Taip Entri Guna Kaki Pun Boleh....
Inilah peneman ana, anak bulu nakal si Ujir ni. Pantang bila ana duk menaip depan desktop ke, guna laptop ke, pasti datang nak menyibuk sama. Datang tu bukan baik-baik, main terkam terus. Pastu kaki tu pijak lah keyboard, suka hati dia jer. Pernah sekali monitor terus jem, kelam kabut dibuatnya. Rupa-rupanya dia terpijak skrin lock. Aduhai ini lah gelagat anak bulus peneman setia mama di rumah, bila anak-anak ke kolej masing-masing.
Haa... tu lah hasil taipan si Ujir ni. Berderet 0000000000000 di taip nya. Kadang-kadang terjerit-jerit marahkannya takut terpijak keyboard terus terpublish entri yang tak siap. Naya kan. Tapi dia lah penghibur pun dengan pelbagai aksi nakalnya. Manja ya amat lah si Ujir ni kalau di bandingkan dengan si Cholo. Ngada-ngada sangat pun ada gak. Hehe :)
Dua beradik ni makin hari makin membesar dengan jayanya, Alhamdulillah. Sejak di tinggalkan ibu depa si Tipah, kami lah yang menjaganya sehingga ke hari ini. Kisah mereka boleh lah korang baca di SINI . Kalau ikut kiraan bulan, usia dua ketul budak nakal ni dah masuk sembilan bulan dah. Si Cholo tu sekarang ni tengah pregnant. Entahlah bertambah lagi la anak-anak bulus di rumah ni. Mungkin lepas ni ana cadang nak mandulkan dia, paling tidak pun kita bagi dia merasa preggy sekali lah kan sepanjang hidupnya. Kesian pula.
Apapun, semua ni satu ujian dari Allah swt buat kami hambaNya. Berapa banyak kesabaran kami melayan kerenah makhluk yang kurang berakal ni, cuma sekarang ni mudah dah depa berdua ni pandai buang air di kawasan belakang rumah yang bertanah. Jadi tak perlu nak cuci lantai backyard dapur setiap pagi dah. Makan pun boleh makan ikan rebus atau ayam rebus digaul nasi. Tak perlu bergantung dengan can food sepenuhnya. Cuma berikan dry food sahaja.
Tiada apa yang kami harapkan dari Nya hanya sekadar memenuhi ganjaran pahala yang berpanjangan buat kami sekeluarga, Aamiin. Alhamdulillah tak pernah pun kekurangan makan minum kami atau depa berdua ni. In Shaa Allah.
14 Comments
Ujir tolong mama ya.Lepas ni mama bagi tajuk je..biar Ujir yang taip...hehehe..Hiburankan kak.Macam terapi untuk kita pun ya juga.
ReplyDeleteitulah peneman kak ana PC, jadilah buat kawan bergaduh hehe :)
DeleteTipah kemain ade IG eyh skrng hehehe.. macam2 aksi hehehe.
ReplyDeleteTipah maknya lah kak citi hehe :0
Deletehahahahaha tak jadi kerja kalau dia datang menyerang
ReplyDeletetu la FJ, tergendala seketika hehe :)
DeleteKaki depan dia tu kira tangan jugalah
ReplyDeletehaah kan WP hehe :)
DeleteMama blogger, anak bulus pun nak join jadi blogger, hehe.
ReplyDeletekena cari programmer untuk Ujir ni Sha hehe :)
Deletehi hi hi hi...
ReplyDeletehadoi lah. comel entry ni lah, AJ :)
bila dah tak ada idea apa yang depan mata je la aida hehe :)
DeleteYang depan tu kira tangan juga.
ReplyDeletekann :)
Delete