Nak makan rambutan pun kena beli dah...
Kisah kak ana balik kampung hujung minggu lepas ke Teluk Intan, Perak. Ada majlis perkahwinan anak buah, anak sepupu sebelah Abah kak ana. Majlis buat malam jadi sempatlah kami sekeluarga balik selepas suami balik kerja, Sabtu tu.
Seronok sangat sebab waktu kenduri kendara begini lah dapat kak ana berjumpa sanak saudara, sepupu-sepupu semua kerana masing-masing duk jauh-jauh dah.
Esok pagi tu, adik dan adik ipar kak ana ajak pii sarapan di pekan Teluk Intan. Kami panggil pekan bukan bandar. Memang dari kecil-kecil lagi kalau tanya nak ke mana tu, akan jawab nak ke pekan.. Maksudnya nak ke bandar Teluk Intan lah tu.
Selepas sarapan, kak ana , suami dan Adik Ika pii pasar awam. Kalau di Teluk Intan ni dedulu kami panggil market, bukan pasar. Memang arwah mak semua lah akan kata nak pii market. Besar betul pengaruh Barat dalam kehidupan orang dahulu kan, walaupun tidak bercakap bahasa Inggeris tapi ada sesetangah perkataan tu melekat terus sampai lah genarasi tu telah tiada.
Buah rambutan
Kat pasar , macam selalu lah kak ana akan beli ikan rebus, kerang dan sayuran kampung untuk bawa balik . Kami balik ke kediaman tengahari Ahad tu juga sebab nak elak jemmed lah konon di hiway PLUS.
Musim buah rambutan dan kuinin agaknya, banyak di jual di pasar pagi tu. Suami kata teringin lak nak makan buah rambutan atau kami panggil buah moktan. Suami belilah seiikat, kak ana tanya kira ikat ke kilo. Kira kilo katanya. Sekilo RM7 .
Murah dah tu, kan.. Itu lah bila di kenangkan , sebenarnya di kampung kak ana ada beberapa pokok rambutan keliling rumah arwah tok . Kalau dulu memang meriah bila musim rambutan, mak saudara akan panggil balik untuk makan dan bawa balik berguni ke kediaman untuk berkongsi dengan jiran.
Tapi sejak mak saudara dah agak uzur ni, pokok pun tak terjaga. Tambah pula ada kera atau kat kampung kak ana di panggil lutong. Monyet besar warna hitam bulu nya. Depa ni mai, ambil dari pokok tu berbunga lagi dah kena reghah pokoknya.
Kalau sempat pun berputik dan luruh di buat di lotong. Memang bukan rezeki kami lah nak makan buah moktan keliling rumah dah. Bila teringin dah kena beli. Faktor usia yang tinggal di kampung semuanya warga emas.
Tak daya dah nak membersihkan keliling pokok dan cantas dahan untuk elakkan di panjat monyet. Lagipun populasi monyet memang banyak dan depa dah tak ada habitat serta makanan lagi di sekitar. Hampir keliling kawasan tu dah di majukan dengan projek perumahan.
Begitulah bila kita ni kena redha yang kita berkongsi alam bukan sahaja dengan manusia tetapi juga haiwan dan tumbuhan. Kalau ada rezeki nak merasa makan buah-buah di kampung, ada lah kan. Kalau tak beli sahaja lah..

15 Comments
Belah utara selalu guna market tu kan. Arwah mil & fil kakak sebut market. Semalam pi pasar malam tengok rambutan rm12 sekilo. Terkezut kitonyo. Belum musim ni memang mahal.
ReplyDeleteSama la kami pun sebut pekan dan market :)
ReplyDeleteSana sini penuh dgn pembangunan, haiwan pun taktau nak duduk di mana dah :(
suami saya suka sgt buah rambutan..selalu jer beli bila nmpk dijual di mana2...
ReplyDeleteapabila kampung mula mengalami proses 'urbanisasi'.. sedikit demi sedikit citra wajahnya semakin hilang.. rumah kayu berganti rumah bancuhan simen dan batu.. pokok2 ditebang untuk dinaikkan perumahan.. tiada apa yang tinggal.. nak makan rambutan pun kena beli ..betul lah tu 😢
ReplyDeleteKalau balik kampung tak sah kalau tak membeli atau ambil hasil kampung untuk dibawa balik. Sayangnya lah ada banyak musuh rosakkan buah. Tak ada rezeki nampaknya. Buah rambutan tu nampak segar macam baru petik. Tak rugi jugalah membeli.
ReplyDeleteSayangnya pokok rambutan tu. Tapi tu la bila dah berusia mana nak larat nak jaga pokok dari kena serang dek lutong tu. Buaj rambutan kat pasar sekarang pun ada tempat mahal, ada tempat murah harganya.
ReplyDeleteCantik Dan Segari lg buah rambutan tuuh.. hehe
ReplyDeleterumah kak dulu banyak pokok rambutan habis ditebang nak makan kena beli
ReplyDeletekat rumah arwah ayah, bukan takat monyet je yang makan rambutan ni. si b*bi pun tumpang sama jugaaaa
ReplyDeleteKena beli, kan kita kena makan buah buahan tempatan...
ReplyDeleteSetuju kak ana. Kalo bab hewan2 hutan masuk rumah, ini dilema memang. Masalahnya hutan tempat mereka tinggal dah tak ada. Krn itulah dia masuk perumahan. Saya sendiri, kalo memang ada lebihan makanan atau ada pohon buah, biarlah utk mereka. Kita nih, kalo nak buah, dahlah, beli saja.
ReplyDeleteWaah lagi musim kuini juga yaaa. Buah yg saya suka saat di Aceh. Di JKT macam rare kuini.
Kalo rambutan, ini memang saya tak suka dan tak makan 🤣
Beruntuglah yang ada kebun atau tanam rambutan kan...yang jual tue mahal.plak tue...seikat 5 ringgit...kat kampung je pun....pas tue sikit plak tue...nilai 5 ringgit....baik pergi speedmart...
ReplyDeleteBila rambutan berbuah, fil kerah anak-menantu-cucu balik tuk petik.
ReplyDeleteJika tidak, dia upah orang turunkan buah, dia hantar guna grab cousin ke rumah anak-anaknya.
Beli je pun senang Kak Ana.. bukan nak makan banyak.
ReplyDeleteKat tanah kami kebetulan adik lelaki tanam 2 pokok belakang rumah dia, jadi bila musimnya kadang sampai tak termakan.
Samalah kita Kak Ana, ingat lagi masa awal2 kahwin balik rumah mertua selalu dapat makan rambutan kat kebun bapak mertua. Skrg kebun dah takde, tanah kerajaan ambik untuk buat jalanraya. Kalau nak makan rambutan kena beli.
ReplyDelete