Beza Antara Buah Bachang Dan Kuinin
Beza Antara Buah Bachang Dan Kuinin
Kadang-kadang kita sering terkeliru antara buah bachang dan buah kuinin.Dari rupa paras nampak sama sahaja, baunya yang menusuk kalbu pun iras-iras juga kan.Cuma bagi mereka yang berasal dari kampung macam ana ni dan dah biasa membesar dengan buah-buah tempatan ni, dapatlah membezakan antara buah bachang dan kuinin.
Tahu tak yang mana satu buah kuinin dan yang mana satu buah bachang dari kedua-dua buah gambar di atas?
Sebenarnya bagi sesiapa yang dah biasa dengan kedua-dua buah tempatan dari keluarga mangga ini, pasti sahaja dapat membezakan antara buah bachang dan buah kuinin ini daripada baunya sahaja.Lain dan berbeza sangat bau kedua-dua buah ini, cuma tak dapatlah ana nak kongsikan disini macam mana baunya kan ..
Selain dari bau, buah bachang dan buah kuinin mempunyai tekstur kulit yang berbeza juga.
Buah Bachang |
Buah bachang seperti foto di atas mempunyai banyak tompokan hitam pada kulitnya dan ia bergetah bila dipetik. Isinya juga mempunyai sabut yang banyak disekitar bijinya.Apabila dipotong terdapat serat-serat pada isi buah bachang dan sering kali sangkut di gigi ketika kita memakannya.Rasapun agak berlainan dari buah kuinin.
Gambar di atas pula ialah buah kuinin.Kulitnya sama seperti buah mangga biasa cuma berbau kuat.Saiznya lebih kecil dari buah bachang dan permukaan kulit yang agak licin.Sama seperti buah bachang, buah kuinin jika masak masih berwarna kehijuan dan tidak bertukar kuning seperti mangga.Tekstur isi buah kuinin lebih lembut dan tidak bersabut seperti buah bachang.
Kedua-dua buah tempatan ini muncul bermusim.Sedap dimakan mentah ataupun di jadikan serawa.Ana pernah berkongsi resepi serawa buah kuinin di SINI resepi serawa buah bachang di SINI . Walaubagaimana pun perkongsian ana tentang perbezaan antara buah kuinin dan buah bachang ini adalah dari pengalaman peribadi ana sahaja.Mungkin ianya berbeza dengan pandangan orang lain.
~berkongsi perbezaan buah bachang dan buah kuinin disini~
46 Comments
salah bezakan ni kak ana. beza paling ketara ialah pada peribahasa "Bau2 bachang". tapi buah kuini xde peribahasa "bau2 kuinin"....hehehe
ReplyDeletehehe..pun boleh ewan.. :)
Deletehehe..kreatif pula ewan
Deleteitulah biasa cium bau dia nak bezakan
ReplyDeletehaah Mar, bau pun lain kan bagi yang biasa dengan buah tempatan ni :)
Deletecn suka kuinin lagi sbb buah bachang asyik sangkut dkt gigi
DeleteOOOooo... sebab tu orang cakap "bau-bau bachang" untuk sedara yang tak berapa nak rapat ek?
ReplyDeleteNape tak ada yang cakap "bau-bau kuini" untuk saudara mara yang rapat? hahahaha
terima kasih atas info ni, saya tahu makan je... tu pun kalau ada orang bagi
haha..ok alongxp lain kali kita buat peribahasa baru kay .. :)
Deletehai k.ana..biah kuinin sedap dimakan..buah macang tak suka sangat..
ReplyDeletesamalah Khaty, kak ana pun kurang juga kalau bachang ni :)
Deletebachang nk mkn dia ada serabut byk kat isi dia..kalau buah konen atau kuini perhh sedap sgt hihii..tp dua2 buah ni buah kegemaran ana..i like..
ReplyDeletehaah setuju dengan nor nazliana, kak ana cuma bacang ni kurang sikitlah dari kuinin.
Deletekak ana., yg mana satu lg sedap buat sambal belacan ye?
DeleteCN pada kak ana buah bacang sebab kuinin kak ana tak pernah cuba lagi buat sambal belacan dengannya .
DeleteSaya suka kuinin. Sambal belacan pun buah kuinin. Sedap. Lajak je mkn
DeleteDua2 oun sedap dibuat "lawa" kan ana.cuma kuini tak sesuai dibuat masak dengan daging salai atau telur itik.tak macam bacang
ReplyDeleteye acik, buah bacang ada yang masak lemak dengan daging salai, jiran ana orang negori pernah bagi merasa, sedap juga.
Deletegood sharing kak ana! selama ni ingat sama je.tapi memang betul, bab bau tu memang berbeza sikit.yang pasti, dua-dua pun sodap!
ReplyDeletekan Sal, sedap makan sesekali :)
Deletebacang sedap buat sambal mentah atau goreng. buat pedas2 memang terangkat. hihihhi
ReplyDeleteterima kasih Roziah, kali pertama kak ana dengar goreng bacang ni, tak pernah rasa dan tahu pun sebelum ni.Terima kasih berkongsi ye :)
DeleteSuka buah kuinin.. X jumpa lagi buah ni tahun ni huu.. Memang susah gak nak beza kalo orang x reti makan
ReplyDeletekan Wani, sekarang ni ada pula musim kuinin kak ana jumpa di pasar2 malam .
Deletesmpi skrg suki tak tahu yg mana satu bacang dan yg mana satu kuinin :)
ReplyDeletesebab kak ana tak dapat nak gambarkan bau nya Suki, kalau dapat hidu bau pasti dapat bezakannya dengan mudah hihi :)
Deletehb ai pun tak sangka ai kenal kedua2 buah tu..
ReplyDeleteLor.. mestilah ai kenal.. sebab ai membesar di kampung.. takkan abg dah lupa.. itu jawapan pada hb.. hehehe.. ;)
kan ai, anak kampung pasti kenal dengan buah2 ni :)
DeleteBacang tu buat sedap gulai lomak cili api ...
ReplyDelete*yg muda ..
Deletehaah SS pernah juga ana rasa di masak lemak dengan daging salai resepi orang negori :)
Deletepernah dengar tak kuini org buat sambal???
ReplyDeletepernah HS tapi kak ana tak pernah rasa lagi, sambal bacang pernah. :)
DeleteFuza pun ada buat entry ni kAk Ana. Belum post entry.
ReplyDeleteye ke Fuza, cepat2 posting haha :)
Deletesaya suka buah kuinin :-)
ReplyDeletesamalah Nab Arrose, kak ana pun suka kuinin lagi dari bacang ni. :)
Deletenia lebih suka buah kuinin
ReplyDeletehaah sama dengan kak ana, suka gak buah kuinin :)
Deletedua ² buah ni dah lama tak makan..dah payah nak jumpa la kak ana...
ReplyDeletekalau ada musimnya banyak juga di jual di pasar malam atau pasar tani EDA :)
DeleteKalau siapa yang tak pernah makan buah-buah ni, memang takkan tau la bezanya. Sbb beza dia, mcm ana cakap tu la, dari bau.
ReplyDeleteMesti ramai yang tak tahu camner bau buah bacang .. dan bau buah kuinin.
betul tu HH, bau nya berbeza kan, kena hidu sendiri baru dapat bezakan :)
DeleteSaya suka buah kuini. Tapi kuini selalu ada ulat
ReplyDeletehehe bachang pun kalau rosak akarnya ada gak makhluk halus tu RS :)
DeleteDua-dua buah ini sedap.. bau yang wangi tu memang menaikkan selera.. buat sambal belacan pun best..
ReplyDeletesedap kan Sha, kuinin tu sedap buat serawa, bachang sedap buat sambal belacan hehe :)
Delete