Kak ana suka sangat kalau ada request nak makan apa kat rumah ni, sama ada dari suami atau pun anak-anak. Senang lah sikit dapat idea nak masak. Terus ke kedai cari bahan-bahan yang diperlukan dan masakkan untuk depa.

Tapi kadang-kadang tu bukan lah hari tu juga  boleh dapat masakkan. Ada yang ambil masa juga sebab kak ana selalunya beli stok lauk dan bahan masakan basah ni seminggu sekali, bukan hari-hari. Rasanya lebih jimat sebab kak ana akan maksimum kan bahan hingga habis baru cari yang baru. 


Resepi gulai nasi dagang ikan tongkol tanpa rempah kari
gulai nasi dagang ikan tongkol 


Hari tu Adik Ika nak makan gulai nasi dagang katanya. Lama dah ibu tak masak. Kak ana ingat kan ada stok beras nasi dagang di dapur, rupanya dah habis. Sudahnya kak ana masakkan lauk gulai nasi dagang sahaja dengan acar timun, makan lah dengan nasi putih. 

Resepi kali ni agak unik sikit kerana kak ana masak gulai nasi dagang tanpa menggunakan serbuk kari dan Alhamdulillah ia sedap juga. Resepi ni kak ana dapat dari perkongsian di tiktok. Puan ni menggantikan serbuk kari ikan dengan sangai biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih sahaja. 

Resepi gulai nasi dagang ikan tongkol tanpa rempah kari



Resepi gulai nasi dagang ikan tongkol tanpa rempah kari
biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih 


Kak ana akan kongsikannya semula di sini untuk rujukan masa hadapan dan semoga bermanfaat juga buat mereka yang mencari resepi ini kelak, In Syaa Allah... 

Bahan-bahan gulai nasi dagang ikan tongkol 

1 ekor ikan tongkol hitam 
1 sudu kecil biji ketumbar
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1-2 inci lengkuas
2 sudu besar cili blend
1 kotak santan pekat
1 sudu besar kerisik
1 keping asam keping / asam gelugur 
garam secukup rasa
telur rebus dan cili api sebagai bahan sampingan jika suka

Cara masak gulai nasi dagang ikan tongkol 


1. Bersih kan ikan tongkol dan potong kepada beberapa bahagian saiz agak besar juga. Kak ana gunakan ikan tongkol hitam kerana ia lembut dan lebih sedap manis isi nya berbanding dengan ikan tongkol putih atau warna silver tu yang lebih keras. 

2. Rebus dengan sekeping asam keping hingga masak. Asingkan ikan dan air rebusan yang akan kita gunakan sedikit nanti dalam kuahnya. 

3. Sangai biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Blend kering hingga halus. 

4. Blend bawang merah, bawang putih dan lengkuas. 

5. Panaskan minyak, tumis bahan blend bawang dan masukkan cili blend. Masukkan bahan rempah kering blend dan masak hingga pecah minyak. Tambah air rebusan ikan tadi jika terlalu kering. Kak ana ada share kan dalam video short di bawah ni.. 





6. Masukkan ikan dan air rebusan ikan dan biar mendidih. Masukkan santan pekat secukupnya.

7. Dah sekali didih santan masukkan kerisik dan perasakan dengan garam secukupnya.

8. Kalau suka boleh masukkan cili hijau atau cili api dan telur rebus dalam gulai kita sebagai bahan sampingan. 

Siap dah hidangan gulai nasi dagang ikan tongkol tanpa menggunakan serbuk kari. Tapi jika korang nak gunakan serbuk kari skip sahaja step rempah kering biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih tu. Ini kerana bahan rempah dalam serbuk kari dah ada ketiga-tiga bijian rempah yang sama. 

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat, In Syaa Allah.. 










13 Comments

  1. Sedapnya k.ana. Gulai ikan tongkol ni pelbagai versi kan. kalau versi kelantan biasanya standard gulai kuning tak letak rempah. Kalau nak letak rempah lagi sedap

    ReplyDelete
  2. Wah, menarik sangat resepi gulai nasi dagang ikan tongkol tanpa rempah kari ni, Kak Ana! Cara masak dengan rempah sangai sendiri memang lain dari biasa, pasti aroma dan rasa lebih autentik. Gulai ni walaupun tanpa nasi dagang, makan dengan nasi putih pun dah cukup menyelerakan. 😋

    Moga Kak Ana terus sihat

    ReplyDelete
  3. Gulai ikan tongkol tu fav SA kak Ana...bestnya...makan ngan nasi putih pun sedap ni

    ReplyDelete
  4. Sedapnya gulai ikan tongkol tu kak ana. Rempah yang disangai dulu mesti lagi wangi.

    ReplyDelete
  5. Sy penggemar nasi dagang dgn gulai tongkol. Beras nasi dagang yg Kak Ana maksudkan tu, beras merah ya? Rasanya yg beras merah ni versi Kelantan, kan. Tapi gulai tongkol makan dgn nasi putih pun sedap.

    ReplyDelete
  6. Sy suka gulai ikan tongkol tp suami & anak⁴ kurang gemar ikan tongkol. Kalau teringin beli yg dah siap masak. Tp x sama la dgn masak sendiri, lagi sedap kan Kak Ana...

    ReplyDelete
  7. ikan tongkol kalau msk macam ni sy boleh bertambah...
    kalau masak singgang tu... rasa mcm jenuh je nak habiskan seketul ikan hahaha

    ReplyDelete
  8. Rajinnya masak lauk nasi dagang. Kitorang kalau teringin beli sahaja.

    ReplyDelete
  9. Sedapnya lauk gulai ikan tongkol ni. Thanks for sharing resepi ni Kak Ana.

    ReplyDelete
  10. Dua kali pernah try nak buat but then tak jadi so tak nak buat dah.. beli jer bila teringin hihihi :D

    ReplyDelete
  11. Ini cara mama saya sangat. Mungkin Krn mindset Orang2 tua, jadi memang tiap masak kari, tak pernah pakai bubuk yg dah dijual. Selalu komplit pakai rempah2 yg diracik sendiri.

    Masalahnya banyak sangat 😂. Saya susah nak hapal. Jadi kalo saya, memanglah pakai bubuk kari lebih mudah 🤭

    ReplyDelete