Nafas Terakhirmu Atas Ribaan Mama

by - Thursday, July 27, 2017

Allahu..hari ini 26hb Julai 2017, sekali lagi mama kehilangan kemanjaan mama dan kakak-kakak. Ia menjadi lebih tragis lagi apabila Spend menghelakan nafas terakhirnya atas ribaan mama tengahari tadi. Dalam seminggu yang lalu, Spend dah mula menunjukkan tanda-tanda tidak ceria, kurang bermain, murung dan kurang selera makan. Macam-macam menu mama beli kan takut Spend dah jemu dengan makanan kering yang sama. Ada harinya, Spend makan dan ada harinya langsung tak nak jamah. 



Inilah dia budak Spend kesayangan kami. Namanya kami gelarkan Spenda sebab bulusnya hitam tapi hanya ada tompokan putih tiga segi di ruang perut yang kelihatan macam spenda, jadi kami panggil dia Spenda dan panggilan manjanya Spend sahaja. Spend anak Mak Tam. Ada tiga beradik dan sayangnya dua adik beradiknya dah pergi lebih awal. Spend , Jonas dan Cimet. Jonas dengan Spend berbulu lebat dan tebal, gebu sikit dari Cimet. Mungkin ikut baka bapanya kami panggil Bapak Jonas ni kucing kacukan. 


Spend bersama Jonas masa kecil-kecil, comelkan Jonas dengan Spend 
Jonas terlebih dahulu mati kerana sakit bahagian duburnya. Tak sempat nak bawa ke Vet dia dah mati depan pintu dapur rumah. Beberapa minggu sebelum ini, Cimet pula mati kerana selsema teruk, Kak Long jumpa bangkainya belakang pasu di luar rumah. Sejak itu lah nampak Spend dah tak seceria masa ada Cimet. Kalau tak depa berdua ni main lumba lari dalam rumah, pernah lah pecah pasu Sarawak ana di buatnya. 

Ini ekor Spend dan Cimet yang mama bentukkan huruf AJ tapi tak berapa nak jadi

Sejak Cimet pergi, Spend mula murung mungkin dah tak berkawan. Main pun jarang tapi tetap duduk dalam rumah cuma malam je tidur di dalam kotak di luar dapur. Spend bijak sebab dia buang air pun dalam tandas. Beberapa hari yang lalu, Spend dah tak aktif , mula tak nak makan walaupun mama berikan makanan tin pelbagai perisa. Dalam hati dah dapat agak dah Spend tak sihat. Dan dalam hati mula teringat macam mana sedihnya saat kematian Jingga yang pernah ana kongsikan di Jingga Tetap Di Hati Mama , kemudian Tam Cik, Bunga, Jonas dan banyak lagi yang telah kami sayang kemudiannya pergi selamanya. 

Ana memang tidak memelihara sepenuhnya anak-anak kucing ni, sekadar memberi makan kucing-kucing luar rumah dan bermain sekejap-sekejap. Tapi ye lah, hati ni cepat rasa sayang, dari kecil dah bela tambah lah lagi kasih sayangnya kan. Namun satu demi satu Tuhan pinjamkan seketika sahaja buat kami bermain. 

Spend suka sangat duduk depan sejadah bila mama nak solat tau 
Hari Isnin, selepas Spend makin lemah dan mula tak bangun, ana dan Kak Long cuba buat pertama kalinya membawa kucing ke Klinik Veterina Kerajaan di Bandar Rawang. Dalam kereta Spend diam sahaja duk dalam sangkar. Sampai Klinik daftar dan bila diperiksa Dr sahkan Spend demam panas. Suhunya 39'. Memang terasa bahang pada perutnya. Doktor bagi suntikan Vitamin dan bekalkan beberapa biji Vitamin untuk kami beri padanya. Bayaran yang dikenakan RM20 dan kami bawa balik.

Inilah sebab nama budak ni Spenda..ada spenda putih kat badan dia :)

Sejak dua tiga sebelum Spend tak sihat ni,dia masih selera juga nak makan. Tapi kena suap lah. Manja sangat dia. Sebenarnya Daddy pun sayang kat Spend ni. Sebab selalunya Daddy bising kalau malam anak kucing masih duk dalam rumah tapi dengan Spend Daddy tak kisah pula. Malah Daddy yang setuju nak bawa Spend ke Vet. Mungkin sebab Spend ni baik tak cakar sofa macam kucing-kucing lain.

Kalau tiba time manja, makan pun nak bersuap budak Spend ni
Muka Spend bila Kak Long sapu kan bedak sejuk, konon nak bagi putih :)

Apapun, tengahari tadi 26 Julai 2017, ketika ana dan Kak Long struggle nak paksa bagi Spend vitamin yang doktor berikan melalui alat suntikan mulut tu, dia meronta-ronta dalam keadaan yang lemah. Terkencing terus atas kain ana, dan Allahu Akbar sekali dengusan membawanya pergi dari kami semua. Kak Long menangis bila ana katakan Spend dah tak ada.

Allahu Rabbi, begitulah sakitnya saat kematian, itu baru untuk seekor kucing yang tak ada dosa dan maksiat. Inikan pula kita insan yang banyak dosa. Sakaratul maut yang pasti kita tempohi satu hari nanti, pastinya satu saat yang amat menakutkan, menyakitkan. Ambil ikthibar, sentiasa ingin lakukan kebaikan selagi bernyawa.Jauhi dosa semampu mungkin...Aamiin.

Spend sebagai model mama untuk review advertorial di blog :)
Ana abadikan disini beberapa keping gambar Spend yang pernah menceriakan hari-hari kami sekeluarga. Adik Ika masih di KMPk dan bila Kak Long ceritakan padanya, ana pasti dia turut sedih sebab Spend juga kesayangan kerana sebelum ini Adik kehilangan Cimet, feveretnya.

Port feveret Spend dalam rumah :)
Maafkan mama Spend, setakad ini sahaja yang mampu mama menjaga Spend, Cimet dan Jonas. Mama tak mampu na hantar Vet swasta kerana bayaran nya agak mahal. Mama dan Kak Long hanya nak bagi Spend sihat sebab tu paksa Spend minum susu, minum vitamin, namun Allah swt Yang Maha Penyayang tidak mahu panjangkan kesakitan Spend. Mama semadikan Spen di tempat Jingga dahulunya. Selamat tinggal Spend sayang...



You May Also Like

8 comments

  1. Satu masa pasti kembali bertemu juga...amin.

    ReplyDelete
  2. Semoga Spend akan menjadi peneman di syurga nanti.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Entah lah Kak Mala, rasanya dah tak mampu nak bela kucing lagi:( tapi tu lah ia tetap datang dan pergi dalam hidup ana :(

      Delete