sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 1 Julai 2016

Cara Nak Elakkan Kucing Berak Di Halaman Rumah


Foto kredit : Google Image

Cara Nak Elakkan Kucing Berak Di Halaman Rumah


Bagi yang dah lama mengenali ana di Facebook, IG dan blog picisan ni, pasti tahu, ana memang sayang atau pencinta kucing. Walaupun kini ana tidak lagi memelihara kucing selepas kematian Jingga, namun setiap hari ada sahaja kucing-kucing yang singgah makan dan bermastautin di belakang rumah ana ni. Malah ada yang tak segan silu, buat macam rumah sendiri dah..haa yang tu Mak Tam lah.. 

Baru-baru ni, Mak Tam beranak empat ekor.Tiga dah mati cedera teruk bila ana jumpa bangkai anak-anaknya.Mungkin di makan kucing jantan yang menyerang agaknya, ana tak pasti sangat.Tinggallah seekor. Sempat juga ana selamatkannya, dengan malam-malam ana kurung anaknya dalam sangkar dan letakkan di dapur. Sekarang ni dah besar sikit dah dan dah pandai makan macam-macam. Adik Ika namakannya Tecik.



Masalahnya bila si Tecik dah makan macam-macam, dia mula berak di halaman belakang rumah. Budak kecil lah katakan, Mak Tam tak pernah pula buat hal sebelum ni, mana di cari tandas awam, Waallahu a'lam tapi memang tak pernah buat hal belakang rumah ana. Si Tecik ni sahaja yang melabur merata-rata, sekitar tempat mesin basuh di belakang rumah. Penat jugalah nak menyuci lantai setiap pagi kan. 

Ermm, ana teringat petua yang pernah di kongsikan oleh Mummy Irra dalam blognya tahun lepas, bagaimana hendak mengelakkan kucing berak di halaman rumah. Ana pun mencubanya dan dah seminggu ni, nampaklah kesannya. Tecik tak lagi berak disitu, mana dia melabur ana tak tahu laa, mungkin di tanah kut, di luar pagar belakang ni.Sebab dia dah mula main di sekitar tanah belakang rumah.

Okay jom ana kongsikan semula petua untuk mengelakkan kucing berak di halaman rumah ni. Caranya mudah sangat, isikan air paip di dalam satu botol mineral, buang labelnya terlebih dahulu.Kemudian aturkan di tempat yang cik miaw ni pernah buat hal. Sebab kalau sebagaimana yang diketahui,kucing ni kalau sekali dah 'melepas' kat tempat tu, dia akan ulang kat tempat yang sama kan. Dan kenapa dia tak jadi nak berak bila ada botol berisi air ni, sebabnya..andaian ana sahajalah,kucing kan takut air, jadi bila dia nampak air kat sana, cancellah projeknya..haha..kemungkinan sahajalah tu...



Okay begitulah ceritanya, ia nya hanya salah satu cara atau petua, boleh jadi berhasil, boleh jadi tidak.Namun tak salah mencuba dan tak memerlukan modal pun kan... 

28 ulasan:

  1. wahhh ok ok nnt qila try hihihi thanks kak ana <3

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba try test tengok Qilaa haha :)

      Padam
  2. kite baru try petua ni sebab tak tahan kucing dok berak merata...hehe

    BalasPadam
  3. Wah mudah petua tu kak. Kucing mmg takut air. Klo diorg gaduh kita leraikn dgn penyapu diorg x berganjak pun. Siram dgn air lintang pukang lari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Yumida, itu kalau ikut teorinya lah waallahu a'lam

      Padam
  4. Ooo... mudah aje petuanya ya...
    Kekucing Mrs. A buat hajat kat dalam bilik air
    Tapi kekadang ada gak seekor dua yang buat kat tempat tak sepatutnya cth sebeleh kabinet TV tapi Mrs. A dah letakkan kotak kat situ setakat dah letak kotak tu ok. Takde pulak depa berak kat atas kotak tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha bagus kalau pandai ke bilik air Mrs A, ni kucing terbiar kat luar rumah kak ana ni, cuba je lah petua ni kan :)

      Padam
  5. Good tips ana,
    Kat rumah akak ,
    Tepi ni sealu jadi tempat berak dia,
    Nak cubalah tips ini.

    Selamat hari raya Ana,
    Kemaafan dipinta jika ada komen yg mengguris perasaan,
    Berhati-hati dijalan raya,
    Semoga selamat sampai ke destinasi,

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba lah CH, mudah-mudahan menjadi kan..Salam lebaran Maaf zahir Batin juga dari ana buat CH, semoga ukhuwah antara kita akan terus terjalin..In Shaa Allah

      Padam
  6. menjadi ke? sebab pernah juga buat, tapi tetap juga kucing buat hal..kebal sungguh kucing itu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ejoy dah dua minggu letak botol ni, kat tempat yang sama tu tak ada dah masalah poopoo depa ni, nampak macam menjadi gak lah hihi :)

      Padam
  7. bagus perkongsian ni kak ana....seminggu dua ni banyak pula kucing singgah ke rumah...tak payah bawa cik puteri ronda naik moto cari kucing...

    tapi tak ada kes berak di halaman....

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah kak ana tengokkat IG cik puteri dapat kawan depan rumah ye..

      Padam
  8. Petua yang bagus.
    Nak cuba try.

    BalasPadam
  9. Jiran kak atasi kucing berak depan rumah dia dengan bubuh serbuk pencuci kat kawasan dia berak tu...agak berkesan dari banyak2 pot tempat berak tu tinggalah satu dua saja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu suami ana spray dengan aerosol Kak Mala, tapi hilang bau dia mai semula hihi :)

      Padam
  10. Balasan
    1. tak ada masalah macam nikan SA :)

      Padam
  11. samalah Kak Ana.. sejak kucing kami mati memang xnak bela dah tapi suka yakamat.. semput2 pun nak jugak gomol kucing..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah kak ana tak bela dah, cuma kucing2 luar yang singgah makan sahaja yang ada ni .

      Padam
  12. hehe skarang ni Tecik macam da jadi kucing belaan Kak Ana je ? hehehe amekla jadi new member hehe..

    BalasPadam
  13. uish.. nak didik la kucing2 kat rumah nenek cemni.. siapla ceq nak atur botol depan rumah.. orang sedia pasir mahai2 kat blakang rumah xmo guna.. atas lantai gak depa berkenan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. penuh pula botol kat laman rumah nanti CT haha :)

      Padam
  14. bg yang nak menjadikan kucing sebagai pet anda..sy cuba petua nie dr family sy..dimana sediakan awal2 tmpt poo si miau sebelum bawa masuk kucing ke dlm rumah atau pun kwsn tu, tutup mata miau dan bw terus ke arah tmpt poo yang anda sediakan..bg cium sedkiti pasir di dlm bekas tmpt poo kucing anda..insya allah meow anda akn terbiasa poo tmpt pertama kali anda bw meow anda ke tmpt poo tu..

    hehe jika kucing org lain..ekekek kena sabar jer lah bersihkan tmpt tu..coz cam ner pun mmg bau meow poo atau pee mmg akn melekat..ekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Lady Tash Roy for the good tips :)

      Padam