Cuka - Petua Elakkan Kucing Berak Merata Halaman
Sebelum ini ana pernah terbitkan satu petua yang agak menjadi jugalah mengenai mengelakkan kucing berak merata tempat di SINI . Tapi kan, kali ini ana dapat satu lagi petua yang nampak berkesan kejadiannya di halaman rumah jiran ana sendiri. Jiran ana ni berbangsa Cina dan kami memang okay je berjiran tetangga. Baik keluarga mereka ni dan kami saling menghormati.
Cuma baru-baru ni, ada lah jiran baru berpindah masuk ke lorong kami ni. Tak lah baru sangat dah berbulan juga lah. Depa ni ada bela kucing gebu geban tu, masalahnya tak berkurung atau berjaga sepenuhnya. Di biarkan berkeliaran di halaman rumah jiran-jiran ni. Pada ana memang tak kisah sangat sekadar dia duk lepak di porch tak buat kotor, okay je pada ana. Tapi yang jadi masalah bila kucing ni macam bawa geng la duk melepak depan pagar rumah jiran Cina kami ni. Dan jiran ni mula merungut bila geng-geng bulus ni poopoo kat depan pagar dia :)
Tapi apa yang ana nak kongsikan dengan korang semua, bukan kisah jiran tapi petua yang dia gunakan untuk mengelakkan kucing-kucing ni berak di halaman rumahnya. Petang tu, isterinya sedang sibuk lah renjiskan sebotol cuka masakan di sepanjang hadapan laman rumahnya. Ana pun dekatinya dan bertanya, untuk apa ni tuang cuka, dia bagitau kawan-kawan Cina dia bagi petua ni untuk halau kucing berak kat situ. Tuu diaa, satu botol besar cuka di renjis, bau dia punya lah kuat. Dia sempat lah cakap, sorry ya, dia punya bau sikit kuat nanti you tak selesa. Ana bagitau dia, tak apa sekejap sahaja bau dia lagipun dalam rumah tak boleh bau.
Tak kira lah jenama cuka apa pun yang korang nak gunakan, tapi memang berhasil. Dah dekat dua tiga minggu sebelum entri ni terbit, dah tak ada kucing duk poopoo kat halaman rumah dia dah. Tapi kannn...depa duk poopoo kat atas rumput rumah ana pulak dah..huhu. Suami pun apa lagi , pi capai cuka kat dapur renjis pula atas rumput halaman kami. Yess!! Tak ada dah poopoo depa kat situ. Berjaya!!! Harap kekal lah depa tak mai poopoo walaupun ada je ana nampak anak-anak bulus ni lepak kat luar laman tapi dah tak melepas hajat area rumah ana dan jiran. Okay lah kan..bumi Allah ni luas, bukan kita sahaja yang menghuninya dengan bebas.
Jadi ana kongsikan disini satu lagi petua untuk elakkan kucing berak di halaman dengan merenjiskan cuka masakan. Mula-mula bau dia memang kuat terik tapi lama-lama hilang dan mungkin bau ni hanya dihidu oleh cik miaw dalam jangka masa yang lama. Cuba kay, petua ni tak menyakiti kucing tu pun, sekadar mengelakkannya sahaja dari mengotori halaman dengan bau yang memang tak menyenangkan langsung.
Kredit foto-foto dari Google Image.
22 Comments
great tips
ReplyDeletesemoga bermanfaat buat semua NH :)
Deleteboleh cuba ni...thanks
ReplyDeletecuba lah Azie, kami dah cuba dan berkesan nampaknya sehingga hari ini :)
DeleteAssalamualaikum Wrmbth
ReplyDeleteApa khabar & salam pagi rabu sis ana jingga
Tapi kan ana
bukan ke kalau sembur cuka pada rumput
mati rumput tu nanti
Ada dapat petua racun rumput organik
cuka campur sabun pinggan
habis mati rumput tu sampai akar
waalaikumsalam Mazni, ni renjis kan sahaja pada rumput sahaja dan elok je rumput tu sampai sekarang tapi kucing dah tak poopoo sana :)
DeleteWow boleh cuba ni. Tak tahan bau najis kucing.
ReplyDeletecuba lah Khadeejah tapi bau cuka tu mula-mula memang terik sangat :)
Deletemcm mcm tips boleh guna. berjaya atau tak je kan kak ana. hehe
ReplyDeletehaah Yui, tak salah mencuba kan, sebab kucing bukan ada akal kita lah kena berfikir untuk mengatasinya :)
Deletetips yang bgus ni ada buatkan jugak untuk dalam rumah kucing kencing sokmo.. menjadi juga
ReplyDeletecuba ekin cuma tu la,bau cuka ni bila direnjis kuat sgt, tapi lama-lama di hilang nanti :)
DeleteBoleh try nanti. Sebab selalu ada kucing2 jiran ni berak merata. Huhu.
ReplyDeletecubalah nani ye ,semoga berkesan :)
DeleteYang kat rumah ni pula asyik pancut kencing dalam rumah. Sudah lah musim hujan. Habis kena basuh kusyen.
ReplyDeletetu tengah miang kucing tu kan Kak Mala, cuba kak mala try petua ni :)
DeleteTq cik atas infonya. 1st time saya dengar. Boleh jugak saya praktikkan nanti.
ReplyDeleteMungkin saya boleh kongsikan satu cara untuk menghalau kucing berak merata ni. Lebih2 lagi bukan kucing kita sendiri, tapi kucing liar atau mendatang. Harap2 dapat selesaikan masalah semua.
Boleh cuba gunakan produk "Cat Repellent" dari Jepun ni. Produk ni bila letak akan keluarkan bau yang menyebabkan kucing tak selesa & lari.
Yang bukan sahaja murah & mudah tapi tak menyeksa binatang. Produk ni ada saya nampak di website ni
www.tenringgitshop.com
Selamat mencuba yer.
ermm bagus juga tu.. tq atas perkongsian kerana kita memang tak nak menyakiti kucing-kucing ni cuma tak tahan bila berak merata ni kan.. :)
DeleteNice tips kak Ana.
ReplyDeleteNak cuba jugalah tapi nak campur air boleh ke sebab nak letak dalam botol pastu spray.
Tapi sabar yolah dengan bau cuka kan...
Tak perlu campur air Mrs A, memang ye bau cuka pun cukup memeritkan kita sendiri kann :(
DeleteNak try lah petua ni..hahaha habislah laris cuka di kenadi2 ni..terima kasih petuanya
ReplyDeleteHaha cuka ni murah je Etuza, cuba lah kut kut berhasil kan :)
Delete