Masyaa Allah.... sejak dua menjak ni cuaca panas lit lit ya amat kan sehingga ada sesetengah kawasan dah cecah 37' suhu nya. Semoga kita semua di jauhkanNya jua dari segala keburukan dan di berikan kesihatan yang baik. Aamiin..
Bila cuaca panas-panas macam sekarang ni yang paling nikmat ialah bila dapat menikmati aiskrim. Dan sekarang ni bukan setakad aiskrim popular di kedai tu sahaja yang sedap-sedap, aiskrim Malaysia pun dah di moden kan dengan pelbagai gabungan perisa dan resepi yang sedap-sedap semuanya. Cakap sahaja nak aiskrim apa semua dah boleh di olah sebagai aiskrim Malaysia.
10 resepi aiskrim Malaysia viral
Ana nak berkongsi dengan ibu-ibu sekalian 10 resepi aiskrim Malaysia yang viral yang sedap untuk korang cuba sendiri di rumah bersama anak-anak. Cara pembuatan aiskrim Malaysia ni sama sahaja lebih kurang tekniknya cuma berbeza bahan . Dan kebanyakan resepi yang ana dapat dari perkongsian FB ni bahan asasnya adalah susu cair. Jom kita tengok satu persatu, ada yang berkenan boleh lah cuba naa..
1. Aiskrim Sumi Jelly & Aiskrim Oreo
Ini adalah dari entri ana sendiri dan di buat oleh Kak Long dan Adik Ika di rumah. Bahan-bahan buat aiskrim Sumi :
Plastik aiskrim Malaysia
Susu Cair 1 tin
Susu pekat manis - ikut manis yang korang nak kami guna 1/2 tin
2 tin susu Air masak - cukup-cukup nanti aiskrim lemak manis jangan terlebih air cair tak sedap.
2 sudu kecil tepung jagung ( bancuh dengan sedikit air ) - untuk memekatkan susu dan lemakkan rasa aiskrim
1 pek biskut Oreo - pecah-pecahkan atau pun 1 pek Sumi Jelly
Cara buat aiskrim Malaysia Oreo / Sumi Jelly
1. Bancuhkan tepung jagung bersama air .
2. Di dalam periuk masukkan 1 tin susu cair dan campurkan dengan 2 tin air masak. Gunakan sukatan tin susu cair tu sahaja.
3. Masukkan pula 1/2 tin susu pekat manis. Kalau nak manis tambahlah ikut selera masing-masing sebab ana gunakan setengah tin ni dah cukup lemak manis dah.
4. Masakkan di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih. Jangan tinggalkan nanti susu membuak . Sentiasa kacau .
5. Didihan pertama masukkan banduhan tepung jagung tadi dan terus kacau lagi hingga didih kali kedua. Matikan api dan sejukkan terlebih dahulu pada suhu bilik.
6. Jangan pek aiskrim ketika panas kerana ia akan melarutkan biskut oreo atau sumi jelly kita. Dah sejuk baharulah isikan plastik aiskrim dengan pecahan biskut Oreo atau Sumi Jelly.
7. Gunakan corong untuk menuangkan bancuhan susu kita tadi ke dalam plastik aiskrim supaya mudah. Carilah apa yang boleh di guna pakai di dapur korang tu.
8. Tuang kan susu dan tinggalkanlah sedikit ruang untuk mengikatnya di hujung, simpulkan kuat-kuat agar tak keluar susu kita tuang tu kan.
9. Simpan dalam frezer semalaman dan dah keras tu boleh di makan. Senang kan. Selamat mencuba.
2. Aiskrim Solero
Ini juga dari entri ana sendiri di mana Kak Long berjaya hasilkan aiskrim solero Malaysia yang sedap lemak masam manis .
Bahan-bahan buat aiskrim Solero
Plastik aiskrim Malaysia
Susu Cair 1 tin
Susu pekat manis - ikut manis yang korang nak kami guna 1/2 tin
1 cawan air masak
2 sudu kecil tepung jagung ( bancuh dengan sedikit air ) - untuk memekatkan susu dan lemakkan rasa aiskrim
Untuk lapisan Solero
2 cawan air
1 cawan gula
5 biji limau nipis - perahankan jusnya
Pewarna hijau
Cara buat aiskrim solero
1. Bancuhkan tepung jagung bersama air .
2. Di dalam periuk masukkan 1 tin susu cair dan campurkan dengan 1 cawan air masak. Gunakan sukatan tin susu cair tu sahaja.
3. Masukkan pula 1/2 tin susu pekat manis. Kalau nak manis tambahlah ikut selera masing-masing sebab ana gunakan setengah tin ni dah cukup lemak manis dah.
4. Masakkan di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih. Jangan tinggalkan nanti susu membuak . Sentiasa kacau .
5. Didihan pertama masukkan banduhan tepung jagung tadi dan terus kacau lagi hingga didih kali kedua. Matikan api dan sejukkan terlebih dahulu pada suhu bilik.
6. Untuk bahagian Solero , didihkan 2 cawan air.
7. Masukkan 1 cawan gula.
8. Dapatkan perahan jus limau nipis dan masukkan dalam didihan air gula tadi.
9. Masukkan pewarna hijau. Sejukkan pada suhu bilik sebelum memasukkan ke dalam plastik aiskrim Malaysia.
10. Tuangkan dengan menggunakan corong adunan aiskrim susu dan pusingkan plastik aiskrim sekali baharulah tuang kan pula adunan Solero ke dalam bahagian atasnya. Boleh tonton di Youtube di atas untuk lebih jelas visual caranya.
11. Buka pusingan di bahagian tengah dan biarkan kedua bahagian bercampur dengan corak yang cantik seperti marble gituew. Adjust lah dengan tangan kan. Simpulkan di bahagian atas pek aiskrim dan beku kan semalaman.
Sedap aiskrim ni ada rasa lemak, manis dan masam. Cuba lah kay, bersama anak-anak di rumah. Selamat mencuba.
3. Aiskrim pelangi
Perkongsian resepi-resepi aiskrim Malaysia di bawah adalah dari sumber terbitan dan foto di Facebook. Kredit buat pemilik foto dan resepi.
Bahan-bahan & cara buat aiskrim pelangi
2 cawan susu segar atau susu cair
1 cawan creamer
1 paket Jelly powder jenama Konnyaku (10gm)
1 1/4 cawan gula2
4 L air
Sedikit esen vanilla
Cara buat aiskrim pelangi
Campurkan semua dalam periuk dan masak sehingga mendidih dan tapis.
Kemudia tuang ke dalam 3 bekas dan letakkan perisa atau pewarna yang disukai.
Sejukkan seketika dan masukkan dalam plastik aiskrim.
Bekukan dan sedia untuk dimakan.
4. Resepi aiskrim gula apong /nise
Bahan-bahan dan cara buat aiskrim Gula apong / Nise
3 Liter air
1 kg kelapa (buat santan)
700g Gula apong ori @gula nira
Daun pandan 2 helai
Masak air sehingga mengelegak kemudian masukkan gula nira, santan dan daun pandan.
Tapiskan air sebelum masukkan ke dalam plastik aiskrim.
1) Blend strawberry..Kemudian campur semua bahan kecuali sumi jelly .
2) Masak sampai mendidih..sejukkan , kemudian masuk dalam plastik bersama sumi jelly ..bekukan
8. Aiskrim choki-choki atau nutella
Bahan dan cara buat aiskrim choki-choki /nutella
1 tin susu manis
1 tin susu cair
5 tin air masak
2 1/2 sudu tepung jagung
1 sudu kecik esen vanila
beberapa pek choki-choki atau nak guna Nutella pun boleh
Sedikit garam
Caranya :
~ masak air atas api kecik bersama susu pekat, susu cair dan tepung jagung serta esen vanila hinga didih.
~ picitkan 1 batang choki-choki atai masukkan nutella ke dalam plastik aiskrim.
~ sejukkan dahulu adunan susu baru tuang ke dalam plastik aiskrim dan bekukan.
9. Aiskrim jagung cincau
Bahan dan cara buat aiskrim jagung cincau
Bahan-Bahan :
Air
Sirap jagung
Susu cair
Susu pekat
Garam sedikit
Cincau
Masakkan air jagung dengan mencampurkan kesemua bahan di atas kecuali cincau. Bila dah sejuk masukkan cincau yang di parut ke dalam plastik dan tuangkan adunan air jagung. Bekukan dalam peti sejuk.
10. Aiskrim asam boi
Bahan dan cara buat aiskrim asam boi
Asam boi Gula kordial asam boi air secukupnya
Cara buat aiskrim asam boi
Masakkan air bersama gula dan kordial asam boi hingga didih. Sejukkan terlebih dahulu sebelum masukkan sebiji asam boi ke dalam plastik aiskrim Malaysia, tuang kan bancuhan asam boi dan bekukan.
Selesailah sudah 10 resepi dan cara buat aiskrim Malaysia viral masa kini. Mesti korang perasan kan ke semua resepi memerlukan kita memasak air dan terlebih dahulu. Ini adalah kerana selain daripada mengelakkan sakit perut minum air tak masak, air masak juga menghasilkan tekstur aiskrim yang lembut dan tidak jadi air batu bila dibekukan. Sila lah mencuba naa... Semoga bermanfaat buat semua.
waduhhh sedapnya kak... memacam perisa ada yek, cuma kalau dana aiskrim asam boi dengan yang plain tanpa susu selalu layan, kalau bersusu sikit-sikit ok hehehhe
boleh tapi seeloknya guna pewarna hijau pekat untuk dapatkan warna yang cantik bila bercampur susu nanti,kalau warna pandan iaagak cair kan dan nanti perisa pandan pula :) Solera tak ada perisa pandan ia akan rasa lemak masam-masam gitu ... :)
Segala yang terkandung di dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Butiran dan informasi yang tercatat adalah pada waktu dan tarikh entri di terbitkan. Perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan .
14 Comments
Nikmat nya dapat makan eskrem time panas2 ni...
ReplyDeleteterliur sungguh tgk list eskrem tu...
tapi nak buat malas hahaha...
senang je nak buat AR :)
Deleteauskrim malaysia cantik pelbagai citarasa n cantik
ReplyDeletesekarang ni lagi di permoden kan kak PI pelbagai citarasa ada kan :)
Deleteokeh bookmark terus page ni..tak sabar nk try
ReplyDeletetry naa AD :)
Deletewaduhhh sedapnya kak... memacam perisa ada yek, cuma kalau dana aiskrim asam boi dengan yang plain tanpa susu selalu layan, kalau bersusu sikit-sikit ok hehehhe
ReplyDeleteaiskrim dulu2 tak banyak yang bersusu kan Dana :)
Deleteair krim malaysia ni juga yg pgl sedapppppp
ReplyDeletesedapppppp
DeleteSedapnya aiskrim
ReplyDeletenyamannnnn
Deletepewarna untuk ais krim solero tu boleh guna yg pandan x?
ReplyDeleteboleh tapi seeloknya guna pewarna hijau pekat untuk dapatkan warna yang cantik bila bercampur susu nanti,kalau warna pandan iaagak cair kan dan nanti perisa pandan pula :) Solera tak ada perisa pandan ia akan rasa lemak masam-masam gitu ... :)
Delete