Anak kak ana , Adik Ika lebih suka bawa bekal setiap hari ke tempat kerjanya. Mula-mula dulu sebab dia belum ada kawan nak makan tengahari sebab baru bertukar syarikat kerja baru. Dia minta kak ana sediakan bekal untuk di bawa makan di pejabat.

Masa tu rajin kak ana masak bekal kan nasi dan lauk untuknya. Tapi laa nih, Alhamdulillah dah ada ramai kawan, dia kata tak nak susahkan ibu masak awal pagi, tapi nak juga bawa bekal yang mudah-mudah untuk dia sarapan atau alas perut je katanya. 

Dia seronok pula bawa bekal dari rumah. Jadi, kak ana sediakan bekal yang mudah-mudah sahaja untuk di bawa. Itu pun kalau ada bahan, kalau tak bawa pun dia dah okay dah boleh order makan di luar dengan kawan-kawan sepejabat. 


Resepi salad kentang ( potato salad )
potato salad 


Kena lah kak ana kreatif duk fikir menu apa yang boleh di jadikan bekal nya pagi-pagi. Lagipun sambil sediakan sarapan pagi jugalah sekali harung untuk suami dan kak ana sendiri di rumah. Adik Ika jarang nak makan sarapan di rumah, jadi dia bawa lah bekal apa yang ada. 

Panjang mukadimah yer :) . Salah satu menu yang dia suka bawa ialah salad. Salad buah atau salad sayuran, midnight yogurt dan sebagainya. Selalunya malam-malam dia akan sediakan sendiri , sejukkan dan bawa keesokan hari nya. 

Salah satu salad yang sempat kak ana buat dan nak share dengan ampa semua adalah salad ubi kentang ataupun potato salad. Mengenyangkan dan mudah juga nak di sediakan sebagai bekal ke sekolah anak-anak atau sarapan. Jom kita tengok bahan yang kak ana gunakan dalam resepi potato salad cara kak ana. 

Resepi salad kentang ( potato salad ) mudah 


Bahan-bahan : 

Ubi kentang - kalau dapat baby potato lagi best sebab ia sangat lembut dan cepat empuk.

1 biji telur ayam - rebus masak sempurna




Garam dan lada sulah 

Cara buat salad kentang 


1. Rebus ubi kentang hingga empuk. Sejuk dan potong dadu saiz sederhana 

2. Rebus telur ayam dan lenyetkan seperti sandwish.

3. Satukan dalam mangkuk kentang dan telur, masukkan sos dressing Roasted Sesame dan mayonnaise Kewpie. Gaul sebati , rasakan dengan garam dan lada sulah jika suka dan taburkan mix-herbs untuk aroma. 

Simpan dalam peti sejuk dan salad potato atau salad kentang ni sedap di makan sejuk. Selamat mencuba ampa.. 



8 Comments

  1. Nampak sedap la resipi ni....kena cuba jugak la.

    ReplyDelete
  2. wah sedap salad kentang boleh cuba ni

    ReplyDelete
  3. Sekali sekala selera barat gitu.....

    ReplyDelete
  4. Senang sangat kalau rajin kan.

    ReplyDelete
  5. Ringkas dan mengenyangkan ni kak Ana, ada kentang dan telur rebus.
    Saya pun suka guna brand Kewpie ni, pilihan saya Roasted Sesame Yuzu.

    ReplyDelete
  6. apa yang penting adalah rajin, klu rajin semua kita leh buat kan hehehe...

    ReplyDelete
  7. Mayo saja yg saya tak ada, sebab kurang suka mayo. Tapi rasanya tanpa mayo pun sedap juga ya kak ana. Kebetulan saya lagi banyak kentang di rumah, belum tahu nak buat apa 😁

    ReplyDelete