Memang buntu kan nak masak apa untuk sajian hidangan makan keluarga nih. Nak pula macam anak kak ana nih kalau ikan tu kurang depa nak makan. Mahu kan ayam kalau boleh setiap hari. Kita pula dah buntu nak fikir apa nak di warnai kan menu ayam. 

Menu orang-orang kampung depa tak berapa jalan juga, kari ke, masak lemak ke, asam pedas ke, tak suka lak tu hehe. Nak di fusion kan juga resepi masakan nampak gayanya. Sebelum ni kak ana share kan idea masakan ayam masak paprik dan kali ni kak ana jadikan ia ayam pad kra pao pula. 


Resepi ayam pad kra pao

Resepi ayam pad kra pao 


Sebelum kak ana nak share bahan-bahan ayam pad kra pao nih, resepi ni wajib ada daun selasih atau thai basil. Sebab inilah yang memberikan aroma pada masakan ayam pad kra pao kita, ibarat tomyam lah kan kena ada daun limau purut baru rasa tomyam, gituew... 


Daun selasih atau Thai basil leaves 


Ini lah rupa daun selasih atau Thai Basil . Kak ana beli pokoknya di nursery kusta Sungai Buloh dan nampaknya alhamdulillah subur dan mudah membesar dan lebat daunnya. Kak ana buh di bawah teduhan berbumbung sebab cuaca laa nih amatlah panas terik kan.. 


daun selasih

Jom kita tengok bahan-bahan untuk masak ayam pad kra pao yang sangat lah mudah . 


Bahan-bahan untuk ayam Pad Kra Pao:


3 ulas bawang putih

3-5 tangkai cili padi merah - ikutlah pedas masing-masing naa 

1 tangkai cili merah

 isi ayam bahagian dada - dadu kecil-kecil 

½ sudu kecil lada sulah

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos ikan

2-3 sudu besar kicap pekat manis

1 genggam daun selasih


Cara masak ayam pad kra poa 

Tumbuk halus bawang putih, cili padi merah dan cili merah.

Cincang isi ayam kepada ketulan kecil.

Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk dan kacau hingga garing dan naik bau.

Masukkan ayam yang dicincang, sedikit lada sulah, sos tiram dan kacau sebati.

Masukkan sos ikan, kicap manis dan tak perlu garam kerana sos ikan dah cukup masin. 

Masukkan daun selasih dan tutup api. Lalu, kacau sehingga daun selasih agak-agak layu.

Sedia untuk hidangan. Selalunya menu ayam pad kra pao orang suka makan dengan telur mata kerbau yang gedik-gedik masak tu, memang paduu... Selamat mencuba naa... 

10 Comments

  1. Betul Kak Ana, kadang buntu nak masak kalau hari² ayam je 😁
    Sedap ni pad kra pao nak² makan dgn nasi panas²...

    ReplyDelete
  2. ada lg x? nak sikitttt
    🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  3. Sedap ..pad kra paw ni kena letak daun selasih ..kalau tak da tu tak cukup lengkap

    ReplyDelete
  4. waduhhh ini sedap mkn dgn nasi panas-panas ni!

    ReplyDelete
  5. Nampak mudah resepnya kak 😍👍. Nanti nak coba, walopun harus cari dulu daun basil ini 😅

    ReplyDelete
  6. OK bahan2 semua ada kecuali daun selasih. Boleh try buat utk malam ni. Saya pun dah buntu nak masak apa padahal masak sekali sehari je hehe

    ReplyDelete
  7. Suka ayam ni. Selalu juga masak. Nak kena cari daun selasih dulu ni.

    ReplyDelete
  8. Tak pernah masak sendiri resipi ni. Bolehlah masuk dlm list kot2 anak2 boleh terima rasa lepas 1st try

    ReplyDelete
  9. Kalau pergi kedai masakan thai ini antara menu wajib di order samada ayam atau daging ...

    ReplyDelete