Ke mana Tipah Menghilang Sejak Syawal 2018
Kami balik ke Teluk Intan untuk beraya pun selepas suami habis waktu bekerja lebih kurang jam 5 petang bertolak petang Khamis akhir Ramadan 1439H. Ana dah siap-siap bawa bekalan untuk berbuka di pertengahan jalan dan pastikan rumah yang bakal di tinggalkan juga dalam keadaan baik dan selamat hendaknya. Macam biasa Tipah dan dua anak-anaknya, ana letak di belakang rumah dengan kotak dan 5 bekas makanan kering serta air minuman secukupnya. Siap pesan lagi, ' ni satu hari satu bekas tau ,Tipah .' Agak-agak faham ke si Tipah tu ye .
Kami sampai semula ke rumah, hari raya ke-5 dah lewat malam jugalah. Anak-anak dah siap angkut beg masuk terus buka pintu belakang mencari si Tipah dan anak-anaknya. Terjerit-jerit suara halus nyaring dari rumah jiran sebelah , Man, suara anak-anak Tipah. Ana kata biarlah nanti mak dia balik la tu, esok kita pi tengok semula dah malam sangat ni.
Esoknya ana ke belakang dan tengok masih tak kelihatan si Tipah, anak-anaknya berteriak lagi, Ana ke belakang pagar Man dan panggil budak-budak tu, meluru datang, ana ambil bawa balik ke rumah semula. Bagi kan air gelojoh minum, lapar sangat agaknya, dan baki makanan kering Tipah yang ada ana berikan pada budak-budak kecil ni. Habis di kunyahnya walaupun makanan kering belum sesuai untuk baby kucing.
Sepanjang hari, Tipah tak juga muncul-muncul. Kami ke Pet Shop dan belikan pula susu untuk anak kucing dan makanannya. Bancuh susu , suapkan dengan penyuntik plastik tu sebab belum pandai sangat minum dari pinggan. Dua tiga hari, Tipah masih tak balik-balik.
Kebetulan jumpa Kak Gee, jiran depan rumah ana yang sama-sama kami bagi makan si Tipah ni, Kak Gee bagitau, Hari Raya hari Jumaat tu lagi, kak Gee yang tak balik kampung dah tinggalkan ayam rebus untuk Tipah di luar rumahnya. Sampai Sabtu tu ayam dah bersemut, Tipah tak datang makan katanya lagi. Bermakna sejak Jumaat, Raya pertama Tipah dah tak ada di sekitar taman. Ke manakah Tipah agaknya ?
Anak-anak mula risau, ana rasa ada yang buang Tipah barang kali, atau dia dah mati di langgar kereta atau sesat tak jumpa jalan balik ? Waallahu a'lam... Suami pula saja nak tambah kerisauan, dalam nada bergurau bagitau,takut orang Myanmar ambil dan makan. Betul ke orang Myanmar makan kucing ? Tapi di sekitar taman ni tak ada warga asing kerana tidak terdapat apa-apa projek pembinaan.
Tak apalah Tipah, semoga ko selamatlah walau di mana juga kau berada.. Anak-anak ko ni, kami jagalah sedaya yang mampu. Dan hingga ke hari ini dah hampir 20 Syawal, Tipah masih tak balik-balik. Budak-budak ni pun dah kian membesar, malam tidur dalam sangkar di rumah dan siang ana bebaskan di luar. Susu pun dah pandai minum sendiri dan makan sendiri. Hanya Allah swt sahaja yang tahu di mana Tipah berada...
10 Comments
Semoga Tipah selamat dan kembali ke pangkuan anak-anaknya..
ReplyDeletesampai hari ni Tipah tak muncul Sha, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui apa nasib Tipah sebenarnya :(
DeleteSemoga Tipah cepat kembali kerumah.
ReplyDeleteMemang benar ya, kalo kita sudah terlanjur sayang dengan hewan, kita sangat merasa kehilangan kalau dia pergi.
sungguh Himawan, langsung tidak pulang hingga ke hari ini, amat menyedihkan dan anak-anaknya pun dalam jagaan kami sekeluarga dan kini kian membesar,Alhamdulillah
Deletemesti anak2 tipah rindu kat tipah :)
ReplyDeleteJemput join segmen ejulz jika sudi :)
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html
dah besar dah anak anak Tipah Ejulz :)
DeleteSobs..sobs...sobs... kalau citer kucing hilang otomatik Mrs. A sedih.
ReplyDeleteManalah si Tipah tu semoga dia selamat tak kira di mana dia berada.
Mujurlah dia tak bawa anak-anak dia kurang sikit rasa kehilangan tu kan K.Ana.
Eh! kucinta sama macam Mrs. A suka beli kucinta kat sini 3 tin sepoh hengget kucing pun suka.
hehe kucinta paling murah banding dengan mana-mana jenama lain Mrs A, sampai hari ini kami yang bagi makan budak-budak ni.
Deletealaaa Kak Ana.. i is kenot news macam ni. Tipah pi manaaaa Tipah oi T.T baliklaaa..
ReplyDeletetak balik langsung dah CT, :(
Delete