Onde-onde buah melaka
Nii laa kuih pertama yang kak ana buat untuk buka puasa tahun 2024 ni. Itupun selepas suami request nak makan buah melaka. kuih kesukaannya. Buat kan lah sepiring untuknya. Bahan pun ada di rumah, cuma beli kelapa parut putih separuh dah alhamdulillah menjadi lah kuih tradisional , onde-onde, buah melaka.
Resepi Onde-onde buah melaka
Resepi dan cara buat onde-onde buah melaka
Bahan-bahan:
Bahan-bahan untuk jus pandan:
5-6 helai daun pandan
1 1/2 cawan air
Bahan-bahan lain:
1 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung beras/ tepung gandum
1/4 sudu kecil pewarna hijau
gula nisan/ gula melaka secukupnya
air rebusan secukupnya
1/2 biji kelapa parut
garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
Gunting kasar daun pandan, bland dengan air dan tapis dan ambil airnya.
Masukkan tepung pulut dan tepung beras,
Tuang air daun pandan sedikit demi sedikit.
Masukkan pewarna hijau (optional).
Uli sehingga menjadi doh dan ketepikan.
Potong kepada kiub kecil gula nisan @ gula melaka.
Sementara itu, gaulkan kelapa parut dengan garam secukup rasa untuk membangkitkan rasa berlemak kelapa parut (boleh kukus dulu kelapa parut untuk tahan lebih lama).
Kemudian ambil secubit doh, uli bulat dan leperkan.
Letak gula ditengah, tutup rapat dan bulatkan sekata.
Panaskan air, air perlulah dalam jumlah yang banyak supaya x padat sangat dan ada ruang untuk buah melaka timbul bila masak nanti.
Api sederhana, tak perlu kuat sangat takut inti gula keras lagi dah terapung kat atas.
Bila dah terapung, bolehla angkat dan gaul dengan kelapa parut ketika masih lagi panas.
Resepi link di https://resepichenom.com/resepi/buah-melaka-onde-onde/show
9 Comments
Sy kdg teringin nak buat onde² tapi mengenangkan nak kena ke kedai beli kelapa parut, terus tak jadi buat (alasan).
ReplyDeleteKena ngap terus sebiji2 dalam mulut.
ReplyDeleteTak boleh gigit sikit2.
Jadi kalau nak buat jangan besar2 saiznya
Pernah buat onde-onde ni . Ingatkan susah ..rupanya mudah jer nak buat. Bahan-bahan pun tak banyak
ReplyDeletedah nak habis ramadhan belum makan lagi onde onde,nak kena usaha buat juga la hujung minggu ni
ReplyDeleteAlhamdulillah...Dan Buat...Saya Tak Sempat Buat Lagi....
ReplyDeleteentah kenapa la dana buat selalu ada je tak kena hehehhe,... sumpahan
ReplyDeletebiasanya mak yg selalu buat onde2 ni.. bila duduk umah sendiri malas pula nak buat.. huhuhuhu
ReplyDeleteAnak dara saya dengan kakak sepupunya cukup suka buat Onde-onde buah Melaka ni.
ReplyDeleteantara kuih first yg saya buat masa remaja.. senang aje kan
ReplyDelete