Rawatan Alternatif Pesakit Slip Disc Di Felda Besout,Sungkai
Sahabat FB dan saudara terdekat pasti dah mengetahui bahawa ana disahkan mengalami slip disc lebih kurang enam bulan yang lepas, setelah menjalani pemeriksaan MRI di KPJ Sentosa, Kuala Lumpur. Pengalamannya pernah ana ceritakan di SINI .Memang sangat menyakitkan apabila kita mengalami slip disc ni. Rasa sakit yang mencengkam tulang belakang dan segala aktiviti seharian terbatas sungguh. Berdiri lama, sakit...duduk lama pun sakit paling tahan pun lima ke sepuluh minit kemudian pasti perlu berbaring meredakan kesakitan. Tuhan sahaja yang tahu keperitan yang dilalui.
Sebenarnya dah lama ada rasa sakit pada bahagian belakang ni,namun buat tak berapa endah dan selalu menganggapnya angin atau salah makan. Tapi apabila suatu hari tu, ana bangun dari sujud Dhuha langsung tak berdaya, suami terus membawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Hasil imej MRI dan penelitian Dr Jamal dari KPJ Sentosa, mengesahkan dua tulang belakang ana mengalami slip disc. Rawatan pertama yang disyorkan ialah sessi fisio terapi.
Enam sessi fisio terapi ana jalani di peringkat pertama. Sebulan selepasnya ana ada temujanji dengan doktor dan doktor mengesyorkan untuk sambung enam sessi lagi disamping dos ubat di tambah kerana kesakitan tidak menunjukkan banyak perubahan positif. Ana redha dan setiap seminggu dua hari berulang dari Rawang ke KL untuk menjalani sessi fisio terapi. Selesai ke semua sessi, doktor mula mengurangkan dos ubat yang perlu di ambil.Namun apabila ubat tahan sakit diberhentikan untuk melihat perkembangan , rasa sakit kembali menyerang.Dr Jamal mencadangkan kaedah rawatan kedua iaitu pembedahan tulang belakang.
Dengar je perkataan pembedahan dan menurut doktor peratus untuk baik sepenuhnya sekitar 60-70% sahaja menggigil satu badan. Cepat-cepat mengadu di dalam group whatsapp adik beradik terdekat dan salah seorang sepupu ana, Muin dan isteri Farah menyuruh kami balik ke Teluk Intan dan cuba berubat dengan Pak Din atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Din Patah di Felda Gunung Besout 3, Sungkai, Perak. Kerana sebelum ini, abang Farah sendiri mengalami slip disc sehingga tidak mampu berjalan,dan Alhamdulillah dengan izinNya kembali pulih setelah berubat dengan Pak Din.Jadi mereka ingin ana mencuba mendapatkan rawatan disini pula sebagai alternatif lain.
Ana cerita kan masalah yang ana alami, Pak Din melakukan pemeriksaan dahulu dengan menyuruh membuat senaman mengikut arahannya. Ana tak bagitahu pun berapa tulang yang tergelincir tu, namun Pak Din dengan ilmu yang ada padanya dapat mengetahui. Dua tulang kamu ni dah lari. Subhanallah..sama lah diskripsi doktor sebelum ini. Pak Din meneruskan rawatannya dengan menyentuh satu demi satu tulang belakang dari atas baju sahaja (beralas pakaian). Tanpa sebarang minyak atau perantaraan lain.Selepas beberapa ketika Pak Din menyuruh ana mengiring ke kiri dalam posisi tertentu dan sekali menarik dari depaan tangan ana, berkrupp!! Bunyi tulang belakang dibetulkannya semula.
Alhamdulillah....rasa lega yang amat sangat terus menerpa dalam diri. Bayangkan lebih kurang enam bulan ana alami rasa tekanan atau berat pada bahagian belakang tiba-tiba rasa hilang dan ringan sekali. Pak Din kemudian mengajar suami yang berada disisi sepanjang masa rawatan satu kaedah senaman yang perlu ana lakukan setiap hari untuk mempastikan sakit tidak berulang. Mudah, lebih kurang senaman fisio terapi juga kaedahnya.Selesai satu rawatan dan Pak Din berpesan untuk ana datang semula selepas dua minggu.Rawatan untuk kaum wanita dilakukan di sebalik tirai dengan ditemani suami atau saudara terdekat.
Sepanjang dua minggu selepas rawatan, dengan izin Allah swt, pergerakan ana kembali normal. Sudah boleh duduk lama untuk melipat kain baju, memasak seperti biasa dan berdiri serta berjalan jauh pun semakin selesa. Jika tidak segala urusan di rumah pasti terganggu kerana ana cuma boleh duduk seketika dan perlu berbaring untuk legakan kesakitan.
Sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha lepas, sekali lagi ana ke sini menyambung rawatan.Kali ini, ana datang dengan abah sekali menemani. Pak Din lakukan rawatan yang sama dan sekali lagi tarikan dari tangan menghasilkan bunyi sehingga terbetulnya tulang yang kedua. Dah boleh balik dah kata Pak Din bergurau. Alhamdulillah.
Itulah wajah Pak Din yang sebelah kiri berbaju ungu dan seluar hijau tu. Pak Din pemurah dengan senyuman dan gurauan sambil merawat. Menurut Pak Din, beliau hanya dapat melakukan ratawan di rumah pada hari Khamis dan Ahad sahaja kerana hari lain, Pak Din ke beberapa hospital swasta merawat pesakit di wad. Beliau di bayar oleh pihak hospital atas khidmatnya. Maknanya rawatan Pak Din diterima pakai oleh pihak hospitallah kan. Lagipun sepanjang ana berada disini, andainya Pak Din dapati beliau tidak boleh merawat pesakit yang datang, akan dimaklumkannya terus. Hanya yang boleh dicubanya sahaja yang akan di rawat.
Tujuan ana menulis disini, hanyalah untuk berkongsi kebaikan dan manfaat bagi mereka yang mengalami slip disc atau sakit berkaitan tulang dan saraf. Tak salah mencuba rawatan alternatif selepas mendapat rawatan dari hospital. Pak Din tidak mengenakan bayaran khusus untuk rawatannya. Berilah seikhlas yang mampu. Apabila ana beritahu Pak Din yang sakit ana dah hilang, Pak Din cuma tersenyum dan membalas, Allah swt Yang Maha Menyembuhkan. Beliau cuma membantu dengan sedikit anugerah Allah swt yang ada padanya untuk menolong sesama hambaNya.
Allahu Akbar.. berikhtiarlah kita di atas mukabumiNya ini untuk sembuh dari sebarang penyakit. Yang Baik semuanya datang dari Allah swt dan Yang Tidak adalah dari kekerdilan kita sebagai hambaNya yang sentiasa apla dan leka. Sakit adalah ujian buat kita dan ahli keluarga terdekat menguji sejauh mana kesabaran dan kasih sayang yang mampu diberikan.
Diruang maya ini juga ana ingin rakamkan terima kasih dan syukur buat suami tercinta yang sentiasa disisi menemani setiap kali rawatan di hospital dan disini. Mengambil alih tugasan di rumah bersama anak-anak, memahami situasi isteri yang kurang berdaya untuk masak seharian selama enam bulan ni. Begitu juga buat mak, abah, adik beradik, sepupu, saudara mara malahan sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan iringan doa buat ana selama ini. Hanya Allah swt sahaja yang dapat melimpahkan rahmat dan kasih sayangnya buat kalian semua. Terasa diri amat disayangi sentiasa. Alhamdulillah.
Bagi mereka yang sedang mencari atau mengalami slip disc, cubalah hubungi no atau datang sendiri ke alamat yang ana berikan di dalam foto di atas. Mana tahu dengan izinNya,kalian juga bisa sihat kembali dari kesakitan yang di alami. Hanya mereka yang diujiNya dengan kesakitan seperti ini sahaja yang tahu keperitannya kerana pada zahirnya orang melihat kita ni sihat seperti biasa.Hiduplah dengan prinsip Usaha, Doa dan Tawakkal padaNya..In Shaa Allah.
20 Comments
semoga cepat sembuh kak ana. dengan izin Allah in shaa Allah boleh baik.
ReplyDeleteAamiin, In Shaa Allah Leyla Sayangss :)
Deletedekat gan kpg mertua ni,isyaAllah sembuh sakit kak ana tu, tima kasih atas sharing..
ReplyDeleteSungkai juga ye Zie, Ammiin In Shaa Allah
DeleteAlhamdulillah. Sememangnya kita kena berusaha. Kuasa menyembuh dari Allah jua. terima kasih sebab sharing ni, moga lebih ramai yang mendapat manfaat.
ReplyDeleteIn Shaa Allah semoga bermanfaat buat yang memerlukannya zainah
Deletekisah cik ana mengingatkan saya pada kisah seseorang. nanti ada masa saya share pula cerita berkenaan di blog saya ^_^ rawatan penyakit ni ada berbagai. terpulang pada kita je nak pilih yg mana. asalkan sembuh, alhamdulillah. ^_^
ReplyDeleteIn Shaa Allah GL, kongsikan ye :)
DeleteAlhamdulillah.. semoga kesihatan kak ana akan semakin baik..
ReplyDeleteAlhamdulillah, begitulah nampaknya Sha
DeleteGambar hiasan tu gambar ayah saya ngn abang saya...tgn ayah saya dh ok x perlu dibedah..alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah..semoga ramai lagi yang akan mendapat manfaat dariilmu yang ada pada Pak Din,In Shaa Allah
DeleteJauh kak nak pergi. Huhu... Apa pun In Shaa Allah saya ikhtiarkan ye kak. Terima kasih kak perkongsian ni. Saya ada gak entri ni nak buat tapi tak siap² lagi.
ReplyDeleteHanya yang mengalami sahaja yang faham masalah kita ni kak kan? Yang tak faham tu macam² dikatanya kita.
Kak nama saya ieta bujan eita ehehe :D
hihi apapun kaedah rawatannya semoga diberikanNya kesembuhan buat Ieta , In Shaa Allah
DeleteAssalamualaikum Kak Ana... nk tau perkembangan kesihatan akk skrg?saya baru bc blog nih...saya juga baru disahkn ader slip disc minggu lalu dan pada hari ulangtahun pulak.. mmg mnyedihkn pd mulanya tapi kini saya belajar utk redho n berusaha utk mndapatkn rawatan terbaik...rawatan Pak Din nih masih beroperasi lg ker?
ReplyDeletewaalaikumsalam Diana, Allahu.. tabah ye. Bila difikirkan semula, ada lagi insan lain yang lebih hebat ujiannya dari kita maka hadirlah redho. Sebaiknya Diana dapatkan rawatan di hospital terlebih dahulu, macam kak ana jalani fisio terapi selama 12 sessi, kesakitan kurang namun bergantung pada ubat pula. Bila dos ubat di kurangkan sakit semula dan doc cadangakan last option pembedahan yang ada risikonya.
DeleteKak ana jalani rawatan alternatif ni sebagai ikhtiar sahaja dan alhamdulillah serasi hingga saat ini dah lebih dua tahun. Cuma bila cuaca sejuk, ada rasa ngilu dan tidak lagi berani nak angkat benda yang berat2. In SHaa Allah, Pak Din masih melakukan rawatannya dan baru2 ini adik sepupu kak ana ada ke sana. Cuba lah hubungi nombor di atas atau terus ke Felda Besout Sungkai pada hari Khamis atau Ahad sahaja pak din buat rawatan. kak ana doakan semoga dipermudahkanNya juga buat Diana , Aamiin.
Terima kasih utk info n penasihat kak Ana... doakn moga kita sama2 tabah n sabar dgn ujian drNya
Deleteaamiin.. Ya Rab
DeletePak Din patah baru sahaja meninggal dunia pada jam 3am tadi..moga roh allahyarham ditempatkn bersama2 org yg beriman & beramal soleh..
ReplyDeleteAl-fatihah utk arwah.
aamiin, ya saya pun ada terima perkhabaran duka ini, sama-sama kita sedekahkan bacaan Al Fatihah dan semoga arwah pak din di tempatkan di sisi hamba2Nya yang beramal soleh
Delete