Petang tu lagi dah ada rasa yang kak long dah dekat nak bersalin. Naluri seorang ibu pada kak ana yang amat kuat, lebih-lebih lagi masa borak dengan dia di phone , kak long bagi tau , baby aktif rasa berpusing-pusing dalam perut, katanya.

Tapi macam buat biasa sahaja lagi. Malam tu, Adik Ika di Melaka, out station urusan kerjanya, tinggallah kak ana dengan suami di rumah. Kami keluar makan malam di TCRS, hantar lah gambar dating ibu ayah dalam group whatsapp keluarga kecil kami.

Kemudian kak long reply, bagitau dia pun dating tengah makan McD dengan Aiman. Habis kat situ jer laa.. Balik rumah lepas Isyak, belek-belek phone sampai lah dekat jam 11.30 malam macam tu, kak long call. 

Nada suaranya cemas, dia nangis bagitau ada turun tanda darah. Kak ana suruh dia bertenang, ambil buku pink dan 2 beg yang memang dah ajar dia standby kan di rumahnya. Kak ana pesan suruh terus pi hospital, pesan juga suruh Aiman hati-hati memandu.

Dalam hati ni Tuhan sahaja yang tahu 1001 kebimbangan yang ada. Sampai lah jam 12 am, Aiman whatsapp bagitau dah sampai Dewan Bersalin , Hospital Cyberjaya. 

Baru lah ada rasa kelegaan sedikit. Depa dah selamat sampai hospital, Alhamdulillah setengah jam perjalanan dari Bandar Baru Bangi ke Cyberjaya, waktu malam jalan pun tak jemmed. Cantiknya percaturan Allah swt.. Syukur.


bersalin di hospital Cyberjaya


Bersalin di Hospital Cyberjaya 


Semuanya telah di rezekikanNya buat kak long, bila di di takdirkan dapat bersalin di Hospital Cyberjaya walaupun beralamat di Bangi. Sepatutnya kak long perlu ke Hospital Serdang, tapi macam kak ana selalu ucapkan segalanya di susun atur oleh Allah swt memudahkan anak kak ana bersalin dengan selesa di sini.

Hospital Serdang kita semua sedia maklum betapa sesak dan ramainya pesakit sedang kan di Hospital Cyberjaya waktu kak long bersalin ni, masih lengang dan tak ramai . Bilik wad yang amat selesa , 4 katil dan berhawa dingin malahan sajian menu hidangan pun sedap. 

Berbali kepada persoalan kenapa kak long dapat bersalin di Hospital Cyberjaya walau pun dari Bangi... Ini kerana pada usia kandungan 8 bulan, kak long mengalami masalah keputihan yang banyak. Dari KK Bangi, suruh refer ke hospital terdekat untuk pemeriksaan lanjut. 

Waktu tu, kak long ke hospital Putrajaya, tapi di sana memerlukan pembayaran deposit yang agak mahal kerana hanya ada rawatan kelas pertama sahaja, di fahamkan . Dari Putrajaya, mereka terus ke Hospital Cyberjaya kerana itu yang terdekat dari Putrajaya. 

Mula-mula, pegawai bertugas bertanya juga kenapa dari Bangi datang ke Cyberjaya, kerana agak jauh dan sepatutnya ke Serdang. Aiman terang kan bahawa depa dari Putrajaya Hospital sebelum ni dan kak long ada keputihan yang banyak kerana risau kut kut itu tanda nak bersalin.

Pegawai tersebut menerima kak long dan terus mendapatkan rawatan kecemasan di sana. Dua hari juga kak long warded dan kak ana masa tu dari kampung, waktu raya haji terus menuju ke Hospital Cyberjaya. Dan retetan dari kes kecemasan ini lah selepas keluar wad, kak long perlu follow up di Cyberjaya selang 2 minggu.

Sepatutnya kak long ada appoitment pada 22hb Ogos 2023 tetapi Allah swt mentakdirkan baby selamat di lahirkan pada 10hb Ogos 2023. Syukur alhamdulillah jam 5.30 pagi kak long selamat bersalin dan di sambut doktor pakar di bilik bersalin.


Bersalin di Hospital Cyberjaya


Kak long ceritakan, agak mudah juga dia bersalin dan sangat selesa di bilik bersalin di temani bidan dan doktor pakar. Walaupun suami di benarkan menemani isteri, kak long sengsorang sahaja kerana dah tak sempat nak panggil Aiman katanya. Nak cepat bersalin jer rasa, ibu..

Ruang menunggu untuk suami pun sangat selesa di sediakan sebuah bilik bersebelahan dengan dewan bersalin. Bilik ni kak ana pernah masuk waktu kak long warded awal sebelum ni, kerana kak long di bawa ke dewan bersalin untuk pemantauan waktu tu.

Selepas selamat bersalin secara normal, menerima jahitan dan di bersihkan, suami di panggil untuk azan kan bayi. Tak lama terus kak long di masukkan ke wad 5A , wad bersalin yang sangat selesa, katil berempat dan berhawa dingin dengan tandas di dalam bilik.

Kak ana sangat-sangat bersyukur di rezekikan olehNya , kak long bersalin dalam situasi yang tenang dan selesa di sini. Sebelum ni kak ana sangat risau dengan situasi bersalin di beberapa buah hospital kerajaan yang agak sesak di sekitar Selangor ni. 

Macam-macam kita dengar dan baca di media sosial kan.. Dan semua perancangan Allah swt adalah yang terbaik buat kak long dan baby. Kak long selamat melahirkan seorang bayi lelaki, alhamdulillah dalam keadaan sihat. 

Cuma perlu tinggal semalaman di NICU kerana pemantauan doktor bila kak long ada masalah keputihan pada penghujung kehamilan yang lalu. Dan ia menjadi asbab kak long di terima bersalin di Hospital Cyberjaya walaupun dari daerah yang berbeza. Alhamdulillah... inilah hikmah dari setiap kejadian. 

Mungkin ada yang bertanya kos bersalin di Hospital Cyberjaya ni , kan? Untuk pengetahuan semua, Hospital Cyberjaya adalah hospital kerajaan di bawah KKM. Jadi bil bersalin adalah rate hospital kerajaan, di mana untuk kak long waktu itu, lebih kurang RM60-RM70 sahaja. Kak ana tak berapa ingat harga sebenar yang Aiman bagitau. 

Kemudian sewaktu baby discharged ward NICU untuk 2 hari satu malam dan selepas bersalin, cuma Rm45 sahaja yang di beritahu Aiman pada kak ana. Syukur sangat... hospital yang selesa, tidak sesak pada waktu kak long bersalin hari tu, laahh tetapi bayaran rawatan yang sangat murah. 

Pada yang berada di luar kawasan Sepang, tetapi ingin bersalin di Hospital Cyberjaya, kak ana tak pasti sama ada korang akan di terima atau tidak. Korang boleh lah bertanya terus ke Jabatan O&G Hospital Cyberjaya untuk keterangan lebih tepat dan lanjut. 

Kak ana doakan semoga semua bakal ibu dan bayi selamat melahirkan dalam keadaan yang selesa dan di permudahkanNya jua segala urusan.. Aamiin. Banyakkan berdoa, minta dengan Allah swt .. mohon ampun dan maaf dari suami dan keluarga terdekat, In Syaa Allah.... semuanya di dalam kasih sayang dan ehsanNya juga.. Aamiin.. 


10 Comments

  1. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan buat Kak Long. Tentu ada kebaikan yg Kak Long pernah buat utk org lain sehingga diganjarkan balasan baik dalam bentuk sedemikian oleh Allah swt. Tahniah, Kak Long & Aiman. Tahniah juga buat Kak Ana dah boleh panggil nanny la niiii.

    ReplyDelete
  2. Tahniah kak Ana...dah jadi nenek.selamat berpantang untuk kaklong...lepas ni nenek akan sentiasa ke Bangi la nampak gayanya

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillahhh....semuanya dah selamat..baby ngan kaklong sihat..

    ReplyDelete
  4. Betul setuju sangat Hospital Serdang tu sesak. Hospital Cyberjaya ni masih baru jadi best la kalau bersalin kat sini. Dah la tenang je kan tak sesak.

    ReplyDelete
  5. Tahniah dapat cucu
    Semoga ibu dan baby sihat walafiat

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah tahniah Kak long, Aiman serta Kak Ana sekeluarga atas kelahiran org baru. Syukur semuanya dipermudahkan oleh-Nya 🤲
    Rezeki masing-masing alhamdulillah.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah kaklong dh selamat bersalin tahniah dah jadi ibu tahniah opah ana

    ReplyDelete

  8. alhamdulillah, tahniah Kak Long, suami dan Kak Ana sekeluarga atas kehadiran ahli keluarga baru 💕 alhamdulillah Allah permudahkan dan makbulkan hasrat anak Kak Ana bersalin di Hospital Cyberjaya 🌸

    ReplyDelete
  9. Hi sis nak tanya kiranya kalau org luar yg dtg utk bersalin, still dterima ke? Ada syarat tak. Contoh datang tp bukaan maasih bwh 3 cm contohnyaaa. Adakah still diterima nk bersallin situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Amira, maaf lambat reply baru terbaca komen ni, kak ana tak pasti tentang prosedur penerimaan bersalin di sini, anak kak ana di terima kat sini kerana masa mengandung penghujung trimester dia warded di sini kerana ada masalah keputihan. Jadi dia dah ada rekod perubatan kat sini . Amira cuba hubungi pihak hospital Cyberjaya untuk pertanyaan lanjut ye. Kak ana doakan semoga di permudahkanNya buat Amira bersalin, aamiin.

      Delete