Resepi stew ayam
Stew ayam dan daging antara menu masakan kesukaan anak-anak kak ana waktu depa masih kanak-kanak dahulu. Stew ni lain sikit dari sup sebab ia tak menggunakan rempah ratus sup. Tapi dari segi rasa ada lah persamaannya sikit-sikit.
Arwah mak kak ana selalu masakkan stew kalau cucu-cucunya balik kampung. Anak-anak suka sangat makan stew arwah opah. Laa nih dah besar-besar masing-masing, kak ana pun jarang sangat nak masak stew di rumah.
![]() |
| stew ayam |
Cuma petang kelmarin dah buntu nak masak apa dengan ayam yang ada dalam peti sejuk, teringat pula nak masakkan stew untuk Adik Ika. Dia pun sakit ulser bibir, jadi menu ala-ala sup begini sesuai lah untuk dia makan.
Kak ana pun ingat-ingat lupa dah resepi dan bahan masak stew, tapi laa nih kan ada tiktok, cari dan tonton beberapa resepi , kemudian kak ana olah kannya ikut bahan yang ada di rumah dan terhasillah stew ayam untuk hidangan makan malam.
Resepi dan cara masak stew ayam
Versi kak ana macam selalu simple dan mudah sahaja. Jom kita start...
Bahan-bahan stew ayam
Ayam potong kecil
Halia - hiris
Bawang merah - potong dua sahaja
Bawang putih - di ketuk sahaja
Bawang holland - potong kelopak besar-besar
Ubi kentang - potong dadu atau wedges
Lobak merah - potong tebal-tebal
Serbuk lada hitam ( jika nak pedas )
Air
Cili merah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara masak stew ayam
1. Perap ayam bersama kicap manis sekejap.
2. Panas kan minyak, goreng ayam yang di perap dan kemudian masukkan hirisan halia, bawang merah dan bawang putih. Biar separuh masak ayam.
3. Masukkan kentang dan lobak merah , tutup periuk biarkan ia empuk .
4. Dah agak empuk masukkan serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan masukkan sedikit air hingga paras tenggelam ayam dan bahan masakan sahaja, bukan berkuah banyak .
5. Sambung masak dan kemudian masukkan sos tiram dan kicap pekat manis. Kacau sebati dan masukkan setengah kiub ayam , masak lagi hingga empuk sepenuhnya.
5. Rasa kan dengan garam dan boleh lah masukkan bawang holland dan untuk pekatkan kuah masukkan bancuhan air tepung jagung.
6. Dah elok masak empuk secukup rasa semuan bahan, tutup kan api dan taburkan hirisan daun bawang dan cili merah untuk mewarnai masakan stew ayam kita.
Siap dah stew ayam versi kak ana yang mudah. Boleh lah hidangkan untuk makan seisi keluarga. Untuk video masak korang boleh tonton di youtube short di atas, naa... Semoga bermanfaat...

5 Comments
Wahh.. ini sudah bagus ni.. sy mmg teringin nk masak stew ayam sendiri tp x gugel lagi resepinya... ni dah ada kak ana share... tq kakkk
ReplyDeleteKalau LZ makan stew suka cicah roti.. Resepi mudah dan sedap memang favorite LZ.. Thanks for sharing kak ana 🥰..
ReplyDeleteSaya pernah buat stew kambing je, rupa-rupanya stew ayam pun sedap juga. Bolehlah mencuba, kadang tu buntu juga nak masak apa.
ReplyDeletenampak mudah risepi stew ayam boleh cuba
ReplyDeletestew ayam memang menyelerakan makan dengan nasi hangat.. terima kasih kongsi resepi, boleh cuba nanti
ReplyDelete