Gulai nasi dagang ikan tongkol tanpa rempah kari
Kak ana suka sangat kalau ada request nak makan apa kat rumah ni, sama ada dari suami atau pun anak-anak. Senang lah sikit dapat idea nak masak. Terus ke kedai cari bahan-bahan yang diperlukan dan masakkan untuk depa.
Tapi kadang-kadang tu bukan lah hari tu juga boleh dapat masakkan. Ada yang ambil masa juga sebab kak ana selalunya beli stok lauk dan bahan masakan basah ni seminggu sekali, bukan hari-hari. Rasanya lebih jimat sebab kak ana akan maksimum kan bahan hingga habis baru cari yang baru.
![]() |
gulai nasi dagang ikan tongkol |
Hari tu Adik Ika nak makan gulai nasi dagang katanya. Lama dah ibu tak masak. Kak ana ingat kan ada stok beras nasi dagang di dapur, rupanya dah habis. Sudahnya kak ana masakkan lauk gulai nasi dagang sahaja dengan acar timun, makan lah dengan nasi putih.
Resepi kali ni agak unik sikit kerana kak ana masak gulai nasi dagang tanpa menggunakan serbuk kari dan Alhamdulillah ia sedap juga. Resepi ni kak ana dapat dari perkongsian di tiktok. Puan ni menggantikan serbuk kari ikan dengan sangai biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih sahaja.
Resepi gulai nasi dagang ikan tongkol tanpa rempah kari
![]() |
biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih |
Kak ana akan kongsikannya semula di sini untuk rujukan masa hadapan dan semoga bermanfaat juga buat mereka yang mencari resepi ini kelak, In Syaa Allah...
Bahan-bahan gulai nasi dagang ikan tongkol
1 ekor ikan tongkol hitam
1 sudu kecil biji ketumbar
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1-2 inci lengkuas
2 sudu besar cili blend
1 kotak santan pekat
1 sudu besar kerisik
1 keping asam keping / asam gelugur
garam secukup rasa
telur rebus dan cili api sebagai bahan sampingan jika suka
Cara masak gulai nasi dagang ikan tongkol
1. Bersih kan ikan tongkol dan potong kepada beberapa bahagian saiz agak besar juga. Kak ana gunakan ikan tongkol hitam kerana ia lembut dan lebih sedap manis isi nya berbanding dengan ikan tongkol putih atau warna silver tu yang lebih keras.
2. Rebus dengan sekeping asam keping hingga masak. Asingkan ikan dan air rebusan yang akan kita gunakan sedikit nanti dalam kuahnya.
3. Sangai biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Blend kering hingga halus.
4. Blend bawang merah, bawang putih dan lengkuas.
5. Panaskan minyak, tumis bahan blend bawang dan masukkan cili blend. Masukkan bahan rempah kering blend dan masak hingga pecah minyak. Tambah air rebusan ikan tadi jika terlalu kering. Kak ana ada share kan dalam video short di bawah ni..
6. Masukkan ikan dan air rebusan ikan dan biar mendidih. Masukkan santan pekat secukupnya.
7. Dah sekali didih santan masukkan kerisik dan perasakan dengan garam secukupnya.
8. Kalau suka boleh masukkan cili hijau atau cili api dan telur rebus dalam gulai kita sebagai bahan sampingan.
Siap dah hidangan gulai nasi dagang ikan tongkol tanpa menggunakan serbuk kari. Tapi jika korang nak gunakan serbuk kari skip sahaja step rempah kering biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih tu. Ini kerana bahan rempah dalam serbuk kari dah ada ketiga-tiga bijian rempah yang sama.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat, In Syaa Allah..
13 Comments
Sedapnya, terliur saya!
ReplyDeleteSedapnya k.ana. Gulai ikan tongkol ni pelbagai versi kan. kalau versi kelantan biasanya standard gulai kuning tak letak rempah. Kalau nak letak rempah lagi sedap
ReplyDeleteWah, menarik sangat resepi gulai nasi dagang ikan tongkol tanpa rempah kari ni, Kak Ana! Cara masak dengan rempah sangai sendiri memang lain dari biasa, pasti aroma dan rasa lebih autentik. Gulai ni walaupun tanpa nasi dagang, makan dengan nasi putih pun dah cukup menyelerakan. 😋
ReplyDeleteMoga Kak Ana terus sihat
Gulai ikan tongkol tu fav SA kak Ana...bestnya...makan ngan nasi putih pun sedap ni
ReplyDeleteSedapnya gulai ikan tongkol tu kak ana. Rempah yang disangai dulu mesti lagi wangi.
ReplyDeleteSy penggemar nasi dagang dgn gulai tongkol. Beras nasi dagang yg Kak Ana maksudkan tu, beras merah ya? Rasanya yg beras merah ni versi Kelantan, kan. Tapi gulai tongkol makan dgn nasi putih pun sedap.
ReplyDeleteSy suka gulai ikan tongkol tp suami & anak⁴ kurang gemar ikan tongkol. Kalau teringin beli yg dah siap masak. Tp x sama la dgn masak sendiri, lagi sedap kan Kak Ana...
ReplyDeleteDone subscribe yutiub!
ReplyDeleteikan tongkol kalau msk macam ni sy boleh bertambah...
ReplyDeletekalau masak singgang tu... rasa mcm jenuh je nak habiskan seketul ikan hahaha
Rajinnya masak lauk nasi dagang. Kitorang kalau teringin beli sahaja.
ReplyDeleteSedapnya lauk gulai ikan tongkol ni. Thanks for sharing resepi ni Kak Ana.
ReplyDeleteDua kali pernah try nak buat but then tak jadi so tak nak buat dah.. beli jer bila teringin hihihi :D
ReplyDeleteIni cara mama saya sangat. Mungkin Krn mindset Orang2 tua, jadi memang tiap masak kari, tak pernah pakai bubuk yg dah dijual. Selalu komplit pakai rempah2 yg diracik sendiri.
ReplyDeleteMasalahnya banyak sangat 😂. Saya susah nak hapal. Jadi kalo saya, memanglah pakai bubuk kari lebih mudah ðŸ¤