Buah atau sayur Kakrol , nampak pelik ?
Gambar ni kak ana ambil di pasaraya NSK baru-baru ni sewaktu kak ana shopping barang dapur. Nampak pelik sangat buah atau sayur entah lah kak ana tak pasti. Di usia separuh abad ni lah pertama kali kak ana jumpa.
Depa letak di ruang sayuran. Ada beberapa orang baya-baya kak ana pun duk singgah tengok dan sempat kami berbual, masak apa agaknya dengan buah ni yer ? Masing-masing tak pernah jumpa.
![]() |
| buah / sayur kakrol |
Besar label di print Kakrol . Kadang-kadang bukan boleh percaya sangat setengah pasaraya staff depa baiyaa yang duk eja ada yang merapu hehe! Tapi kak ana cari di internet memang ada dan betul lah buah ni namanya kakrol. Bukan kak ros atau abang rol naa :)
Sekali pandang nampak macam cik tikus bentuknya. Ada ekor panjang kecil lak kat belakangnya. Permukaan kulit berduri tumpul dan tebal. Dalamnya Wallahu a'lam , kak ana tak nampak. Tapi kak ana tengok dalam internet ia sama macam isi dalam buah peria lebih kurang, ampa pii cari naa :)
Buah / sayur kakrol
Kak ana ada post di FB dan ada rakan Fb komen bagitau buah ni di masak dan di makan oleh warga asing seperti orang Bangladesh atau Nepal kata depa. Ada yang masak sup dan masak kari pun ada. Dan kak ana kongsikan di sini beberapa fakta mengenai buah atau sayur kakrol yang kak ana dapat di internet.
Hasil carian di internet :
Buah/Sayur Kakrol (Kantola, Spiny Gourd) adalah sejenis tanaman menjalar dari keluarga peria, terkenal di Asia Selatan (India, Bangladesh), berbentuk bujur kecil, kulit hijau berduri halus, rasanya sedikit pahit macam peria, kaya serat, vitamin C, antioksidan, dan sering dimasak kari atau tumis, dianggap sayuran eksotik dan bernilai tinggi di Malaysia.
Ciri-ciri Kakrol:
Nama Saintifik: Momordica dioica.
Penampilan: Buah kecil bujur dengan kulit hijau berduri halus; jadi kuning keemasan bila matang.
Rasa: Sedikit pahit, serupa peria.
Tekstur: Unik bila dimasak.
Kegunaan & Khasiat:
Masakan: Kari, tumisan, goreng garing bersama rempah, atau dalam hidangan berkuah.
Nutrisi: Tinggi serat, Vitamin C, antioksidan.
Manfaat Kesihatan: Dianggap ada sifat anti-radang dan anti-diabetik.
Di Malaysia, jarang ditemui, selalunya di pasar seperti Pasar Payang, Terengganu. Dikenali juga sebagai 'petola Bangladesh'.
Kalau tanya kak ana, rasa tak ada lah kut nak cuba makan sayur kakrol ni , macam tak menyelerakan agaknya pada selera Melayu kita, kan. Mungkin di gemari oleh kaum luar yang kena dengan selera depa. Harga pun murah je untuk sekilo tu..
Paling tidak kita belajar lah sesuatu yang baru hari ni. Kita raikan sahaja kepelbagaian kaum dengan makanan mereka. Dunia ni luas dan pelbagai, bukan hanya kita sebagai makhluk penghuninya kan.. Dan kak ana sentiasa percaya setiap ciptaanNya pasti akan membawa manfaat buat sekalian alam..

14 Comments
1st time dgr nama ni! mcm nama org!
ReplyDeletesayur unik xpernah tengok ada pembelinya sbb tu dijual
ReplyDeleteBila google macam ada kat Bangladesh....kat india....kalau Abang La reti makan ni agaknya....kita tak reti.
ReplyDeleteFirst time jugak nampak sayur unik ni
ReplyDeleteSA ada nampak Econsave tp xde plak nama dia masa tu..tertanya2 gak sayur apa..kira adik badik peria la kot Kak Ana
ReplyDelete1st time tengok kakrol ni. Macam toys ada jugak rupa dia tu. Warna striking.
ReplyDeleteTk perkongsiannya.
ReplyDeleteBiasa nampak kalau kt pasaraya tapi tak pernah la beli, tapi kalau bau dan rupa mmg mcm peria tapi versi kecik
ReplyDeleteFirst time tengok dan dengar. Terasa macam pahit je.. adik beradik peria yang terpisah ni...
ReplyDeleteMacam mainan pun iye kak ana haha...
ReplyDeleteSy pernah jumpa tapi tak beli sbb tak tahu nak masak apa
first time singgah sini... dan terus follow
ReplyDeletePernah nmpk tapi tak pernah try mkn =D
ReplyDeleteye laa sekala tengok macam peria...
ReplyDeleteunik ni! tak pernah tahu pun sebelum ni.. cantik pulak tengok buahnya
ReplyDelete