Sotong masak kicap
Hari tu suami teman kak ana ke pasaraya nak cari lauk, boleh tiba-tiba dia request nak makan sotong masak kicap. Itupun sebab dia nampak di pasaraya hari tu ada sotong saiz gemoks . Sotong bertelur lah tu, biasanya bila nampak sotong gemoks nih..
Kak ana ambillah dalam 10 ekor dan beli balik terus masak untuk menu hari tu juga. Sotong ni kalau simpan dah tak sedap nak masak. Lembik jadinya kan. Beli hari tu juga selalunya kak ana akan masakkan.
![]() |
| Sotong masak kicap |
Ada beberapa jenis sotong juga yang kak ana tahu di negara kita nih. Antaranya sotong merah , hat jenis besar dan tebal tu, sotong putih warnanya agak cerah , sotong jarum lebih kurang sama sotong putih cuma ia berbentuk tirus dan satu lagi sotong katak jenis yang gemok pendek , kepalanya sering di jual berasingan sedap masak rendang pedas.
Hat yang kak ana beli ni sotong putih lah agaknya. Bersaiz besar juga kerana kebanyakannya ada telur sotong di dalamnya. Ada orang masak sotong putih ni buang selaput luar tu dan bersih putih sahaja. Tapi kak ana tak buang, cuma bersihkan elok-elok dan terus masak.
Sotong masak kicap
Cara kak ana masak sotong masak kicap, mudah sahaja. Kalau resepi kak ana ni semua nak cepat dan mudah. Guna sahaja bahan yang ada di rumah, In Syaa Allah sedap dan menjadi.
Bahan-bahan sotong masak kicap
Sotong
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Sos cili
Sos tiram
Garam secukup rasa
Daun bawang
Cara masak sotong kicap
1. Semua bahan masakan tak ada sukatan, main agak-agak ikut kuantiti sotong yang kita nak masak.
2. Bawang putih dan halia di ketuk sahaja. Hiris bawang besar bulat. Tumiskan bawang putih, halia dan bawang besar.
3. Masukkan sos cili, jika nak pedas masukkan cili pes pun boleh. Masukkan sos tiram dan kicap pekat. Rasakan dengan lada sulah dan garam tambahlah sedikit air jika terlalu kering tapi tak perlu banyak kerana nanti sotong juga akan mengeluarkan air.
4. Masukkan sotong akhir sekali kerana sotong cepat masak. Kalau over cooked nanti dia jadi liat lah kan.
5. Taburkan daun bawang jika suka dan adjust lah rasa ikut selera masing-masing.
Itu sahaja resepi dan cara kak ana masak sotong masak kicap simple-simple sahaja.

15 Comments
Sedapnyer sotong masak kicap.
ReplyDeletelama tak makan, dulu kecik2 dapat makan sotong, nikmat betul..anak2 sekarang tak pandang.. hahaha.. si kakak je lah, suka udang dan sotong, itu pun kena masak tomyam je
ReplyDeletewarghhh sedap niiiii judu dgn nasi panas2 + telur dadar hehehe
ReplyDeletesedap sotong masak kicap makan dgn nasi musim hujan ni
ReplyDeleteSedapnya sotong.. Ooo baru tahu sotong tak boleh simpan lama nanti tak sedap. Thanks ! next time kalau beli sotong kena masak terus.
ReplyDeleteTelur sotong sedap! Sotong ni masak la apa pun sedap belaka
ReplyDeleteSotong kalau fresh memang sedap makannya lagi masak kicap yang simple macam ni.
ReplyDeletefavorite anak2 ni. laju makan nya.
ReplyDeleteSaya suka cumi-cumi atau sotong. Tp memang tak pernah masak sendiri 😅😅. Tak pandai mengolahnya. Jadi kalau teringin, dahlah beli saja. Dulu saat saya masih ada asisten masak, dia pernah buat menu cumi. Dibuat macam kakak, atau dimasak hitam pakai tinta cuminya itu. Sedaaap memang
ReplyDeletesaya suka sotong yg ada telur gini. siyes sedap laaa
ReplyDeleteOh dah bagi idea dah...nak kicapkan sotong la untuk masak esok.
ReplyDeleteTak nampak macam masak kicap... sebab tak hitam kuahnya
ReplyDeleteSedap makan sotong yang terus dimasak lepas beli. Rasa lagi sedap berbanding selepas simpan. Jenis-jenis sotong tak berapa nak kenal kecuali sotong kembang tu sebab lain sikit.
ReplyDeleteMenyelerakan tengok masakan sotong masak kicap Kak Ana ni. Mulanya nampak macam sambal sebab agak kemerahan sikit.
Betullah kak.. sotong kalau tak masak terus jadi lembik. Sotong katak saya tak pernah beli lagi. Pernah nampak cuma ngeri sikitlah paras rupanya.
ReplyDeleteBertuah seisi keluarga rajin masak ..sedap sekali kelihatannya
ReplyDelete