Sotong masak kicap
Hari tu suami teman kak ana ke pasaraya nak cari lauk, boleh tiba-tiba dia request nak makan sotong masak kicap. Itupun sebab dia nampak di pasaraya hari tu ada sotong saiz gemoks . Sotong bertelur lah tu, biasanya bila nampak sotong gemoks nih..
Kak ana ambillah dalam 10 ekor dan beli balik terus masak untuk menu hari tu juga. Sotong ni kalau simpan dah tak sedap nak masak. Lembik jadinya kan. Beli hari tu juga selalunya kak ana akan masakkan.
![]() |
| Sotong masak kicap |
Ada beberapa jenis sotong juga yang kak ana tahu di negara kita nih. Antaranya sotong merah , hat jenis besar dan tebal tu, sotong putih warnanya agak cerah , sotong jarum lebih kurang sama sotong putih cuma ia berbentuk tirus dan satu lagi sotong katak jenis yang gemok pendek , kepalanya sering di jual berasingan sedap masak rendang pedas.
Hat yang kak ana beli ni sotong putih lah agaknya. Bersaiz besar juga kerana kebanyakannya ada telur sotong di dalamnya. Ada orang masak sotong putih ni buang selaput luar tu dan bersih putih sahaja. Tapi kak ana tak buang, cuma bersihkan elok-elok dan terus masak.
Sotong masak kicap
Cara kak ana masak sotong masak kicap, mudah sahaja. Kalau resepi kak ana ni semua nak cepat dan mudah. Guna sahaja bahan yang ada di rumah, In Syaa Allah sedap dan menjadi.
Bahan-bahan sotong masak kicap
Sotong
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Sos cili
Sos tiram
Garam secukup rasa
Daun bawang
Cara masak sotong kicap
1. Semua bahan masakan tak ada sukatan, main agak-agak ikut kuantiti sotong yang kita nak masak.
2. Bawang putih dan halia di ketuk sahaja. Hiris bawang besar bulat. Tumiskan bawang putih, halia dan bawang besar.
3. Masukkan sos cili, jika nak pedas masukkan cili pes pun boleh. Masukkan sos tiram dan kicap pekat. Rasakan dengan lada sulah dan garam tambahlah sedikit air jika terlalu kering tapi tak perlu banyak kerana nanti sotong juga akan mengeluarkan air.
4. Masukkan sotong akhir sekali kerana sotong cepat masak. Kalau over cooked nanti dia jadi liat lah kan.
5. Taburkan daun bawang jika suka dan adjust lah rasa ikut selera masing-masing.
Itu sahaja resepi dan cara kak ana masak sotong masak kicap simple-simple sahaja.

4 Comments
Sedapnyer sotong masak kicap.
ReplyDeletelama tak makan, dulu kecik2 dapat makan sotong, nikmat betul..anak2 sekarang tak pandang.. hahaha.. si kakak je lah, suka udang dan sotong, itu pun kena masak tomyam je
ReplyDeletewarghhh sedap niiiii judu dgn nasi panas2 + telur dadar hehehe
ReplyDeletesedap sotong masak kicap makan dgn nasi musim hujan ni
ReplyDelete