Adik Ika dah banyak kali duk ajak masak fish and chip kat rumah. Ada tu kak ana ke pasaraya nak cari ikan dori yang elok untuk di jadikan fish and chip tapi nampak macam frozen dah terlalu lama, salutan ais batu tebal yang amat. Mesti ikan dah lembik lunyai isi nya kan.
Lagipun ikan dori tu semula jadi dah memang isinya lembut. Lepas tu macam tak jadi nak buatkan Adik Ika fish and chip. Sampailah satu hari tu kak ana ke Shah Alam untuk cover satu task job, singgah ke Rosyam Mart di Seksyen 9. Kat sana dapatlah kepingan ikan dori yang walaupun frozen tapi masih baru laa dan nipis lagi lapisan aisnya.
Kak ana belilah satu pek, harga masa tu dalam RM12 dan dalam tu ada 3 kepingan saiz yang agak besar. Memang boleh di katakan ikan dori frozen ni saiz depa lebih kurang jer kan. Dan malam tu kak ana tunaikan lah permintaan anak untuk masak fish and chip.
Resepi mudah fish and chip
Ini kiranya resepi mudah basic sahaja untuk satu sajian fish and chip di rumah dan lazimnya pun menggunakan ikan dori. Kak ana dapat pun dari internet dan olah lah serba sedikit mengikut bahan yang ada di dapur .
BAHAN-BAHAN:
3 keping isi ikan Dori
1 biji Lemon
BAHAN TEPUNG SALUTAN FISH AND CHIP
5 sudu makan Tepung Gandum
3 sudu makan Tepung Beras
1 sudu makan Tepung Jagung
Garam dan lada hitam
Air secukupnya
BAHAN SOS TARTAR:
1-2 ulas bawang putih – dicincang halus
1/3 biji bawang holland – dicincang halus
5 sudu makan mayones
Jus lemon
serbuk mix herbs untuk taburan sos
Sedikit garam dan lada sulah
BAHAN SAMPINGAN FISH AND CHIP
Kobis untuk di jadikan coleslaw
Fries Kentang sebagai makanan sampingan bersama fish and chip coleslaw dan soa tartar.
Cara masak fish and chip mudah :
1. Bersihkan kepingan ikan dori dan potong ikut keperluan saiz. Kak ana potong dua bahagian setiap sekeping ikan dori yang telah di nyahbeku dalam microwave. Toskan air dan lap dengan tisu dapur agar betul-betul kering.
2. Satukan bahan-bahan untuk tepung salutan ikan. Masukkan air sedikit demi sedikit.Bancuh hingga dapat tekstur yang tidak cair dan juga tidak terlalu pekat. Ketepikan.
3, Sementara itu sediakan sos tartar kerana ia perlu di sejukkan untuk lebih sedap di makan . Satukan semua bahan di dalam mangkuk yang bersesuaian. Sebatikan.
4. Sambung semula pembuatan fish and chip dori kita. Panaskan minyak dalam kuali, celup kepingan ikan Dori ke dalam bancuhan tepung dan goreng fillet ikan sehingga garing. Goreng api sederhana dan jangan panas sangat naa..
5. Toskan gorengan fillet ikan dan boleh lah siapkan plating bersama fries dan juga coleslaw serta sos tartar. Buh la hirisan lemon untuk perahan makan fish and chip.
Siap lah satu menu ringkas dan basic tapi sedap Alhamdulillah.. Boleh la mencuba untuk hidangan di rumah simple dan ringkas sangat kan. Semoga bermanfaat .. cuba naa .. :)
2 Comments
ikan dori tu ikan ape kak ana.. pernah mkn ni kat hotel hr tu.. sedap masakannya.. terasa sgt lembut sajiannya..
ReplyDeleterajin kak ana...saya haritu Pia minta fish&chip saya beli yang dah readymade macam nugget tu,1 set RM17 dalam tu ada 2keping ikan dori dan fries.balik rumah masuk airfryer,punyala malas umi Pia ni
ReplyDelete