Rasanya pembaca setia www.anajingga.com tahu ana ni selalu bercerita tentang anak-anak kucing yang datang bertandang makan di rumah kami. Nak kata ana bela kucing-kucing ni tak juga lah, sebabnya, sehingga ke hari ini, hanya Jingga sahaja yang benar-benar dalam istilah bela sepenuhnya, tidur dalam rumah setiap malam. Hat lain, anak-anak kucing ni sekadar datang makan dan bermain dengan anak-anak ana dan sebelah malam mereka tidur di luar rumah di bahagian belakang rumah ana ni. Tapi semuanya kami sayang seperti anak kucing sendiri.Pelbagai warna dan nama yang ada kami beri makan ni, namun semuanya tak kekal lama. Ada yang kecil lagi dah mati, dan ada juga yang sempat membesar seketika dan kemudiannya sakit dan mati.

Tak kisahlah, mungkin setakad itu sahaja Allah swt nak pinjamkan pada kami anak-anak bulus ni. Kami redho atas ketentuannya. Dan baru-baru ini, ana ceritakan kisah Spenda yang telahpun sama meninggalkan mamanya. Kepergian Spend cukup berlainan dari yang lain-lain kerana buat pertama kalinya ana gagahi untuk membawanya ke Klinik Veterinar Kerajaan di Bandar Rawang. Ini kerana ana takut sangat kehilangannya tanpa sebarang usaha seperti anak-anak kucing lain seperti Jonas dan Cimit. Ana hanya mampu memberikan mereka air kelapa yang ana baca dari perkongsian tips apabila anak kucing sakit berikan air kelapa sebagai penawar.


Klinik Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Rawang

Sememangnya sebelum-sebelum ini, ana tak pernah membawa anak-anak kucing yang tak sihat ke mana-mana klinik veterinar. Sebab utamanya ialah kos rawatan di klinik-klinik veterinar swasta yang ada di sekitar taman ana ni agak mahal. Pernah berbual dengan jiran yang membawa anak kucingnya mendapatkan rawatan caj yang dikenakan sehingga mencecah ratusan ringgit juga mengikut rawatan yang diperlukan. Sebagai suri rumah sepenuh masa, dan anak-anak kucing ni pun sekadar mampu ana berikan makan dan minum sahaja, pastinya ana tak mampu untuk menghantar mereka ke klinik vet swasta ni. Akhirnya, bila mereka sakit, ana berikan air kelapa sahaja dan akhirnya mereka pergi selamanya.Bukan tak sedih, namun Allah swt sahaja yang tahu, keterbatasan ana. 

Tetapi kali ini, ana cuba menghubungi klinik veterinar kerajaan yang dikhabarkan kos rawatannya jauh lebih murah. Ana hubungi Klinik Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Haiwan di Rawang dan mereka menyarankan untuk ana bawa dahulu Spend dan baru dapat menentukan kos rawatannya. Waktu rawatan di sana dari jam 8:30 hingga 12:30 tengahari sahaja. Dalam jam 10 pagi, ana letak Spend dalam sangkar lama Jingga dan alas kereta dengan plastik dan kain batik lama.Ana bimbang jika dia terkencing dalam kereta taklah kotor seat kan. Manalah tahu sebab ini kali pertama ana nak bawanya dalam kereta. Ana letakkan di seat belakang dan Kak Long menemani ana ke sana.


Klinik Veterinar kerajaan ini terletak di Lot 4831, Green Park, 48000 Rawang. Paling senang nak tahu lokasinya di seberang jalan stesen Petronas di tengah bandar Rawang tu. Area-area pejabat MPS tapi seberang jalan. Klinik Veterinar ini sekali dengan bangunan Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Gombak. Ana sertakan disini nombor telefon untuk dihubungi jika ada sebarang pertanyaan :
  03-6091 9962 atau 03-6092 4148

Sampai di sana, ana terus parkir di tempat parkir pelawat yang terletak di bahagian belakang bangunan ni. Parkir disini percuma sahaja. Bawa keluar Spend dan terus ke Klinik dan daftarkannya. Ketika itu, ada pasangan Cina juga mendapatkan rawatan untuk anak anjing comel mereka. Area rawatan anjing dan kucing di sini di asingkan. Sempat juga ana berbual dengan auntie tu dan menurutnya anak anjingnya mendapatkan suntikan di sini dan cajnya RM50 berbanding di klinik vet swasta antara RM70-RM80 katanya.




Tiba giliran Spend bila nama ana di panggil. Ana bawanya masuk bersama Kak Long ke bilik rawatan kucing yang didalam bilik di bahagian depan klinik. Letakkannya di atas meja rawatan. Pegawai Vet mengambil suhu badannya dari bontot dan beritahu ana, suhu badan Spend sangat tinggi 39' C.Beliau menyarankan untuk memberinya suntikan vitamin sahaja. Ambil timbangan berat badannya cuma 1.4kg sahaja budak kecik ni. Pegawai Vet menyuruh ana memegang pangkal lehernya dan sekelip mata sahaja suntikan di berikan kepadanya. Spend cuma jerit sikit je dan diam je ketika itu. Pegawai Vet membekalkan vitamin dan syringe untuk memaksanya memasukkan vitamin dan makanan. 


Alhamdulillah caj yang dikenakan cuma RM20 sahaja. Mampu untuk ana jelaskan. Ana masukkan semula Spend ke dalam sangkar buruk tu dan bawanya ke dalam kereta dan bawanya pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan Spend diam sahaja dan tertidur. Mungkin kesan ubat tadi agaknya. Namun selera makannya masih tak ada. Keesokkannya masih lagi lemah keadaannya. Dan pada hari ketiga selepas rawatan ke klinik, Spend akhirnya rebah di atas ribaan ana. Kisah sedih ini ana coretkan di SINI .

Ana telah berusaha dan Tuhan lebih sayangkannya. Setakad ini sahaja diizinkanNya ana dan anak-anak bersama Spend. Ana gagahi untuk menggalikan lubang di belakang rumah dan semadikannya di sana. Hari-hari ana dapat melihat nya damai di sana. Mama sayang sangat Spend dan semua anak-anak bulus yang Alllah swt pinjamkan. Semoga perkongsian ana kali ini, dapat membantu mereka yang ingin dapatkan rawatan apabila anak-anak kucing demam atau sakit, bawalah ke klinik veterinar kerajaan kerana kos rawatannya lebih murah. Tapi sekiranya berkemampuan tak salah untuk ke klinik vet swasta dan pastinya rawatan mereka lebih baik barangkali. Waallahu a'lam.


24 Comments

  1. bila kita dah jaga kucing tu...beri makan...gosokkkan bila dia sondol di kaki waktu tu rasa sayang sangat...apatah rebah di riba...

    macam anak kucing yang datang rumah arz..setiap bulan ada budget makanan basah dan kering untuknya...tetapi satu hari pergi tak kembali entah hidup entah tidak...tiada jawapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu jadi gak macam tu Arz,depa mai makan pastu pergi tak kembali, tapi tak apa, tetap ada ganjaran disisiNya atas setiap kebaikan yang kita lakukan.In Shaa Allah

      Delete
  2. yg dekat umah ni pun mcm xsehat je muntah2..sama la, nk bgi aiq nyoq klau2 sehat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana tanya Cik EN dan pegawai vet tu pun depa suh bagi ayaq nyoq juga TB :)

      Delete
  3. kenapa ye kalau kucing dirawat ke vet mesti akhirnya mati
    kes saya pun sama mcm sis
    tapi saya lagi malang huhuhu...kucing tu elok sihat melompat2 lagi sebelum bawak ke vet
    balik dr kena cucuk kat vet trus koma...pagi elok sihat, ptg dh koma
    lepas 3hari, mati...sedih dan menyesal Tuhan je yg tau
    saya bawak pergi vet sebab dgr bunyi hidung dia berair tapi dia xdemam dan aktif
    sampai sekrg trauma ke vet masih ada....
    tapi tu la, kalau bwk ke swasta, kos tinggi huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu.. sedihnya cik mok,kak ana dapat rasakan. Mungkin terlebih dos ubat pun boleh jadi. Tak apa lah Cik mok, Allah swt tahu setakad mana kemampuan kita, itu sahaja usaha dan ikhtiar kita untuk menyembuhkan mereka. In shaa ALlah pahala yang berpanjangan saham akhirat buat kita pencinta kucing ni.. bersangka baik ye

      Delete
  4. Fobia juga nak ke vet, tapi ada yg ok ada yg tak lepas pergi vet 😓😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasti ada yang okay shima, mungkin dah ajal kucing kak ana :(

      Delete
  5. Alahai touching Mrs. A baca.
    Kalau bagi air kelapa kena bagi kerap dalam satu-satu hari tu.
    Mrs. A pun pernah cuba bagi air kelapa. Time tu kucing selsema tapi tulah susah nak dapatkan jumlah yang banyak bila bagi tu sebab kucing Mrs. A tu kuat menolaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Mrs A, baru-baru ni kucing ni selsema kak ana bagi air kelapa juga, Alhamdulillah serasi pula sihat sampai hari ini.

      Delete
  6. dapatkan rawatan ntk kucng pastu mati juga. esoknya ada kucing mati lagi. pastu kucng yang tgah sakit saya bawa ke klnik untuk suntik air. tanya doktor apa yang sakit, doktor dan petugas swasta suh perhatikan saja. pastu anak kucng still sakit. tanya apapun tak jawab dengan info, dan tiada penerangan tentang jenis sakit kucng. alangkah geramnya, kita dah habskan beratus RM depa boleh bg jawapan xpasti. dok suruh bawa p klinik depa nak xray. nati depa cakap mgkn tgal d wad. pastu mgkn ada rawatan bla bla... hmmm RM siap le... Pabila saya kol klinik vet kerajaan, barulah saya dapat penerangan yang jelas dan saya berpuas hati dengan info yang diberikan. Hmm... sesetengah (atau kebanyakannya) klinik vet swasta mahu telan duitt je. SEDIH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu rawatan di vet swasta memang mahal saya sendiri tak mampu nak hantar , ada yang cecah ratusan ringgit, kalau kucing kembali sihat okay lah juga tapi kalau terus sakit dan mati amatlah menghampakan :(

      Delete
  7. harini 4 ekor kucing yang saya sayang mati serentak sbb sakit , saya takut kucing yg lain kena sekali . nak bawak pergi klinik takut mahal so lepasni boleh lah saya try pergi ke klinik yg akak bagitahu ni👍🏽

    ReplyDelete
    Replies
    1. allahu, musim agaknya kucing kak ana pun 2 ekor mati dalam bulan ni sedih sangat. kali ni tak bawa pun pergi vet sebab depa sihat tiba2 sakit lemah tak nak makan dan mati :(

      Delete
  8. kalau kat selangor, klinik vet kerajaan yang famous dan terbukti berkualiti ialah Hospital Veterinar UPM. Saya pernah pergi sana, saja nak tengok-tengok. Fuhh! Saya kagum la dengan fasiliti kat situ, wad untuk kucing-kucing dan binatang lain dah macam wad hospital serdang. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah DP jauh pula kalau nak ke sana tu :(

      Delete
  9. hi, nak tanya lah kalau mandulkan kucing betina dgn jantan harga dia berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, kena call sendiri ke klinik2 Vet berhampiran sebab harganya berbeza2 :)

      Delete
  10. nak tanya, sis hantar kucing kat klinik kerajaan cecah RM200 ke atas tak? saya dah hantar klinik swasta, saya spend duit hampir RM500 tapi still tak sihat2 kucingnya hmm very disappointed

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa bawa ni cuma rm20 sahaja tap itu tahun 2017 sekarang tak pasti berapa caj nya :)

      Delete
  11. salam sis. saya cuba contact vet ini, tapi sayang tidak dijawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waktu urusan klinik vet ni sampai pukul 12 sahaja rasanya dan waktu pkp ni saya tak pasti pula buka atau tidak..

      Delete
  12. ada seorang sahabat yg sgt memerlukan bantuan utk rawatan kucingnya. Di klinik swasta kos nya RM1K. Kami dah cuba raise dana, tapi x cukup. Kucing itu memerlukan pemedahan kaki dan sedang bunting

    ReplyDelete
    Replies
    1. allah.. kesiannya, semoga dipermudahkanNya dan cuba lah hubungi vet kerajaan ye mungkin lebih murah tapi tu lah waktu pkp ni tak pasti ia dibuka atau tidak

      Delete