sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 24 Mei 2016

Pengalaman Menjalani Pemeriksaan MRI


Tubuh kita manusia ni ada ketika akan sampai satu masa  kesihatan yang selama ini dianugerahkan kepada kita di tarik semula. Ianya sebagai satu ujian supaya kita sebagai seorang hambaNya selalu beringat akan kebesaranNya. Bukan semua yang ada di muka bumi ini, milik kita.Segalanya pinjaman dari Yang Maha Pencinta, Tuhan Sekalian Alam. Hari ini, kita sihat, berdiri gagah melakukan apa sahaja dengan kudrat yang ada, tak mustahil esok harinya kudrat yang dipinjamkanNya diambil semula. Namun yakin dengan Rahmat dan Kasih SayangNya, setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Maha Suci Allah.

Ana telah lama mengidap sakit belakang. Namun tetap menganggapnya sebagai sakit pinggang biasa. Malahan selalu sedapkan hati dengan mengatakan sakit kerana angin akibat salah makan. Namun seminggu dua yang lepas, sakitnya tidak dapat terbendung lagi. Ketika bangun dari rakaat pertama Dhuha pagi kelmarin, terus tergelincir sehingga membatalkan solat. Sampai Zohor pun masih sakit ketika lepas Rukuk. Ini serius, bila ibadah sudah mula terganggu, tak boleh berlengah lagi.Hospital.... ana perlu mendapatkan rawatan. 




Suami membawa ana ke KPJ Sentosa Medical Centre,yang merupakan hospital panel untuk syarikat. Selepas pendaftaran, ana diperiksa oleh Dr Ambikha namun setelah memeriksa dan ana ceritakan sakit di bahagian belakang, Dr Ambikha merujuk ana kepada Dr Abdul Jamal ,Pakar Orthopaedic & Joint Surgeon.Pakar tulang lah agaknya dalam istilah pemahaman ana. Setelah dilakukan pemeriksaan secara manual, Dr Jamal menerangkan kemungkinan ana mengalami Slipped Disc. Untuk mempastikannya lagi, Dr mengarahkan ana menjalani pemeriksaan MRI di tingkat bawah.


MRI... dengar sahaja dah cuak bukan main. Takutnya... Tuhan yang tahu, selama ni memang pernah terbaca tentang MRI ini untuk mengesan penyakit kanser dan sebagainya. Allah... gementar rasa tubuh kecil ana menuruni lif ke tingkat bawah bersama suami. Sampai di bilik MRI, ana di minta menunggu sejam lagi kerana terdapat pesakit lain sedang menjalani pemeriksaan.Kami keluar untuk makan tengahari dan solat Zohor dahulu di surau.Demi Allah, gundah gulana dalam hati ini, langsung tidak selera menjamah makanan.

Pengalaman Menjalani Pemeriksaan MRI


Kembali ke bilik MRI, ana masuk sendirian kerana suami tidak dibenarkan  masuk.Pertamanya, ana di tanya samada sedang hamil, bila hari pertama period, pernah tak menjalani pembedahan memasukkan besi dalam tubuh, adakah mengalami masalah jantung. Selepas semua perkara tersebut tiada pada ana, ana diminta masuk ke bilik kecil untuk menukar pakaian. Staff meminta ana memakai baju  dan seluar yang disediakan berwarna biru gelap. Hanya dibenarkan memakai pakaian dalam tanpa coli kerana coli kita terdapat besi pada cangkuknya. Semua barang kemas juga perlu di tanggalkan.Alhamdulillah kesemua staff adalah perempuan, maka terpeliharalah aurat kita wanita.


kredit foto : Google Image


Beginilah gambaran di dalam bilik pemeriksaan MRI yang ana pinjam dari Google Image. Ana di baringkan di atas satu platform atau landasan. Pinggang di alas dengan sekeping alat seperti span lembut untuk mengangkat kedua belah kaki. Kemudian diselimutkan rapat-rapat seperti gambar di atas dengan selimut tebal membungkus tubuh. Dibekalkan dengan satu loceng kecemasan di tangan kanan. Tekan sekiranya berlaku kecemasan seperti sesak nafas, pening dan sebagainya. Turut di pesan supaya tidak melakukan sebarang pergerakan semasa menjalani pemeriksaan di dalam kapsul.Telinga di pasangkan 'headphone' kerana menurut staff yang bertugas akan melalui gelombang bunyi yang kuat.Okay...I'm ready...tarik nafas dan tubuh di masukkan secara perlahan-lahan ke dalam kapsul. Subhanaallah....

Apabila masuk sahaja ke lubang kapsul, Tuhan sahaja yang tahu lajunya degup jantung. Panik pun ada, bila membuka mata ruang yang ada disekeliling kita hanya beberapa inci sahaja dari tubuh.Hanya nampak dinding putih beberapa inci depan mata, itu sahaja yang kita lihat. Kemudian kedengaran pelbagai gelombang bunyi yang agak kuat. Allahu Akbar, macam gambaran di dalam liang lahat rasanya. Takut sangat, sejuk terasa menusuk tulang, tangan mahu sahaja menekan loceng kecemasan, perut mula memulas-mulas, namun ana teruskan juga kerana menurut staff tadi, jika berlaku kesilapan ana perlu menjalaninya sekali lagi. Kuatkan semangat ana, ini cuma satu pemeriksaan tubuh.

Hampir setengah jam berada di dalam lubang kapsul MRI, tubuh ana di tarik keluar , lega..Alhamdulillah selesai dan sekurang-kurangnya ana dapat berkongsi pengalaman disini. Menurut pemberitahuan dari jururawat yang bertugas pemeriksaan MRI memerlukan kos yang tinggi. Caj untuk satu sessi pemeriksaan ana tengahari itu ialah RM1300 kalau tak silap diberitahu jururawat tersebut, Puan Sheila. Dan menurut jiran ana, Ida seorang jururawat kanan Hospital Selayang, sekiranya menjalani pemeriksaan di Hospital Kerajaan juga dikenakan bayaran dalam ratus juga. Malahan 'queue' atau tempuh menunggu juga mengambil masa yang lama ada yang sehingga dua bulan mengikut status kes. Alhamdulillah, ana hanya menjalani pada hari yang sama dan cepat mendapat tahu keputusannya.




MRI bermaksud Magnetic resonance imaging adalah sebuah pemeriksaan radiologi menggunakan prinsip magnetisasi tanpa operasi, sinar X maupun zat radioaktif. Medan magnet digunakan untuk proses magnetisasi ion hidrogen tubuh dan dengan gelombang radio dipancarkan ke komputer untuk mendapatkan gambar bagian tubuh yang hendak diperiksa. MRI dapat menggambarkan dengan jelas dan kontras berbagai organ tubuh seperti organ pencernaan, jantung, sumsum tulang belakang, susunan saraf dan lain-lain. Hasilnya lebih jelas dibanding rontgen maupun CT-Scan. MRI sangat membantu doktor untuk dapat menetapkan dengan tepat diagnosis sebuah penyakit.Carilah maklumat yang lebih tepat dari laman-laman web mereka yang pakar dalam ilmu perubatan, ana sekadar berkongsi pengalaman menjalani pemeriksaan tersebut. 

Selepas mendapat kepastian bahagian mana yang perlu mendapatkan rawatan, Dr Jamal menyarankan ana menjalani rawatan Fisio terapi sebanyak 6 sessi, In Shaa Allah. Dibekalkan dengan ubat dan datang semula selepas tiga minggu akan datang. Mudah-mudahan ana akan kembali sihat dan dapat diizinNya melakukan ibadah sepanjang Ramadan yang bakal menjelma dua minggu lagi. In Shaa Allah.

27 ulasan:

  1. moga cepat sembuh. terima kasih kerana berkongsi pengalaman

    BalasPadam
  2. assalamualaikum singgah sini :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waaalaikumsalam NH, terima kasih selalu ke sini :)

      Padam
  3. Ya Allah...klu sha xleh bayg duk dlm tu kak..nk bertahan lama tuu...semoga sakit akak akn sembuh k..InsyaAllah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamin, terima kasih Sha, anyway bersalin lagi sakit Sha , ni sekadar seram sejuk je hihi :)

      Padam
  4. Get well soon... SS pon pernah lalui MRI ini 9 tahun yg lalu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq dear, you too jaga kesihatan kay..:)

      Padam
  5. Insyaallah Allah akn permudahkan segalanya ya Ana. Berserah padaNya, Dia akan bantu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin, In Shaa Allah che mid .

      Padam
  6. acik pulak yang rasa suah bernafas bila membaca pengalaman ana dalam kapsul tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang acik, sneak perut duk dalamtu, zikrullah sepanjang masa :)

      Padam
    2. senak perut typo lak hihi :)

      Padam
  7. semoga dipermudahkan and kak. ana cepat sembuh

    seriau tgk MRI tu kak ana oiii
    huhu

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. aamiin,terima kasih kak Mala :)

      Padam
  9. semoga cepat sembuh kak ana sayang...

    BalasPadam
  10. salam , semoga Allah beri kesembuhan kak ana

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam yana, amiin terima kasih dik Yana :)

      Padam
  11. Semoga kak ana cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan..

    BalasPadam
  12. Saya lagi dua hari menjalani pemeriksaan mri di ikn putrajaya.. harap dipermudahkan.. semoga ana sihat kembali.. tq share pengalaman

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga dipermudahkanNya jua buat Saniah Ahmad, Alhamdulillah ana semakin sihat dengan izinNya .Terima kasih dan semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

      Padam