Sebelum puasa hari tu, kak ana ada ke Pasar Seni, KL . Kami pii naik MRT sahaja dari Kwasa Damansara hingga ke stesen Pasar Seni. Memang seronok jalan-jalan d sekitar area Pasar Seni, Petaling Street ni. Banyak nostalgia kak ana waktu remaja dahulu selepas habis STPM kak ana ada lah pengalaman kerja di Metrojaya Sinar Kota sekitar pertengahan tahun 1990an dahulu.

Masa tu zaman naik bas mini 20 dan hentiannya di Bangkok Bank. Kan sekitar Pasar Seni semua tu. Waktu kak ana berada di Pasar Seni hujung minggu tu, ada lah Pasar Saloma di bahagian luar bersebelahan dengan laluan ke Dayabumi. Menarik sangat kiosk jualan produk makanan dengan tema zaman dolu-dolu. 


bedak sejuk tradisional

Market Hall , Central Market, KL 

Lebih menarik sekarang ni kat bahagian dalam Pasar Seni tu dah ada sebuah Market Hall. Ia bagaikan sebuah pasar basah dan menjual pelbagai produk Malaysia lama dan baharu. Siap ada bahagian pasar basah dalam tu seperti ikan , sayur dan sebagainya. 

Kesemuanya adalah produk dalam negara dan termasuk lah kak ana jumpa di rak beberapa botol bedak sejuk. Bedak sejuk tradisional lagi. Pastilah lebih menggamit nostalgia silam, khasnya kenangan bersama arwah mak.

Arwah mak kak ana sangat rajin orangnya. Bedak sejuk ni pun mak buat sendiri. Korang tahu tak, untuk menghasilkan bedak sejuk ni, proses rendaman beras tu mengambil masa sehingga 6 bulan. Haa.. gigih tak gigihnya nak buat bedak sejuk zaman dedulu.

Cara buat bedak sejuk tradisional 


Kak ana dapatkan semula info cara buat bedak sejuk tradisional di internet. Tak ingat dah laa kan, bagaimana arwah mak buat masa tu.  Kak ana cuma rajin tolong mak titik-titik bedak sejuk ke atas daun pisang sahaja masa kecil-keclil dahulu selepas siap rendamannya 6 bulan..



cara buat bedak sejuk
kredit foto google image 


Dari carian di internet kak ana jumpalah cara nak buat bedak sejuk tradisional ni. 

1. Rendam beras selama 6 bulan . Itulah dia kalau kak ana mau lupa dah sementara nak tunggu 6 bulan proses rendaman. Masa dulu bila mak rendam ni buh bawah almari di dapur dan elok je mak ingat bila dah sampai tempoh masanya untuk di proses. 

2. Bila beras sudah betul-betul hancur, tapis dengan kain kasa agar beras yang masih belum hancur dapat dipisahkan. Arwah mak gunakan kain kasa berwarna putih, kain kasa ni kain yang jarang . 

3. Air beras tadi biarkan mendak . Hasil mendakan ini lah yang akan di jadikan bedak sejuk.

4. Arwah gunakan daun pisang yang di jadikan kelongsong , isi mendakan beras tadi dan titik satu persatu ke atas kain kasa atau pun atas daun pisang. 

5. Dah siap, mak akan keringkan pada cuaca panas. Kak ana ingat lagi kalau musim hujan mak tak buat bedak sejuk ni, kena tunggu cuaca panas terik sebab nak keringkan butiran bedak sejuk.



kredit foto Google Image 



6. Bila dah kering , kutil sebiji sebiji dari atas kain atau daun pisang tadi dan boleh lah di simpan di dalam bekas. Arwah mak akan letakkan kuntuman bunga kenanga dan hirisan daun pandan untuk memberi haruman pada bedak sejuknya. Allahu Akhbar masih lekat dalam ingatan kak ana kenangan bersama arwah mak membuat bedak sejuk nih. 

Bila nak guna ambil lah sedikit dan bancuh dengan air , tepek lah kat muka macam dak Ryan Bakery kat Tiktok tu hehe :) Memang selemoih pakai bedak sejuk nih. Tapi ada lah petua lama kata, bedak sejuk ni baik untuk halus kan kulit wajah dan elakkan jerawat. Wallahu a'lam.. 

Sekadar berkongsi kenangan masa silam yang tak mungkin akan hadir kembali dalam hayat ini. Setiap yang kita lalui akan kekal dalam ingatan khasnya yang manis-manis . Begitu lah peredaran masa, silih berganti datang dan pergi. 

Kini pelbagai dah kaedah moden untuk penjagaan wajah dan kecantikan. Pilih lah yang terjamin selamat dan telah di uji secara klinikal , naa.. Tiada yang lama tidak adalah yang baru .. itu lah pusingan nya... Semoga bermanfaat... 





5 Comments

  1. Orang dulu2 memang pakai bedak sejuk ni

    ReplyDelete
  2. Dah lama sgt tak nampak yg nie... Skang pkai bedak sejuk yang warna cekelat tu(botol kaca)...yg dah siap bancuh.. Tp, bau still sama dengan yg arwah embah selalu pakai..

    ReplyDelete
  3. dulu2 pernah tolong tok titik bedak sejuk...kenangan

    ReplyDelete
  4. Bedak sejuk memang bagus untuk haluskan kulit. Sesiapa yang ada masalah jeragat eloklah selalu pakai bedak sejuk. Ramai ada masalah jeragat tapi susah nak hilang. Bedak sejuklah ubatnya. In syaa Allah.

    ReplyDelete
  5. dulu2 waktu kecik pernh pkai... lembut kulitnya.. kalau pakai malam, esok pagi bantal habis berdebu putih :P

    ReplyDelete