTN 


Mudah sangat untuk membuat pembatalan pinjaman PTPTN ni. Peminjam atau pelajar hanya perlu ke pejabat PTPTN berdekatan dan mengisi borang pembatalan dengan melengkapkan butiran yang di perlukan. Ataupun download borang pembatalan secara online di SINI  serta lengkapkan awal-awal sebelum ke Pejabat PTPTN berhampiran untuk penyerahan. Jangan lupa bawa bersama surat tawaran biasiswa JPA atau pun dokumen berkaitan yang menyebabkan kenapa kita ingin membatalkan pinjaman. Itu sahaja. Tak sampai 15 minit dah selesai. Alhamdulillah. 

Baca juga ...👇👇