Satu lagi kuih tradisional Melayu yang sempat kak ana buat untuk iftar Ramadan 2024 kali ini dengan izinNya, adalah kuih tepung bungkus. Ini pun atas permintaan suami, kerana kuih ini adalah antara kuih air tangan arwah mak mertua kak ana dahulu.

Malahan kak ana belajar buat kuih tepung bungkus ni pun dari arwah mak mertua. Tengok arwah buat dedulu , dan tahu lah macam mana nak buat kuih lama ni. Bahan asas sama sahaja macam yang kak ana ceritakan dalam entri onde-onde yang lemas. elemen tepung beras, kelapa dan gula melaka masih ada. Kali ini ia bersama santan pula. 


Resepi tepung bungkus


Teknik masakan adalah masak dan kukus. Maknanya ada dua kekdah memasaknya, mula-mula kacau tepung dan santan, kemudian balut dan kukus. Inti pula menggunakan kelapa parut dan gula melaka yang di masak bersama. Meh laa kak ana kongsikan untuk manfaat bersama di masa akan datang, In syaa Allah... 


Resepi tepung bungkus 



cara buat kuih tepung bungkus


Bahan-bahan tepung bungkus dan cara membuatnya kak ana bahagikan kepada 3 langkah yang perlu di lakukan , 

Bahan dan cara buat inti tepung bungkus :


1 buku gula melaka - potong kecil-kecil
2 sudu besar gula putih
1/2 biji kelapa parut putih
1 sudu kecil tepung gandum
1 helai daun pandan 

Cara buat inti tepung bungkus :


1. Masukkan gula melaka yang dah di racik bersama gula putih dan simpulan daun pandan ke dalam kuali, masukkan sedikit air dan biar didih sekali. 

2. Masukkan kelapa parut dan gaul sebati dan masukkan pula tepung gandum untuk memekatkannya. 

3. Ketepikan biar sejuk . Kalau suka boleh bulat-bulatkan inti selepas sejuk seketika. 

Bahan dan cara buat adunan tepung bungkus :


2 1/2 cawan tepung beras
4 cawan santan pekat
secubit garam
daun pisang untuk membungkus - layur di atas api supaya lembut dan potong segi empat bujur .

Cara masak tepung bungkus :


1. Satukan dahulu dalam periuk santan , secubit garam bersama garam dan tepung beras. Kacau sebati.

2. Nyala kan api dan kacau perlahan hingga adunan menjadi kental dan licin berkilat. Matikan api.

3, Bolehlah membungkus. Letakkan adunan tepung di atas tengah daun pisang, kemudian letakkan inti , kak ana suka letak 2 biji inti. Letakkan semula adunan tepung dan lipat daun pisang seperti bungkus kuih lepat . 

4. Seterusnya, panaskan air dalam kukusan dan kukuslah bungkusan tepung bungkus dalam 15 minit dan siap lah. 

Semoga bermanfaat dan resepi kuih tradisional lama ini akan kekal bertahan untuk generasi akan datang, In syaa Allah... 


5 Comments

  1. Nampak sedap
    selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
  2. ini makanan orang lama2.. skrg dah jrg yang menjadi (apabila dibeli)

    ReplyDelete
  3. sedapnya tepung bungkus dh lama xrasa

    ReplyDelete
  4. Membayangkan nya saja dah drooling rasa 😄🤤. Saya sukaaaa kue2 tradisional macam nih. Lebih memilih kue seperti ini drpd yg modern. Apalagi yg jual pun dah tak banyak.

    ReplyDelete
  5. wow sedapnya, terliur saya .. selamat hariraya maaf zahir batin ye kak

    ReplyDelete