Lama dah kak ana tak ke sini, rasanya tahun 2024 ni ini baru berkesempatan datang sarapan pagi ke pekan Batu Arang nih. Kalau ke sini pastilah nak pekena sarapan pagi , kerana kat sini ada dua port viral kunjungan orang ramai dan para pengayuh basikal iaitu sama ada sarapan roti leleh atau pun roti sarang burung. 

Roti leleh tu roti bakar di atas arang yang di makan bersama telur separuh masak dan baked bean, dan roti sarang burung ni pula ialah roti canai garing di tengahnya ada 2 biji telur separuh masak dan kuah isi ayam. 


roti sarang burung Batu Arang


Roti sarang burung Batu Arang 


Kedua-dua menu viral ni terletak di kawasan yang sama tetapi gerai yang berbeza, sebelah menyebelah sahaja. Lokasinya betul-betul di hadapan monumen bersejarah serombong arang batu di tengah bulatan kecil di pekan Batu Arang, Selangor .



Roti sarang burung Batu Arang

Kalau hujung minggu memang ramai pengunjung makan sarapan pagi kat sini. Port lepak ramai penunggang basikal selalunya. Dan kalau hari biasa pun selalunya ada juga kerana gerai ni di hadapan laluan masuk ke Klinik Kesihatan Batu Arang . 

Ruang parkir tu percuma sahaja di tepi-tepi jalan kerana jalan kat sini bukan lah laluan utama yang sesak. Pekan kecil yang tenang-tenang je. Gerai kat sini pun gerai jenis gerai lama sesuailah dengan tema pekan Baru Arang bandar heritage . 

Pagi tu kak ana dan suami makan roti sarang burung dan kopi o. Satu set roti sarang burung berharga RM6 sahaja. Kak ana suka kerana roti canainya garing dan telur tu tidak lah terlalu mentah, just nice sahaja . 

Kuah kari isi ayam yang didadu kecil tu pun sedap dan kena dengan selera kami. Ada juga di berikan kuah kosong. Memang sedap untuk sekali sekala makan. Korang boleh ke gerai Warung Cik Nisah atau duduk je mana-mana kerusi meja yang kosong dan order di gerai roti canai tu, nanti depa mai anta. 

9 Comments

  1. Lama dah tak makan roti canai barang batu.. Kalau makan roti canai pon hang kat Limbongan ngan Durian Tunggal 😉😉

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap roti sarang burung ni Kak Ana. Terliur pulak nengok 🤤

    ReplyDelete
  3. Sedap nampaknya dengan kuah banjir camtu.

    ReplyDelete
  4. Halamak! Dia punya banjir menggiurkan!

    ReplyDelete
  5. 2 hari lepas teringin sangat makan roti canai, nampak Kak Ana post pula kat sini. Nak kena cari juga lah camni.

    ReplyDelete
  6. wahhh nampak sgt sedap ni! salam kenal utk kak ana, tq sbb sudi drop komen kat my blog ;)

    ReplyDelete
  7. Kalo sarang burung kesukaan suami saya kak 😄. Dia selalu suka semua menu yg pakai telur setengah matang . Kalo saya, Tak akan sentuh 🤭🤭. Memang tak bisa. Telur harus matang 😅

    ReplyDelete
  8. tengok kuah je dah tahu kompem best hgga menjilat pinggan🤣

    ReplyDelete