Nih menu buka puasa yang lalu, baru nih nak terbitkan di sini. Lama juga kak ana tak update blog dah 15 Syawal 1445H dah hari ni. Rasanya dari pertengahan Ramadan tak banyak yang kak ana kongsikan dengan pembaca dan pengunjung blog picisan ini. 

Entah lah, trafik pun agak merundum sejak awal tahun, tapi tetap ada walau tak banyak. Mungkin terselit juga manfaat dari setiap perkongsian di alam maya ini, mudah-mudahan. Dan In Syaa Allah, akan tetap kak ana kongsikan apa sahaja entri yang mungkin membawa kebaikan buat sekalian ummah.. aamiin.


Resepi Puding kastad mangga

Resepi puding kastad mangga 


Kalau berbuka puasa, menu-menu sejuk begini la yang menjadi kesukaan kak ana. Agar-agar atau puding. Ada sahaja stok agar-agar tali atau pun serbuk agar-agar di rumah. Paling tak pun kak ana jadikan agar-agar sirap pun sedap dah, kan .

Memandangkan ada stok buah mangga di rumah, kak ana olah lah satu menu pencuci mulut dengan bahan yang ada di dapur. Terhasillah puding kastad mangga. Simple dan sedap pada selera kami sekeluarga. Jom laa kak  ana kongsikannya semula di sini. 

Bahan-bahan puding kastad mangga 

2 cawan air 
3 sudu besar gula 
1 senduk tepung kastad
1 cawan susu cair 
1 paket serbuk agar-agar 
1biji buah mangga dadu kecil

Cara masak puding kastad mangga 





Korang boleh tonton dalam video short kat atas untuk visual. Caranya mudah sangat , sama macam masak agar-agar biasa sahaja menggunakan bahan-bahan di atas .

1. Masukkan 2 cawan air.

2. Masukkan 1 senduk tepung kastad dan kacau larut kan dalam air. 

3. Masukkan 3 sudu besar gula atau ikut kemanisan sendiri.

4. Masukkan susu cair dan nyala kan api kacau sebati .

5. Dah larut semua bahan masukkan 1 paket serbuk agar-agar jernih dan kacau hingga mendidih. Gulakan serbuk agar-agar clear naa..

6. Kacau selalu supaya tak membuak dan bila dah didih matikan api.

7. Dalam acuan masukkan buah mangga yang dah di dadu. Tuangkan adunan puding ke atasnya.

8. Sejukkan dahulu di suhu bilik , barulah masukkan ke dalam peti sejuk hingga keras dan sejuk dingin untuk sedap di makan.

Sedia untuk di potong kan, dan hidang untuk di nikmati bersama keluarga. Sedap, lemak manis dan ada rasa buah mangga segar dalam setiap potongan. Cuba naa.. Sesuai untuk hidangan potluck juga nih .. Semoga bermanfaat... 



4 Comments

  1. cantik n sedap nampaknya puding mangga

    ReplyDelete
  2. aduyai sedapnya makan masa time panas2

    ReplyDelete
  3. Sedap ni..
    Sy pun nak buat puding Kastard utk potluck raya en suami lusa ni. Harapnya eloklah kejadiannya :)

    ReplyDelete
  4. Sama kak ana. Saya pun suka dessert dingin dan lembut macam puding begini. Bisa habis banyak. Apalagi utk buka puasa 😄. Rasa mangga pastiiii best. Segar kan

    ReplyDelete