Lumira - Eka Heights : Menawarkan Kediaman Selesa Dengan Sentuhan Moden
Boleh di katakan , kebanyakan pilihan untuk mendiami rumah bertanah atau landed property masa kini tidak lah lagi bertumpu di Lembah Klang . Kepesatan pembangunan dan harga hartanah yang terlalu tinggi, menyebabkan ramai mencari alternatif lain untuk merealisasikan impian memiliki kediaman sendiri yang luas dan selesa untuk sekeluarga pada harga yang mampu milik.
Pengalaman kak ana sendiri hampir sepuluh tahun yang lalu, berhijrah keluar dari bandaraya Kuala Lumpur dan syukur hingga ke saat ni dengan izinNya mendiami sebuah rumah yang cukup selesa untuk kami. Memang impian kak ana dan suami untuk tinggal di landed house kerana suka bertanam dan ada ruang privasi yang selesa berbanding tinggal di unit kondo dan sebagainya.
Jika dahulu, ramai memilih untuk berhijrah ke sebelah utara kini paling popular dan relevan untuk kediaman adalah di Seremban. Tidak jauh dari Lembah Klang dan Selangor dan lebih menguntungkan kerana di lingkaran kemudahan lebuhraya dan jalanraya yang strategik serta kemudahan awam yang lengkap.
Kali ini, kak ana nak bercerita satu lagi projek perumahan yang mungkin membuka minda serta cadangan pilihan kediaman yang di impikan , juga di Seremban, iaitu LUMIRA - EKA HEIGHTS. Banyak yang kak ana nak kongsikan dengan korang semua mengenai projek perumahan moden dengan tema avant-garde yang membawa maksud bereksperimen dengan kaedah dan idea baru dunia seni .
EKA Heights , Seremban
Mendiami sebuah komuniti kediaman yang serba canggih dan dinamik pasti lah merealisasi kan impian kehidupan dalam kelasnya yang tersendiri. Kediaman kan, ia adalah rumahku syurgaku di mana setelah penat lelah mencari rezeki di luar, balik ke rumah kita ingin kan satu realiti kehidupan penuh kedamaian dan privasi. Betul tak ?
Lingkaran akses perjalanan di EKA Heights
Eka Heights sebuah lokasi kediaman yang sedang rancak dalam pembangunannya , terletak di sebelah barat Seremban, Negeri Sembilan. Lokasi strategik ini dihubungkan terus dengan rangkaian kemudahan jalinan jalan raya utama untuk capaian ke destinasi dengan mudah.
Tidak ada yang lebih menguntungkan bila lokasi ini di hubungi terus dengan Lebuhraya Utara Selatan serta Lingkaran pautan ke KLIA menjadikannya pilihan kediaman yang amat strategik. Lokasi ini berada dalam plan visi kediaman Malaysia yang pesat membangun antara Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan iaitu Malaysia Vision Valley (MVV) .
Peneraju perbandaran EKA Heights
Kawasan perbandaran EKA HEIGHTS merangkumi 10 fasa pembangunan melibatkan plan pembangunan rumah teres sejumlah 3,620 units. EKA HEIGHTS satu lagi projek di bawah pemaju yang telah pun terbukti kejayaannya dalam industri perumahan utama di sekitar Seremban khasnya, tak lain lagi iaitu Matrix Concept , merangkumi keluasan 371.79 acres yang menjanjikan kehidupan persekitaran yang tenang dan mendamaikan.
Projek pembangunan komuniti kediaman dari Matrix Concept kali ini masih sama menjanjikan konsep kediaman yang hampir dengan alam semulajadi yang mendamaikan namun di kelilingi kemudahan infrastruktur yang lengkap setempat.
Kemudahan infrastruktur dan riadah EKA Heights
Dalam sebuah persekitaran kediaman dengan deretan rumah teres sebanyak 3,620 unit , 25 unit hartanah komersil dan dilengkap juga dengan Mageka Park seluas 15.5 acre yang merangkumi kemudahan fasiliti riadah keluarga dan kualiti kehidupan masa kini seperti restoran, pusat beli belah malahan hampir dengan hub komersil sedia ada antaranya Sendayan MetroPark, Tiara Biz dan Sendayan Merchant Square.
EKA Heights " Jewel in the making "
EKA HEIGHTS amatlah bersesuaian dengan gelaran sebagai sebuah projek "jewel in the making " di sebuah kawasan yang amat strategik dalam pelbagai aspek kehidupan masa kini. Turut di sedikan malahan telah pun ada yang telah sedia wujud sebagai pusat rekreasi dan sukan antaranya gelanggang futsal, bola keranjang, bandminton,taman permainan kanak-kanak dan sebagainya.
Ia sangatlah hampir dengan lokasi riadah antaranya d’Tempat Country Club dan X-Park Sendayan yang merupakan venue terbesar hiburan dan riadah di Negeri Sembilan sekitar 10km sahaja.
Fasiliti hub pendidikan sedia ada di EKA Heights
Kak ana yakin, salah satu aspek yang menjadi keutamaan kita semua adalah fasiliti pendidikan. Jangan risau kerana di lokasi ini juga telah sedia ada hub pendidikan iaitu SK Sendayan, SMK Bandar Sri Sendayan dan SMK (Felda) Sri Sendayan yang berada dalam radius 10km sahaja. Malahan turut hampir dengan masjid kesukaan kak ana setiap kali ke Sendayan pastilah masjid yang tersergam indah Masjid Sri Sendayan.
Projek perumahan LUMIRA - di EKA Heights
Untuk itu kak ana nak perkenalkan produk projek perumahan yang telah di lancarkan untuk menjadi sebahagian daripada penghuni komuniti di EKA HEIGHTS iaitu LUMIRA . Deretan rumah teres dua tingkat yang pasti merealisasikan impian kehidupan sebuah keluarga idaman.
Berikut kak ana sertakan butiran perincian projek perumahan LUMIRA EKA HEIGHTS untuk yang berminat :
• Lumira - Double Storey Link Homes
• 20’ x 70’
• 1,607 sq.ft
• 4 Bilik Tidur & 3 Bilik Mandi
• Harga dari RM 405,000
• 193 Units
Dengan ciri-ciri istimewa yang di tawarkan untuk kediaman LUMIRA antaranya :
1. Plan reka ruang dalam yang luas dan fleksible - Susunatur dengan ciri gaya hidup masa kini untuk keperluan setiap penghuni ,contohnya sebuah bilik yang luas di aras bawah sesuai lah untuk keperluan masa akan datang.
2. Halaman yang juga flexi - Halaman belakang luar yang luas sehingga 14 kaki (untuk rumah RMM-C) . Membolehkan penghuni untuk medekorasi ruang mengikut citarasa sendiri , sebagai contoh nak jadikan taman lanskap atau pun sebagai ruang dapur basah dan sebagainya.
3. Ruang luaran ( outdoor ) seperti yang kak ana nyatakan dalam kemudahan riadah di EKA Heights dengan Mageka Park & taman riadah Residensi
4. Ruang parkir yang boleh memuatkan sehingga 2 buah kenderaan
5. Kemudahan keselamatan penghuni dengan kediaman berpagar dan pondok rukun tetangga untuk mempastikan keselamatan kediaman.
Menepati tema reka bentuk kediaman Avant-Garde , LUMIRA di EKA HEIGHTS merupakan sebuah residensi park dalam tema muzikal dengan dekorasi dek sebuah gitar di tepian tasik sedia menanti bakal penghuninya.
Menarik kan konsep kediaman impian setiap kita , jangan berlengah lagi kerana lazimnya projek Matrix Concept memang laju terjual. Dah boleh lah tinjau-tinjau dahulu keunikan sebuah lagi komuniti kediaman idaman yang serba lengkap dan di kelilingi alam semulajadi yang mendamaikan.
Daftar sekarang di laman sesawang :
atau hubungi
1800 88 2688
untuk butiran lebih lanjut.
Korang juga boleh singgah ke sosial media :
Instagram @matrix_concepts
Facebook @matrixconceptshomes
14 Comments
cantik tempatnya hijau alm sekitar
ReplyDeletebetul kak PI , saya suka pada landskap bandar terancang macam ni untuk sebuah kediaman.
DeleteTempat macam ni dapat duduk relax and greenery.
ReplyDeletesangat selesa untuk kediaman keluarga
Deletememang impian sungguh la Lumira niii...Sally suka sangat dia punya persekitaran...sempurna utk bina keluarga dekat sini...kan?
ReplyDeletetu laa, harga pun masih mampu milik berbanding kebanyakan projek2 di KL dan Selangor .
DeleteBest kan rumah macam ni. Ada banyak kemudahan berdekatan. Persekitaran yang cantik dan selesa
ReplyDeleteboleh lah usya2 untuk pelaburan masa hadapan
DeleteMemang berbaloi la beli rumah kat sini kan kak?
ReplyDeleteitu la Min, pilihan bijak untuk mereka yang sedang mencari kediaman teres di Seremban khasnya
Deletebesttnyaa kawasan rumah ni. banyak kemudahan setempat
ReplyDeleteSuka betul la design moden, ruang luas dan kemudahan yang banyak dan dekat kat sini
ReplyDeleteSue suka sangat rumah kat sini Ana, dah lah cantik, pastu banyak kemudahan. Memang berbaloi kalau dapat beli rumah kat sini kan..
ReplyDeleteLawanya area situ. Rumah pun luas. Beruntung orang yang beli Lumira ni 🤩
ReplyDelete