Homemade ayam percik resepi mudah tapi sedap !
Resepi ayam percik buat sendiri di rumah ni dah banyak kali kak ana ulang masak bila rasa nak makan ayam percik. Tak tunggu bulan puasa bila-bila pun boleh sebab ia mudah dan rasanya, Alhamdulillah sedap pada selera kami sekeluarga.
Resepi ni kak ana belajar dari kawan baik kak ana, kawan dari sekolah rendah , Ida Megat. Dia lah yang ajar kak ana buat ayam percik kat rumah. Resepi masakannya sama sahaja macam ayam percik tradisional, cuma beza teknik masakan sahaja.
Tak boleh nak kata ayam percik sebab kak ana tak percik-percik pun masa bakar ayam tu sebaliknya bakar di dalam oven. Dan kemudian kuah percik tu, di curah ke atas ayam yang dah di bakar. Tapi dari segi rasa, lebih kurang sahaja, sedap cukup lemak pedas dan manisnya..
Resepi ayam percik mudah guna oven
Cara masak ayam percik :
~ Satukan bahan blender dengan cili giling, cili sos, gula dan santan di dalam periuk serta rasakan dengan garam.
~ Kacau di dalam periuk sehingga sebati dan mendidih.
~ Masukkan ayam.
~ Masakkan seketika sehingga ayam separuh masak.
~ Lebih kurang masak rendang juga lah kan. Kemudian bila dah separuh masak, asingkan ayam-ayam ke dalam bekas lain.
~ Kuah percik, teruskan kacau sehingga pekat dan boleh dijadikan sos untuk makan bersama ayam yang di bakar.
~ Panaskan oven dan susun di dalam dulang serta bakarkannya pada suhu 200' dengan api atas bawah. Jika yang menggunakan pembakar arang, bakar seperti biasa di atas besi jaringan di atas bara.
~ Bagi yang masak di dalam oven macam kak ana , bila dah separuh masa masak tu, angkat satu-satu dan celupkan semula ke dalam kuah percik dan sambung bakar semula.
10 Comments
Menarik ni boleh cuba nanti. Kat rumah ni ramai peminat ayam. Terima kasih Ana share resipi.
ReplyDeleteSaya save duluuuu kak ana 😍😍😍😍. Memang sukaaa kalo ayam percik. Kadang kalo ke KL ada yg jual, saya pasti beli. Suka laaah. Tp tak pernah buat sendiri. Nampak tak susah buatnya 😄👍
ReplyDeleteSedapnyaaa.saya suka percik versi kelantan ie kuah putih
ReplyDeleteBulan puasa hari tu ada juga buat ayam percik.
ReplyDeleteSenang je nak buat ayam percik ni Kak Ana kan. Tambah² sekarang dah ada oven/air fryer lagiiii senang.
Wow...Bleh try nnt ni =q
ReplyDeletebila nak bagi kolin rasa kak
ReplyDeletesedap ayam percik resepi mudah tapi nak buat ja malas
ReplyDeleteSaya belum pernah masak ayam percik ni. Rupanya masak dulu sebentar ya dalam kuah kemudian baru dibakar.
ReplyDeleteNak try lah lain kali, nampak pun bahannya mudah juga.
Sedapnya, boleh try nanti
ReplyDeletemmg sedap ayam percik buat sendiri ni! kena buat nti ehehe
ReplyDelete